assalamualaikum :)
budak-budak form 5 tengah exam SPM kan sekarang. teringat plak zaman-zaman kegemilangan aku SPM dulu. gemilang bukan bermaksud aku punya result cemerlang tapi boleh dibilang dengan tangan je...
rasa cam nak mengimbau kembali kenangan SPM dulu-dulu. zaman form 4 n 5 yang............
aku dulu sekolah kat Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) Kota Bharu, Kelantan. sekolah yang sekali ngan Nik Madihah tu. sama batch ngan aku laa tu. tapi apa yang len, dia kelas Sains 1 n aku di Sains 3. fyi kat MMP ada 6 kelas Sains, 4 kelas Akaun dan 2 kelas Perdagangan. tahun aku amik SPM ialah 2008.
form 4, kelas aku kat bangunan lama, tepi 'Sungai Nil'. Sungai Nil = longkang tepi Pantai Timur. pagi-pagi kelas kat bangunan ni dapat perfume free perasa ikan. dalam kul 10 plak ada bau KFC. waktu kemuncak kul 12, dapat bau longkang. memang sangat strategik kedudukan kelas aku. kat sekolah len ada cam sekolah aku?? xde kan :P .... alhamdulillah selama setahun di tingkatan 4 aku belajar di situ.
pelajar form 4 sekolah agama kena amik exam Sijil Menengah Ugama (SMU), n aku pon x terkecualilah untuk ambik exam tu kan. maka bilangan subjek yang aku pelajari pada tingkatan 4 sangatlah banyak. subjek SMU + SPM = 22 subjek. memang sangat mencabar minda aku yang xbrapa tinggi IQ nyer ini.huhuuhu..
dalam jadual kelas, most of the time blajar subjek SMU (feqah, tauhid, akhlak, quran, balaghah, hadis, tafsir dll).. subjek-subjek SPM (fizik, kimia, biologi, addmath, sejarah, PSI, PQS dll) ada la sikit. tapi tyme form 4, aku enjoy blajar subjek SPM sebab aku ni kureng ckit agama2, sebab SMU dalam bahasa Arab n aku xpernah x fail lau exam arab. maka, most of kelas subjek SMU, aku tertido, aku tengok jer ustaz/ustazah yang ngajar kat depan dengan pandangan yang kosong. kadang2 aku angguk-angguk bajet paham. hahaha....sori ustaz, sori ustazah...even dalam keadaan pikiran kosong dalam kelas, alhamdulillah aku dapat gak 6 agreget. kira tinggilah tu...hahaha...yang aku ingat SMU, aku strunggle habis-habisan seminggu sebelum exam, dan time malam exam, segala jenis caffein aku amik untuk tahan diri dari tido demi menghafal hadis, tafsir semua...ahahhaa
bagi silibus subjek SPM form 4, aku banyak bergantung ngan tuisyen. tuisyen kat rumah Cikgu Rosli setiap malam. bayaran RM 5 setiap kali pergi. satu subjek 2 jam. aku tuisyen addmath n fizik. satu lagi aku tuisyen kat rumah Cikgu Mazinah bagi subjek biologi n kimia. RM 50 satu subjek. thanks kat ma n ayah n kak cik yang g hantar n amik aku tuisyen saban hari. banyak ma n ayah aku habis duit untuk aku tusiyen. disebabkan aku tuisyen, aku xmintak pon nak beli buku rujukan ke hape ngan parents aku. cukuplah tuisyen. nota2 tusyen, semua aku tulis n simpan baik2. sampai ke hari ini, nota2 tuisyen aku masih simpan. sayang nak buang tulis lawa2, pastu ilmu plak tu...
hujung tahun form 4, tyme cuti hujung tahun 2007, sekolah buat kelas tambahan untuk habiskan silibus. ada la panggil cikgu luar datang mengajar. salah sorang guru luar ialah cikgu Nafisah, ngajar fizik. dia suruh dak kelas aku 4 Sains 3 ketika itu, sape yang ada buku rujukan, sila keluarkan or bawak nanti next class. aku time tu mane ada buku rujukan. maka time kelas dy, aku bawak lah nota tuisyen aku n buku teks fizik je. Cikgu Nafisah tanye, sape yang xde buku rujukan? aku xangkat tangan. cikgu nafisah perasan aku hanya pegang buku teks, dy pon datang ke tempat aku dan tanya direct, awak ada buku rujukan x?? aku dengan segannya berkata, "hurmm, saye xder buku rujukan cikgu, tapi saya catat semua yang cikgu tulis, saya guna yang tu lah cikgu" ...innocent gile tyme tu. maka dengan bermurah hati, cikgu Nafisah kasi pinjam dia punya buku rujukan. bila aku nak hantar balik tyme kelas habis, dy cakap "xyah hantar lah. saya kasi awak buku ni, tapi janji ngan saya. awak mesti dapat A1 untuk fizik" ....perasaan bercampur baur bila dengar kata-kata cikgu. tapi, mulai saat itu, aku tekad. SPM, fizik wajib dapat A1. terima kasih cikgu nafisah.
januari 2008. maka bermulalah kehidupan pelajar SPM. jadual kelas penuh ngan subjek SPM jer. tapi still ada terselit 2 3 subjek arab. aku enjoy je time ni. aku suka subjek akademik. pastu cikgu2 pon best. datin hariza ngaja addmath, cikgu lina ngajar sejarah merangkap guru kelas yang syok. 2 cikgu ni paling best. first time aku rasa belajar sejarah best. xsangka rupe2nye sejarah ni best yer. hehe...kehidupan form 5 biasa je. tuisyen seperti biasa. kelas seperti biasa. semua seperti biasa, cuma aku tambah satu lagi. aku stay kat sekolah sampai petang tuk ulang kaji....hahaha....bajet bagus aku time ni. tapi hakikat sebenarnya, aku terpaksa stay kat sekolah, lau aku balik rumah, komfem aku tido or tengok tv. malam2, aku tuisyen. maka petang, aku study kat sekolah.
petang kat sekolah, aku banyak aktiviti len gak selain study, buat home work. aku ada latihan ping pong. aku merantau jauh tuk beli komik, aku bace komik. hahaha...biasalah semua tu. aku memang xleh dipisahkan dengan dua benda tu. komik n pingpong.
akhirnya sampai waktu kemuncaknya. SPM. aku rileks je. aku xtarget semua A. sebab ada subjek yang aku xminat. aku kureng study. maka daripada 12 subjek (BM, BI, BA, math, addmath, fizik, kimia, biologi, EST, PSI, PQS n sejarah) aku dapat 7 jer...alhamdulillah sangat2 dah tu...dengan aku yang pemalas n xde usaha sendiri ni, aku dapat 7 A. salah stu daripdanya ialah fizik. aku dapat A1....
No comments:
Post a Comment