Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

putus asa??

assalamualaikum :)

teringat nasihat seorang kakak ketika sama-sama berbuka tempoh hari

"ateh, jangan berputus asa jika nasihat kita ditolak dan jika dakwah kita ditolak...cuba bayangkan, jika Rasul SAW putus asa untuk berdakwah, masakan kita akan dapat nikmat iman pada hari ini, jangan putus asa yer ateh"

aku terus teringat kata-kata ini selepas nasihatku pada seorang teman ditolak mentah-mentah...katanya dia dia tidak selesa jika dia berubah....semoga ALLAH membukakan pintu hatinya untuk berubah..


wahai sahabatku...
aku sayang padamu..
kerana itu aku mahu bersamamu
di dunia dan di akhirat sana..

jika aku silap betulkan aku
jika kamu silap, 
aku bersedia betulkan kamu
aku tahu aku bukan yang terbaik
tetapi kita semua dalam proses menjadi yang terbaik

jom tinggalkan dosa
mencari pahala bersama-sama
semoga kita berjumpa di syurga-NYA