Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Monday, July 9, 2012

doaku untukmu

bismillahirrahmanirahim

aku melafazkkan doa sekudus kasihku

ya ALLAH
jagalah sahabatku dikala penjagaanku tak sampai padanya
sayangilah dia di kala rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata
perhatikanlah dia di kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja
kerana Engkau punya segala yang ku pinta
kerana ku ingin dia selalu menjadi sahabatku di dunia 
dan harap bertemunya di syurga
aameennn.....

Sunday, May 20, 2012

classmate tercinta

PISMP MATH JAN 2011


blakang dari kiri: JUKI, ABU, HANUM, CHE NOR, FATIN, UMI (PUAN IZZATI), YB, ZUHRI, ZAFIRAH, ATEH, ANIS  SYIKIN

depan dari kiri : MIMI, DYLLA, SARAH, MING, AIMAN, KEROLL, MD NOE

what my life will be without all of u
such a wonderful life i had gone trough with all of you for 3 years..
another 2 years and a half to spent togather
lets make a lot of memory fren :)

uhibbukum fillah <3


nk pinjam?...boleh :)

"ateh, kan da pesan, jangan baik hati sangat....tengok apa orang balas"

mulutku hanya menguntumkan senyuman, walaupun ada sedikit kekecewaan dalam hati.

"xpe lah rah, len kali xbagi muka doh....huhu...bukan rezki saya kot kali ni"

bersuara sekadar mengurang kemarahan classmate ku itu...

datang seorang lagi classmate ku yang len, 

"teh, gano 'benda' tu? meh ki tolong"

senyuman menguntum di bibir...

"tq ki...hehe"


~~~~~~~~~

situasi 1::

bila orang mintak pinjam pape dari saya, dengan suka hati saya bagi pinjam benda tu... 
barang yang tidak diguna sangat, bila ada yang perlu gunakannya, boleh je nak pinjam...
anytime boleh datang ketuk pintu bilik n cakap je nak pinjam...komfem dapat...

maybe sebab senang sangat orang nak pinjam pape dari saya, sampai suatu ketika, barang dipinjam dibuat harta...huhu...n apabila tiba masa untuk memulangkan barang itu kembali....barang itu tidak dalam keadaan sempurna...huhu...

sebab tu lah classmate marah...huhuuhuhu...
classmate marah sebab dy sayang saya...
even diorang marah, tapi diorang jgak yang setelkan semua
even tak minta pertolongan, tapi pertolongan sentiasa datang...

tq semua..hehe






nikmat yang bernama TEMAN

semalam saya lihat awak berteman air mata

saya cuba menghampiri awak, 

tapi awak hilang dalam pekat malam

saya tahu jarak membuatkan ikatan ini kian menjauh

tapi atas nama ukhwah, 

saya xrela melihat walau sedikit kerutan di dahi awak

apatah lagi membiarkan diri awak terus berteman air mata

insan biasa ini sentiasa ada untuk awak 


ayuh jalan seiring, teringin untuk bersama bersama saat awak jatuh,

agar kita dapat sama-sama dapat bangkit kembali

bukan sekadar janji manis saya sampaikan,

kerana sekali nama awak singgah di hati,

ia kekal selamanya terukir di hati ini..

saya sayang awak kerana ALLAH

Tuesday, May 8, 2012

saya ingin berteman kerana ALLAH

"saya menyeru agar mantapkanlah diri dengan agama agar kamu semua tidak mudah tertipu dengan ancaman musuh. Pilihlah teman yang baik. jauhkan diri daripada menjadikan syaitan sebagai teman atau berkawan dengan mereka yang mengikut perangai syaitan"

"sesiapa menjadikan syaitan sebagai temannya, maka (ketahuilah) dia (syaitan itu) ialah teman yang sangat jahat" 
(surah al-Nisa ayat 38)


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...:)

lama tidak menulis di blog kesayanganku ini.... turutkan hati memang malas hendak menulis, tetapi ada sesuatu yang bermain-main dimindaku....tidak tahu ke mana hendak diluahkan perasaan yang terbuku ini...

teman, sahabat, kawan, friend dan sewaktu dengannya adalah istilah yang diberikan kepada orang yang akrab dengan kita, yang pernah menghiasi kehidupan kita, samada lama atau seketika....


terdapat dua jenis persahabatan iaitu bersahabat kerana berkepentingan dan bersahabat kerana ALLAH...

bersahabat kerana kepentingan diri iaitu samada untuk suka-suka, menghilangkan bosan, mendapatkan manfaat samada dari segi ilmu pelajaran, duit, kebahagiaan dan lain-lain....persahabatan seperti ini boleh diibaratkan seperti apabila habis madu sepah dibuang....apabila kita telah mendapat manfaat yang diingini, kita 'membuangnya'....perkataan 'buang' ini bukan bermaksud tinggalkan dy....tetapi, buang perasaan kepadanya. 

contoh 1: kita berkawan dengan A, (sama jantina).....kita lepak, blajar sama2, main sama2....sehinggalah sampai suatu ketika, si A xnak lepak sama-sama, xnak belajar sama2, n xmain sama-sama lagi....kita sebagai kawan si A, just meninggalkan dia...tidak kisah samada dia ada atau tidak....sebab dalam benak fikiran berkata "masih ada lagi kawan yang len yang boleh lepak, blajar n main sama".... 

situasi atas ni siyesly banyak berlaku....even pada kehidupan saya sendiri....kenapa hal ini berlaku?? kerana attachment pada hati itu tiada....kita berkawan hanya demi kepentingan sahaja...

contoh 2 : kita berkawan dengan A, (sama jantina)...kita sayang sangat kat dy....bila dia tiada, rasa kosong je hidup hari tu...bila dy ada boleh menceriakan suasana....kita share suka dan duka dengan dy...lau ada masalah, kita selesai sama-sama. memang sahabat baik lah....memang ngam sangat2 dengan A...tapi pada suatu hari...kita melihat si A membuat kesilapan (tidak menutup aurat)...si A selesa dengan keadaan dy yang membuat silap...kita sangat-sangat mahu menegur perbuatan si A, tetapi tidak sampai hati untuk menegurnya kerana bimbang si A akan terasa hati, xmahu persahabatan terjejas sebab teguran tentang perkara sensitif itu. lastly, kita hanya membiarkan sahaja keadaan si A itu...

situasi kedua ini pon banyak berlaku....attachment pada hati ada, kepentingan diri diketepikan....memang berkawan dengan penuh perasaan cinta n sayang kat sahabat kita....tapi sebenarnya, persahabatan seumpama ini kekurangan kemanisan iman....

contoh 3 : kita berkawan dengan A, (sama jantina)....kita sayang kat dy...bila dia bersama kita rasa bahagia. bila kita berjauhan, kita sentiasa ingat kat dia...kita saling berhubung, sms, fb, kol tanpa ada rasa jemu...walaupun kadang-kadang kesibukan melanda kita, sehingga tidak dapat bersms,fb n so on...tapi kita tetap ingat kat dy dan doakan dy sentiasa....tika bersama nasihat-nasihat menjadi perkara biasa, jika ada kesalahan, ditegurnya dengan berhemah....diselitkan sedikit kalimah-kalimah ALLAH, hati mulai menjadi tenang dan terus terikat....ayat-ayat cinta sayang sentiasa meniti di bibir....uhibbuki fillah abadan abada <3.....berpisah kita di dunia hanya sementara insyaalah kita berjanji untuk bersahabat dan berjumpa di akhirat sana....

situasi ketiga....manisnya sebuah persahabatan...ini bukan fantasi...ini adalah realiti....

jika kita bersahabat kerana ALLAH, tiada apa yang dapat memisahkan hati kita. teguran itu perkara wajib jika kita sayang sahabat kita kerana ALLAH...sebab kita nak masuk syurga sama-sama dengan dy...berkawan sehingga ke syurga, bukan berkawan sehingga mati sahaja....kerana masih ada kehidupan lain selepas persinggahan kita di dunia................

nak memulakan satu persahatan yang kekal abadi, kita kena tengok tujuan asal kita berkawan dengan dy...buanglah segala kepentingan diri....gantilah dengan kasih sayang....kemudian kasih sayang itu kita tambah dengan kemanisan iman...insyaallah....kita berkawan dengan dy selamanya.....


Thursday, April 12, 2012

MY AWESOME PBS

ASSALAMUALAIKUM :)
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
papehal pon kena bersyukur k :)

just wanna share my awesome PBS for this semester
even crita PBS da lapuk, tapi aku nak jugak cerita...
bweeekkk :P <---CB yang ajar

well masa kat PBS ri2 kat SK Kem
aku jumpa kawan-kawan yang AWESOME
pengalaman yang AWESOME
kenangan yang AWESOME
siyes, this is the best PBS ever...

semua jadi best, bila kita jumpa orang yang best
yup, aku jumpa orang yang AWESOME
siyes AWESOME
sekepala, 
sejiwa,
serasi,
se se se n se...
semua lah
yang pasti best


AWESOME PUPILS :)


CIKGU TENGKU, CIKGU AZAM, CIKGU RAMADHIL, CIKGU HADI, CIKGU SYAFIQ & CIKGU ASRAN
they are AWESOME...SIYESLY

dari blakang : MISS RUSYI, MISS HANA, MISS SYIKIN, MISS SUHANA
depan : me, CIKGU HASYIKIN, CIKGU FIQ, CIKGU FIQAH & CIKGU ZATI
siyesly, diorang BEST!!

aku xtahu camna nak cerita betapa best nye PBS aku kali ni...tapi yang aku tahu ianya memang AWESOME & BEST GILER...
bila hari last PBS, semua jadi senyap daripada kebiasaan (biasa bising xleh nak cakap)...bila berpisah dengan diorang, rasa still ada satu ikatan yang mengikat kami semua. sehingga, nama diorang xpenah lekang dari bibir..duk cerita je sal PBS...duk cerita sal kawan2 yang jumpa kat sana....lam sehari, for sure lah aku akan kacau salah seorang or semua kawan2 PBS ngan SMS...(well, byk kredit kan...haha)...
jadi kamcing plak ngan diorang...siyes aku sedih bila berpisah ngan diorang...(bukan aku sorang je sedih, semua k...kang silap paham lak)....

aku jarang or maybe da lupa bila kali terakhir aku rasa sedih bila berpisah dengan seorang kawan...insyaallah, aku akan jaga persahabatan kita ni selamanya, 
bak kata azam "aku xse hile puak mg, aku akan cari pah kesut" ....terbaik ah kata2 ni...aku pegang kata2 ni :)

hope to meet u all again soon...
love u n miss u all :)

Wednesday, March 28, 2012

KAWAN

KAWAN....

dia hadir sebagai penyeri

untuk hidup yang lebih bererti



KAWAN

dia hadir silih berganti

ada yang kekal

dan ada yang pergi

kawan sejati sukar dicari



KAWAN

berjoli banyak sekali

ketika senang semua disisi

ketika susah semua menyepi

ketika sakit tiada menziarahi

ketika mati baru mencari



KAWAN

jangan kita jadi begini

semoga persahabatan kita kekal abadi....:)






p/s :: sedang diperhatikan oleh che nor ketika menulis entry ini :)..che nor cakap, nak bace terus, pasni xperlu buka dah blog aku :P...bek punya alasan...ehehhe

Thursday, March 22, 2012

kau sahabat kau teman

kau sahabat kau teman :)


hari demi hari
langkahku kian payah
imanku sering teruji
diriku semakin berubah
sungguh ALLAH menguji setiap perkataanku
sayang sungguh Engkau pada kami ya ALLAH
apa yang ku pinta agar dikuatkan iman
ditabahkan hati
dikurniakan sahabat yang soleh dan solehah
sungguh apa yang aku mampu hanya hidayah itu hanya milik-Mu
moga kita sentiasa beada di jalan yang benar
insyaALLAH
dan dalam pergaulan seringkali terlanjur kata
dan dalam berkasih sayang seringkali terselit luka
maaf kerana diri ini tak sempurna
sering tersilap langkah
tersilap bicara
tersalah menilai
kerap kali lupa
kerana aku bernama manusia
terima kasih teman untuk segalanya....:)




p/s : rindu kawan2 PBS...PBS kali ni adalah yang paling best!! sayang kamu semua, even singkat sahaja pertemuan kita...semoga kita bertemu lagi di lain masa. insya ALLAH :)

Tuesday, March 20, 2012

jodoh aku??

assalamualaikum :)
cuba menguntumkan senyuman yang paling ikhlas ketika menulis entry ini...:)
alhamdulillah masih hidup, masih sihat, masih mampu menggerakkan jari jemari menaip entry ini. :)

satu topik hangat yang aku hadapi minggu ini "CALON PASANGAN HIDUP"

di suatu petang yang hening, ma aku sedang duduk di atas sofa, dan aku duduk di lantai sambil mengusap-usap kepala Maisyah yang sedang tidur. ma melihat aku dan  memulakan bicara dengan bertanya tentang hari PBS ku di sekolah. aku seperti biasa, bercerita dengan terujanya pengalaman aku pada hari itu. bercerita itu dan ini. ma hanya tersenyum mendengar cerita ku...senyum penuh makna. kemudian ma bertanya lagi, ada lelaki yang PBS same2 ke? aku menjawab dengan nada biasa " ada, 5 orang, 2 orang kawan ct, n 3 orang lagi kawan kepada kawan ct, tapi disebabkan mereka pbs sekali nga ct, maka jadi kawan ct jugak la" sengaja aku buat lawak dengan cakap cmtu (aku mmg suka buat lawak pon). kemudian ma aku bersuara lagi "dalam 5 orang tu, xde ke yang berkenan?"...aku tibe2 tergelak n menjawab persoalan ma aku "hahaha, xder xder, semua pon ct x berkenan ma". ma aku diam. mungkin sedang mencari perkataan yang sesuai untuk mengajukan soalan seterusnya. "hmm, teh xde saem laki ko, buleh doh ma sero kalu nak cari calon pasangan hidup".....gulp, aku menelan air liur. nak tergelak pon ada, tapi ditahan di dalam hati. aku senyap, senyap,  senyap dan terus senyap. mendiam seribu bahasa.

persoalan yang ditimbulkan oleh ma aku itu bermain-main di fikiran aku saban malam. sehingga menyebabkan air mata aku mengalir tanpa aku fahami apa yang terjadi pada diri aku. jiwa aku x tenang. perkataan PASANGAN HIDUP bergema-gema di telingan aku. persoalan siapa PASANGAN HIDUP muncul dalam fikiran aku. PASANGAN HIDUP yang bagaimana yang aku mahu. persoalan pasangan hidup muncul bertali arus dalam fikiran aku.

PASANGAN HIDUP yakni JODOH adalah ketentuan ILAHI....
aku xmo pikir...

"gni r teh, kalu ado calonyang beragama n sewaktu dengannya, why not mg stuju jah dulu...hehehe...kiro mg cop dy la..nikoh bilo tu terpulang ko mg la gano..." 

"xyoh mikir la bendo hok kito xbersedia lagi, banyak lagi bendo lain nak pk...."

"adoii....susah gak tu..xpela...ateh xyah pikiaq lg k...cakap kat mak ateh yang ateh nak fokus stady lu...serius...cakap camtu k kat mak ateh...jgn la terburu-buru...lau jodoh xkan kemana jgk kan.....xyah pikiaq lagi k pasal tu...xpe, dont worry...panjang lagi masa kita"

ni respon yang aku dapat dari kawan2 baik aku...ketika jiwa kacau, xtahu nk tuju ke mana, kawan la tempat luah perasaan...


xnak pk dah sal ni....
aku nak kawan je ngan semua orang...
sampai masa akan jumpalah aku dengan jodoh aku nanti...

lau ma nak sangat, ma cari lah kat ct ek :)

Thursday, March 15, 2012

Jalan2 Rantau Panjang :)

Assalamualaikum :)

cuti sekolah ni aku bawak balik seorang kawan (ezzah) ke rumah. sebab xnak kasi dy bosan, aku join la kawan2 aku p jalan2 ke rantau panjang...of course la aku bawak ezzah sekali kan.

malas nak citer dah...








p/s:: family aku sayang ezzah, siap nak buat menantu lagi...tapi sayang kami xde adik bradik laki :(

Thursday, March 8, 2012

my bestfriend my love

assalamualaikum :)



rase segar di pagi hari walaupun xmandi lagi bila dapat chat ngan mereka
hehehe...miss u both lah

Thursday, February 23, 2012

merajuk punya pasal

assalamualaikum :)
alhamdulillah, walaupun badan x berapa nak sihat... tapi aku masih lagi semangat nak teruskan hidup :p
niat di hati nak tidur, tapi tetibe teringat kisah aku merajuk ngan rumet kesayanganku, fiq.

hari tu hari sabtu, rumet kuar g KL dating ngan pakwe dy, sambil2 tu dy nak amik baju yang ditempah n tukar baju aku. tapi dy lupa nak bawa baju aku. lebih kurang kul 2, fiq mesej aku n cakap dy lupa nak bawak baju aku untuk tukar. aku reply mesej dy dengan 'xse baik ngan mg'....hahaha....ada dalam 5 kali aku balas camtu. n aku balas lagi cakap "aku xse wi mg masuk bilik male ni, tido luar lah mg, aku xse baik nga mg"....

malam tu, lebih kurang kul 10.30 rumet balik. aku dari awal2 lagi da kunci pintu bilik n tido. tapi disebabkan che nor ada lam bilik aku tuk tgk bola kelantan vs sarawak tyme tu, maka dy buka pintu tuk rumet aku masuk. aku pura-pura tido tyme tu. aku terdengarla rumet cakap ngan che nor yang aku merajuk ngan dy sebab dy xtukar baju aku....pas rumet letak semua barang2 dy, dy datang kacau aku tido n geletek aku...'rumet bangun la bangun laaaa'....aku tengok muka dy n cakap "aku xse baik nga mg " (childish betul tyme tu)... tapi rumet tetap kacau2 aku, geletek aku sampai aku geram n lawan balik. aku geletek dy sampai dy tersorok masuk bawah meja...hehehe...

aku ok jap pas tu...berbual-bual jap ngan rumet...cover ckit merajuk sebab che nor ada...huhu...pas che nor kuar, aku sambung merajuk lagi....aku gitau rumet "aku, xse kecek nga mg rumet"...aku pon baring atas katil sambil peluk bantal peluk aku. pastu rumet datang n letak bantal strawberi yang besar kat aku...sambil cakap 'rumet, malam ni tido peluk la hok ni', aku balas ngan tolak bantal tu n peluk bantal aku kemas2. tapi rumet aku xputus asa, dy tarik bantal aku, n cakap lagi '"rumet, pelukla hok ni male ni, rumet, guna la hok ni" ...tapi aku still xmo...2 3 kali dy suh aku amik bantal tu tapi aku tetap xmahu. then aku bangun jap. tengok bantal strawberi dy...n lempar bantal tu ke atas katil dy. (jahat gile aku)...

"aku nak tido doh rumet, aku kecek nga mg esok ah"...aku pon tido, n selimut hingga tutup kepala. aku xtido pon, aku dengar rumet aku bising-bising cakap "rumet, aku jakit ngan mg selsema, aku selsema jugok doh ni" ....pot pet pot pet pot pet....aku dengar je kata2 rumet aku dari bawah selimut tanpa membalas kata2 dy...

tibe2, henfon aku berbunyi, rumet hantar mesej "rumet, jgn tiok deh, nanti aku g tukar baju mg".......terharu aku dy mesej g2.... camne dy tahu aku nangis... well, memang aku nangis pon... kuang3... hahaha... entah kenapa la aku nangis....pening jugak aku pikir nape...aku reply mesej rumet "aku lagi sayang mg dari baju tu, mg pon jgn la tiok rumet deh"... hehe, aku cakap camtu sebab aku dengar cam rumet aku nangis jer..... rumet balas balik mesej "aku xtiok la, hidung n tekok aku xseleso jah".... hahaha...aku tyme ni memang lencun daa...nangis teresak2 dalam selimut. aku xtahan, aku pon sms che nor, "che nor, aku baloh sungguh nga rumet, sedih :( "...

siyes aku sedih malam tu...sebab rumet la orang yang aku paling sayang kat maktab...dy la yang rajin layan aku...dy la orang yang aku bercerita suka n sedih aku....aku pikir, lau aku gaduh ngan dy, aku nak main dengan sape nanti...tapi ego aku tinggi sangat kot malam tu sampai xnak bercakap ngan rumet...huhuhuhhu...


last2, sebab da lencun sangat, aku bangun n terus g toilet tuk basuh muka. kat toilet boleh plak aku kantoi ngan senior sebab nangis...hahaha...hampeh tol aku ni...aku pon cakap la, sedih tol movie ateh tgk tadi, ni yang nangis...hehehe...



balik dari toilet, masuk bilik n aku terus g kat katil rumet, p kacau dy....hidung rumet merah...sebab selsema lah kot....rumet marah aku kacau dy, dy cakap dy letih...mmg dy letih pon...last aku cakap ngan dy " rumet, aku kecek nga mg esok deh".....then aku pon tido..............................


keesokan harinya....aku pon ok2 je ngan rumet...cukuplah satu malam merajuk, letih da aku...hahahhaa
maybe ni kali pertama n kali terakhir aku merajuk nga rumet.....sian rumet kena pujuk...hehehe

aku sayang rumet aku <3

Saturday, October 22, 2011

sayonara my fren

assalamualaikum...

saying good bye to my beloved best friend athiqi... hope to see you again next year bro...xjumpa pon xpe sebenarnya...asalkan tahu tiki sihat, it's enough i think :)
every nice friend is a gift from GOD

it is one of life's best blessing

a priceless gift that can never be bought, sold or forgotten

just like u :)

miss you rashidah n athiqi :)

random thing 2 :)

Assalamualaikum :)

Harap semua2 pon sihat dan sentiasa dirahmati oleh ALLAH swt. :)

Sekarang aku kat atas bas otw balik ke kmpung halaman tercinta iaitu kota bharu, Kelantan :)

Kedudukan aku kat atas bas ni paling sangat2 strategik sebab aku duk blakang sekali...huhu, atas enjin bas. Lau orang len kesejukan dihadapan, aku lak kepanasan kat belakang ni...huhu, sabar je lah. Disebabkan itulah, tyme bas stop kat merapuh tadi, aku pekena eskrim potong sebatang...semua pon tgk pelik kat aku, n ada yang tanya “ateh, mg xsejuk ko make eskrim tu??sejuk gilo ni mg tahu x?” xsejuk2...aku panas adalah. Tempat aku atas bus tu panas, coklat n coki2 aku pon jadi cair tahu x?? Xseronok langsung nk makan...huhu...eskrim gak yang terbaik..

Ok, habis cite eskrim...cite sal inuyasha lak...semenjak dua menjak which is 2 3 hari ni, aku sedang berjinak-jinak dengan citer inuyasya. Tapi bagi aku, cite ni xsemenarik cite one piece, naruto, bleach n fairytail. The most interesting one is ONE PIECE....feveret aku tuuu....hehe...sila bersabar dengan saya yer.

One of my classmate said, ‘ko ni ateh, cerita yang ko tengok xsesuai langsung dengan perangai ko”...ada ek cerita masing2 yang sesuai ngan perangai masing?? What type of story should i watch then?? “yang human la, cartoon is so not matured!!”...owh, ok...real human story...layan gak kadang2...huhu...but i prefer kartun the most...xyah nak pikir2 serabut kepala. Layan je..

......................


:)

Friday, October 14, 2011

bulan wa bintang :)

assalamualaikum...
straight to the point, this one will be the shortest post maybe
3 malam berturut-turut, aku dongak kat langit n nampak bulan n bintang :)
it's lovely n sangat-sangat cantik
bulan pada 3 malam itu, termasuk malam ini, sangat-sangatlah terang n bercahaya
di samping bulan itu ada kerlipan satu bintang yang cahayanya sangat terang. paling mendapat perhatian. paling bersinar. 
aku tertanya-tanya, adakah aku melihat bintang yang sama pada setiap malam?
bintang itu, sentiasa di samping bulan
subhanallah ciptaan ALLAH
aku xtahu nak cakap ape

aku sangat menyukai kedua-dua ciptaan ALLAH itu
i admire it...that's all
thank you ALLAH for make me staying in this world that belong to YOU :)


p/s :: jom try tido...da kul 5 kot

random thing :)

assalamualaikum :)

hampir setiap hari aku cuba untuk menulis di sini...tetapi disebabkan line internet yang tidak mengizinkan, setiap kali cubaan ku gagal. alhamdulillah, cubaanku pada malam ini berjaya... alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah :)

aku sekarang baru je siap buat boxes tuk pameran math...huh, tak habis-habis aku ni ngan pameran math kan.. tapi tu lah, apa kan daya, da memang tugas aku. dan yang sebenarnya, aku suka buat semua benda alah ni, sebab tak perlu pening-pening dan sakit kepala cam buat math yang len...thanks to Encik Hawan n Puan Azizah for teaching Geometry...hehe

next is....yes, baru2 ni aku dapat satu cara nak lupakan masalah which is by make it fly away :) like that so much much much....sbb sambil masalah terbang, aku boleh happy2 samada ngan kawan-kawan, rumet n even sorang2...hehe

macam mana masalah terbang yer?? meh nak citer camne.........................~

suatu ketika dulu, aku terbeli benda ni...ingat nak bagi kat seorang kawan, tetapi aku tidak berkesempatan untuk beri kepadanya. maka aku gunakan benda tu untuk kepuasan hati aku. hehe. benda itu ialah belon air :) belon buih yang budak2 kecik men dalam bentuk telefon, payung, n batman. n yang aku beli ni dalam bentuk telefon...hehe

aku xmen pon sebelum ni dengan belon tu, tapi selepas dikecewakan oleh kawan ku itu, aku rasa nak terbang, but i cant fly, so, sebagai tukarannya, let my problem n sadness fly :) maka malam tu, aku ajak geng, duk kat kaki lima bilik, tiup bleon ngan aku...thanks fren :) buat belon besar, buat belon kecik buat belon banyak banyak banyak n banyak dan tengok belon itu terbang n pecah POP!!! samalah dengan masalah n kesedihan aku tyme tu, terbang tinggi-tinggi n pecah....then there's no more probs or sad :) 


thanks to this cute thing :)
aku hepi setiap hari :)



p/s:: xtahan xtahan....masalah betul la bila da start xleh tido ni

Saturday, October 8, 2011

kepentingan friend :)

assalamualaikum :)
aku sudah tidak mahu berbicara tentang cinta, kerana cinta asyik buat hati ku berduka. maka lebih baiklah aku bercerita tentang sahabat tercinta kerana mereka pengubat duka lara dan penghibur hati yang kecewa. walaupun antara kita kadang-kala ada tersalah kata, tetapi kemaafan tetap dihulurkan tanpa banyak soal bicara :)

pentingnya manusia bernama SAHABAT dalam hidup kita.
kenapa penting sangat??bukankah keluarga lagi penting?? ya, memang keluarga lebih penting, tetapi sahabat juga tidak kurang pentingnya dalam hidup kita...

kawan penting sebab bila jauh dari keluarga, kita hanya ada mereka (kawan)...mereka la yang jadi family kita. susah or senang, mereka je yang ada dekat dengan kita, selain ALLAH :) 

kawan penting bila study, lau xpaham, boleh tanya mereka.. tyme exam, study same2 mereka. lau xpaham, xpaham same2. lau faham, faham same2 :)
kawan penting bila nak main, selain game komputer, semua game pon kena ada partner...contoh la kan, aku suka men pingpong, memang sah2 lah kena ada kawan...thanks to aiman, slalu sudi teman aku men. satu game lagi boling, xseronok men sorang2, men ngan kawan2 la paling best, ada gak la yang nak bagi kata2 semangat lau bola masuk longkang :)

kawan penting tyme bosan, bosan2 cari kawan. borak2 nga diorang. men2 ngan diorang. gurau2 dengan diorang. manja2 ngan diorang. semua pon dengan kawan, lau duk jauh dari family.




kawan penting bila sedih. lau aku sedih, aku xsuka tunjuk kat kawan depan mata aku. aku xnak diorang nampak aku lemah, aku lebih suka, berkongsi ngan kawan yang jauh dari aku. yang jarang2 aku jumpa, tapi still dekat kat hati aku. mereka dengar je kesedihan aku, try cheer up aku balik. n benda tu berhasil. pas mesej or chatting dengan diorang, mesti aku senyum je :) thanks friend



kawan penting sebagai cermin. sebab kawan reflect diri kita. kawan yang tegur apa kesalahan kita, kawan yang tegur buruk baik kita, kawan yang mencerminkan diri kita. 



dear friend, aku sangat menghargai kewujudan anda semua dalam hidup aku :)
sayang kamu sangat2
uhibbuki/a fillah :)