Saturday, July 30, 2011

sakit??

Assalamualaikum

Alhamdulillah aku masih lagi dibangunkan dari tidur oleh ALLAH SWT untuk meneruskan perjalanan hidup. Insyaallah.

Keletihan berjalan seharian semalam masih dirasai. Kaki ku masih lagi sakit. Sakit itu menghapuskan dosa-dosa kecil. Kadang-kadang aku gembira apabila aku sakit. Sebab aku seorang yang sangat susah untuk jatuh sakit. Dengan sakit, keimanan kita semakin bertambah. Kenapa?? 

Kebiasaannya/kebanyakan, manusia yakni hamba ALLAH hanya mengingati pencipta-NYA apabila mengalami musibah. Ketika sakit jugalah manusia banyak muhasabah diri. Ketika sakit jugalah manusia banyak berdoa kepada ALLAH. Ketika sakit jugalah manusia menangis-nangis meminta supaya ALLAH sihatkan tubuh badan.

Pernah seorang kawan aku yang jatuh sakit berkata pada ku, “ateh, aku jatuh sakit sebab aku banyak buat dosakan. ALLAH sayang aku kan ateh, sebab tu DIA bagi aku jatuh sakit kan supaya aku ingat kat DIA kembali.” Ketika itu aku hanya tersenyum menjawab persoalannya. 

Ibn al-Jauzi berkata,

“Barangsiapa yang mendapat cubaan lalu dia ingin menghilangkannya, maka anggaplah cubaan tersebut sebagai musibah yang ringan, bayangkanlah pahalanya dan renungilah musibah yang lebih besar daripada itu. Dengan cara ini dia mampu segera menghilangkan fikiran buruk dalam dirinya”

Contohnya apabila kita demam, ingatlah orang yang menghidap penyakit-penyakit kronik. Jika kita tiada selera makan, ingatlah orang yang kelaparan dan tidak mempunyai makanan untuk makan. Jika anda terluka di tangan, ingatlah orang yang tangannya terpaksa dipotong. 

Sama-samalah kita muhasabah diri dan mengingatkan diri kita. Insyaallah..=)

Friday, July 29, 2011

berehat sebentar

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sampai saat ini aku masih selamat. Selamat membawa diri ini berjalan-jalan berseorangan for the sake of my two lil n big sisters. 

Lokasi aku sekarang di stesen bas puduraya. Untuk pengetahuan semua, ini kali pertama aku datang sini. Ada yang bertanya, “tak takut ke kuar ke tempat yang xpenah pergi sorang2?”. Alhamdulillah, sedikit pon aku tidak merasa gentar kerana aku tahu bahawa aku tidak berseorangan dan ALLAH sentiasa bersama-sama aku. Insyaallah tiada apa yang perlu ditakuti selain ALLAH SWT.

“orang yang bahagia adalah orang yang dapat mengambil pengajaran dari masa lalu, bersemangat menghadapi masa kini dan optimis menghadapi masa depan”

Kata-kata diataslah yang menguatkan semangat aku. Kerana aku ingin bahagia. Maka aku bersemangat menghadapi masa kini dan optimis akan masa depan insyaallah. ALLAH SWT berfirman dalam surah Taha ayat 123

"Lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk-KU, maka ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka”

Insyaallah aku akan cuba yang terbaik untuk tidak sesat. Semoga ALLAH kurniakan petunjuk semoga perjalanan aku hari ini, esok dan hari-hari mendatang berjalan dengan lancar. Insyaallah.

Sepatutnya aku meneruskan perjalanan ke KL Central untuk menunggu ketibaan adikku, tetapi keletihan yang melanda diri memerlukan aku untuk berehat sebentar di sini. Insyaallah kejap lagi aku gerak. Mata aku melilau ke kiri dan ke kanan melihat ragam-ragam manusia di sini. Bermacam-macam ragam, bermacam-macam gaya, bermacam-macam cerita. Ada yang membawa bagasi ke hulu dan ke hilir untuk mencari tiket. Ada yang sedang makan. Ada yang sedang termenung. Dan ada juga yang membuat aktiviti sepertiku, memerhati keadaan sekeliling. 

Penatku sudah hilang, perlu meneruskan perjalanan sekarang. Doakan aku selamat sampai ke destinasi.

“Segala puji bagi Allah,Maha suci Allah yang menyediakan kenderaan ini untuk kemudahan kita dan kami tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kitalah, kita akan kembali.”

Thursday, July 28, 2011

Jom bersyukur

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup pada hari ini...

Minggu lepas aku g usrah, setelah sekian lama x join...huhu... malam tu terbuka hati aku untuk berjalan jauh ckit, panjat Blok E untuk jumpa kawan2 usrah dan kak naqibah.. Alhamdulillah, walaupun aku lewat ckit, aku xterlepas apa2 pon, n aku sempat tadarus Al-Quran sama-sama ngan mereka.

Pas tadarus Quran, n kakak naqibah aku iaitu Kak Hannan buka la satu topik. SYUKUR.

 Syukur kepada ALLAH, syukur dengan nikmat yang ALLAH berikan. Syukur dengan kehidupan pada hari ini. Syukur dengan apa yang yang terjadi pada hidup ini. Syukur itu dan syukur ini. Kalimah syukur tidak hanya diucapkan apabila mendapat nikmat, syukur juga boleh diucap apabila mendapat musibah. Kenapa aku cakap camtu? Ini kerana, segala yang menimpa kita pasti ada hikmahnya, apa yang menimpa kita menyebabkan kita kembali kepada Maha Pencipta yakni mendekatkan diri kepada ALLAH. Bukankah itu sesuatu yang patut kita syukuri? Bersyukurlah.

Tanpa kita sedari setiap yang berlaku pada kita setiap hari ada hikmahnya, walaupun kita merasakan ianya tidak menyenangkan kita, tetapi hakikatnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri hambanya. Oleh itu, bersyukurlah. ALLAH SWT berfirman dalam surah al-Baqarah : 219

“ Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik, dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui dan kamu tidak”

Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa ALLAH SWT itu lebih mengetahui apa yang terbaik kepada hamba-hamba-NYA.  Seperti yang telah aku katakana sebelum ini, bersyukurlah dengan segala ketentuan-NYA.  Sama-samalah kita mempraktikkan diri kita ini untuk sentiasa bersyukur.

Perkara yang menimpaku 2 hari yang lepas. Aku kehilangan duit. Aku bersyukur. Aku halalkan. Aku redha dengan ketentuan ALLAH. Ketika itu aku alpa, nafsu melompat-lompat untuk makan itu dan makan ini. Tetapi apabila duit aku hilang, dengan ihsan duit kawanku, aku hanya membeli makanan seadanya sahaja. Syukurlah aku berjaya mengawal nafsuku dengan kehilangan duit itu. Aku tidak sedikit pun merasa sedih atas kehilangan itu. Ada pengajaran di sebalik segala yang berlaku. Syukur pada-MU ya ALLAH

Imam Ibn al-Qayyim menyebutkan bahawa tanda kebahagian seseorang itu ada tiga:
1.       1. Jika diberi nikmat maka dia bersyukur
2.       2. Jika mendapat dugaan maka ia bersabar
3.     3. Jika berbuat dosa maka dia segera memohon ampunan dan membaca istighfar.


SYUKUR - raihan

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syuku itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan

start again

assalamualaikum...

alhamdulillah ter'create' jugak blog baru.
tetibe tengah asyik baca buku, teringat kat blog
setelah sekian lama x ber'blogging'
ilham untuk menulis itu datang lagi
insyaallah aku akan cuba yang terbaik untuk tidak merapu..
menulis apa yang termampu
untuk tatapan aku di masa depan
sebagai ingatan aku ketika lupa
sebagai penghibur hati 
hehe...semoga segalanya diberi kelancaran oleh-NYA
insyaallah