Saturday, August 20, 2011

berkasih sayang

assalamualaikum...

alhamdulillah...ALLAH telah membangunkan aku dari tidur untuk kembali menyembahnya. syukur pada-Mu kerana memberikan aku kekuatan setiap pagi untuk bertahajud dan memuja Mu.
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah 

betapa ALLAH sayangkan hambanya, sebab itu lah Dia bangunkan kita dari tidur untuk beribadah kepada-Nya kan dan mendapat pahala sebagai bekalan di akhirat kelak. ALLAH tidak terjejas sedikit pun jika kita tidak beribadah, tapi kerana kasih-sayang-Nya kepada kita, Dia bangunkan kita, sedarkan kita, berikan kita petunjuk untuk menuju ke jalan-Nya. Itu tanda kasih sayang ALLAH. Oleh itu, kita sebagai hamba-Nya, hendaklah membalas kasih sayang tersebut dengan tunduk dan patuh kepada suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya..(:

manusia berkasih sayang sesama mereka. kasih kepada keluarga. kasih kepada saudara. kasih kepada teman-temannya. sungguh indah jika semua pon hidup dengan berkasih sayang. 

 aku sungguh kasih kepada keluargaku. tanpa mereka siapalah aku. tanpa mereka, wujudkah aku pada hari ini?? tanpa mereka maka berseoranganlah aku. tanpa mereka, sunyilah hidupku. mereka buah hati aku. penawar duka lara ku. mereka penyeri hidupku. mereka harta aku yang paling bernilai. Nikmat ALLAH yang paling besar selepas nikmat Iman. 

selepas kasih keluarga...aku kasihkan teman-temanku. betapa aku menghargai kehadiran mereka dalam hidupku. i love you my friend...jangan pelik, aku slalu mengungkapkan kalimah LOVE kapada teman-temanku samada lelaki atau perempuan kerana aku benar maksudkannya.



p/s: aku nak tulis benda len...tapi benda len yang ditulis...xpelah, asalkan isinya adalah kasih sayang

ibrah keputusan ayah n ma

assalamualaikum...
terdetik kat hati aku tadi mase ambik wudhuk tuk solat asar...
"ya ALLAH, banyaknya keputusan dalam hidup aku ditentukan oleh ibu bapa ku, dan syukur pada-MU ya ALLAH, semua jalan yang mereka pilih untukku, nampaknya adalah yang terbaik untuk aku"

aku muhasabah semula kehidupan aku, bermula dari aku kecil, sehinggalah sekarang, betapa aku memberontak kerana tidak setuju dengan keputusan ibu bapa ku, tetapi di akhirnya, aku berterima kasih kepada mereka atas keputusan yang dbuat.


1. mereka menukarkan aku dari sekolah berasrama penuh ke sekolah agama.

aku mengaku, aku homesick mase duk kat sekolah berasrama, aku memang nak sangat pergi sekolah yang aku boleh ulang-alik dari rumah. tapi aku TAK NAK SEKOLAH AGAMA!!..itu luahan hati aku...tapi still aku belajar di sekolah agama itu dengan HATI YANG TAK RELA...

form 1, dalam kelas bahasa arab, aku nangis kat belakang kelas sebab aku xsuka dan aku xpaham apa yang diajar oleh ustaz kat depan..aku xpaham dan aku xnak paham...itu tanda aku protes aku xsuka sekolah agama.

form 2, peperiksaan agama PMRU aku hanya dapat 3A daripada 10A...aku buat rileks...aku nk buktikan kat ayah n ma aku, aku memang xboleh pergi jauh dengan sekolah agama, aku masih tidak boleh terima sekolah aku sekarang...berpuluh-puluh kali aku meminta ayah tukarkan aku ke sekolah harian biasa....tapi berpuluh-puluh kali jugaklah ayah tolak permintaan aku itu dengan alasan "sekolahlah c2 dulu"..

form 3, PMR...aku mmg fokus kat PMR dengan harapan, bila dapat result baik, aku dapat tukar ke sekolah yang lebih baik...alhamdulillah, aku dapat 8A dan 1C bagi bahasa arab...aku tersenyum lebar..kata ayah ku "tengoklah teh, result teh lagi baik dari bdk sekolah biasa, mereka dapat 8A je, tapi teh dapat 8A 1C...lagi satu, teh xkira la sekolah mana-mana pon, still dapat result yang baik kan, mmg sekolah ni tempat terbaik untuk teh, dapat belajar akademik, blh blajar agama...ayah nk anak ayah pandai dua2...pandai akademik, pandai agama. xder guna pandai akademik je lau agama lintang pukang, AYAH BANGGA NGA TEH" ayah peluk aku, keluar air mata terharu dari mataku...huhu
mulai dari saat itu, aku mulai sedar, disitulah tempat terbaik untuk aku belajar...disitulah tempat aku jumpa minat aku. sebab bersekolah di situlah aku boleh pergi tusyen dan jumpa kedua-dua sahabat baik ku. 
ADA IBRAH DI SEBALIKNYA..


2. jangan beli komik lagi!!

ketika bersekolah dulu, aku sanggup tak makan semata-mata simpan duit untuk beli komik. dari sebuah kepada beratus-ratus buah. daripada satu judul ke berpuluh-puluh judul. dari beli kat kedai tepi jalan ke kedai yang besar sampai sanggup jalan 20 minit di tengah-tengah panas semata-mata untuk beli komik. dari beli kat kedai, pandai la plak beli secara pos...betapa aku gilakan komik ketika zaman sekolah ku dulu (sekarang pon sebenarnya masih sama, cuma da xbeli je). bila dihitung-hitung semula, hampir RM2000 duit aku dibelanjakan ke arah itu..sehinggalah pada suatu hari, ayah aku tahu tentang keadaan aku yang melarat semata-mata untuk komik (semua komik disorok daripada pandangan mata ayah)

"lau teh beli lagi komik, AYAH AKAN BAKAR SEMUA KOMIK yang ada sekarang ni!!!"

itu keputusan ayah aku. sekali lagi aku menangis...menangis meraung-raung...kunci diri dalam bilik air, tidak pergi ke sekolah...kerana xsanggup menghadapi kenyataan tidak boleh beli komik lagi.

tapi sekarang bila aku muhasabah balik keputusan yang ayah lakukan...dengan tidak beli komik, aku beralih kepada buku-buku agama...aku mulai membaca buku-buku sirah pejuang Islam jadi kegemaran aku...sekarang, buku-buku itu yang menjadi koleksi dan yang aku beli...bertambah pengetahuan aku tentang agama...terima kasih ayah atas keputusanmu dulu...
aku sedar ADA IBRAH DI SEBALIKNYA.


3. g lah interview cikgu

aku dapat tawaran untuk menghadiri temuduga untuk menjadi guru. punya lah malas aku nk pergi, sebab aku xminat langsung dengan profesion guru. jika di sekolah dulu, aku sangat anti dengan ayat "cita-cita saya adalah menjadi seorang guru"....euuwww tolonglah...tapi sekarang ayah suruh aku p interview guru plak...ayah pujuk aku dengan lembut."pergilah teh, cuba la semua, kita xtahu lagi rezki kita kat mana, xleh berharap dengan biasiswa JPA je, benda tu xtahu lagi dapat ke x..cikgu pon biasiswa jgk..teh g k"

"yolah2, ct g, tapi ct xprepare pon ni, borang, file, gambar.."..."kak lang ada"
maka pergilah aku ke interview, dengan file yang xlengkap dan tidak bersedia sedikit pon!! tetapi takdir ALLAH, aku terpilih menjadi guru pelatih di sini sekarang dalam major matematik...alhamdulillah...aku suka belajar di sini...aku suka profesion guru...aku tidak sabar untuk mengajar di sekolah....terima kasih ayah...ct suka ngan keputusan ayah...
ADA IBRAH DI SEBALIKNYA

4. berpindah dari UNIVERSITI MALAYA KE MAKTAB PERGURUAN ISLAM...

5. jangan buat tu jangan buat ni...xleh kuar g c2, xleh kuar g cni!!

6. main kat rumah je lah!!

7..............


banyak sangat yang jasa ma n ayah aku sehingga aku berada di sini sekarang. jika salah satu keputusan mereka aku tentang, entah apa jadi pada diri ku sekarang...seseungguhnya ALLAH telah memberikan aku ibubapa yang terbaik di dunia. terima kasih ya ALLAH..

Tuesday, August 16, 2011

Doa khatam Quran

assalamualaikum...
sempena hari Nuzul Quran hari ni, jom baca doa khatam Quran. Tetapi tidak semestinya kita khatam Quran baru boleh baca doa ni, setiap kali lepas selesai baca Quran pon boleh jugak baca doa ni. Insyaallah, sama-samalah kita jadikannya amalan harian kita.


Bismillahhirahmanirahim

segala puji bagi ALLAH. Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertakwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad SAW dab juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Ya ALLAH, Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Mengasihani. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran. Ya ALLAH, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya ALLAH, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujah untuk kami. Wahai Tuhan Pemelihara sekalian alam.

Ya ALLAH, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan AL-Quran, serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran. Masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran. Selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya ALLAH, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-MU jua Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya ALLAH, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran. Selamatkanlah kami dari api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran. Tinggikanlah darjat dan martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran, dan hapuskanlah dosa dan kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran. Ya ALLAH, Tuhan yang mempunyai segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

ALLAH mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai Keagungan dan Kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan salam sejahtera kepada sekalian rasul. Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir seluruh alam.

Amin ya Rabb...

Monday, August 15, 2011

Jom berdoa kepada ALLAH

assalamualaikum...
sedikit perkongsian daripada pembacaan ku... benda baik perlu dikongsi bersama kan...=)

ALLAH taala berfirman dalam surah Ghafir ayat ke 60:

“Dan Tuhanmu berfirman, ‘berdoalah kepada-KU, nescaya akan KU-perkenankan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-KU akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina”


Wahai orang yang bersedih! Engkau harus berdoa. Dengan berdoa, kesedihanmu akan hilang.

Wahai orang yang dizalimi! Engkau harus berdoa. Tuhan akan menolongmu.

Wahai orang yang gelisah! Engkau mesti beroda. Dengan berdoa, kegelisahanmu akan hilang.

Wahai orang fakir! Engkau mesti berdoa. Dengan berdoa, kesusahanmu akan hilang.

Wahai orang sakit! Engkau mesti berdoa. Dengan berdoa, penyakitmu akan hilang.

Wahai orang yang derdosa! Engkau wajib berdoa. Dengan berdoa, dosamu akan diampuni.

Wahai orang yang sedang bertaubat! Engkau harus berdoa. Dengan berdoa, taubatmu akan diterima di sisi ALLAH.

Wahai pencari kebahagian! Engkau harus berdoa. Dengan berdoa, kebahagiaan akan muncul.

Wahai pemburu kemuliaan! Engkau harus berdoa. Dengaan berdoa, engkau akan mencapai tujuanmu.

Wahai orang yang mengejar kejayaan! Engkau harus berdoa. Dengan berdoa, kejayaan akan dapat direalisasikan.

Saturday, August 13, 2011

jalan sorang2??

Assalamualaikum...
Penulisan aku di blog ini hanya dapat di update jarang-jarang sekali sahaja kerana kesibukan yang direka-reka dan masa yang terbuang entah ke mana (kena muhasabah balik).. Ape-ape pon, ingatan terhadap blog ini, xpernah luput, jika ada idea datang menerjah, aku catatkan dahulu di dalam handfon. Bila tiba masa yang sesuai (contohnya sekarang), aku coretkan catatan aku itu di sini. Insyaallah.

Apa yang aku ingin kongsikan hari ini adalah catatan aku pada 3 minggu lepas. Hehe (lapuk sudah). Aku membuat catatan ini ketika berjalan berseorangan meredah kota Kuala Lumpur berseorangan diri untuk mencari sesuatu bagi menyempurnakan hajat adik dan kakak ku.

Tips Berjalan Berseorangan ^_^

1. Yakin dengan ALLAH
2. Yakin dengan diri sendiri
3. Yakin sampai ke tempat yang dituju

yakin yakin n yakin ni penting...sebab bila kita percaya dengan keyakinan kita..apa2 yang jadi pon, kita boleh lalui dengn tenang..insyaallah
4. Sihat 
if course la sihat itu penting, bimbang plak time jalan sorang2 tu, rasa sakit...bahaya kan...so, better, lau rasa kurang sihat tu, xyah kuar sorang2...or lau nak kuar gak, kuar la bersama-sama teman2...=)
5. Ada contact jika ada berlaku apa2 masalah
ada contact je xboleh gak sbenarnya....credit tu yang penting...lau xde credit, camne nak kol orang kan...be prepare lah....contact ni penting, in case malu nk bertanya orang kat sekitar kita, boleh kol orang len...=)

6. pakain kemas - menampakkan diri yakin n kuat
kenapa aku selitkan pakaian kat sini?? penting sgt ke apa yang dipakai?? bagi aku pakaian sangat penting. pakaian kan mencerminkan peribadi dan diri. bila pakaian kemas, nampak confident ckit...pakai lah pakaian yang senang nk berjalan..jangan yang serabut2...belit banyak2...belit ckit2 sudaa..n lagi satu, lau perjalanan anda jauh, pakai lah kasut or sandal or selipar yang xbertumit...selesa ckit...lau x, memang mengurut kaki je  nnti.... =)

7. Jangan ada sifat malu bertanya kepada orang yang tidak dikenali
penting ni, malu bertanya sesat jalan. india cina melayu...tanya je. satu ag, nk tanya orang tu, tgk la orang tu camne, jgn g tanya orang gila or gangster...pandai2 lah bezakan k...=)
8. Duit secukupnya 
penah dengar kan...no money no talk...even nk masuk tandas pon perlu bayar...inikan pula nak nek kenderaan awam...mmg wajib2 la kena bayar...siap blh mintak resit ag...so, mmg kena prepare duit secukupnya....=)
9. Sabar
 
10. Jaga barang anda dengan baik. ingat apa yang dibawa n take a good care of it

setakat tu je kot yang mampu aku coret2 kan...
last but not least
ingatlah

ALLAH sentiasa bersama kita

Friday, August 5, 2011

Puasa Ramadhan


Assalamualaikum

Segala puji kepada maha suci ALLAH kerana masih memberikan kesempatan kepada kita untuk meneruskan ibadaah puasa pada hari ini.

Alhamdulillah syukur dipanjat setinggi-tingginya kepada ALLAH SWT kerana membuka hati aku untuk menghadiri majlis ilmu (BISIS) tadi. Banyak ilmu yang telah aku peroleh. Bicara Siswa hari ini banyak menyentuh mengenai ibadah Puasa. Masih tidak terlambat lagi kiranya untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan ibadah yakni bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang aku tunggu-tunggu, bulan yang aku rindu...

Apakah yang dimaksudkan dengan berpuasa?? Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. Ibadah puasa tidak hanya terhenti setakat itu sahaja, puasa yang dilakukan mesti ditambahbaik dengan melakukan add-ons kepadanya kerana puasa adalah sebagai medan tarbiah, medan menghambakan diri kepada ALLAH dan medan persedian untuk menghadapi hari pembalasan kelak.

Bagaimanakah untuk mentarbiahkan diri?? Aku tahu ramai lagi yang lebih tahu dan ariff mengenai hal ini, tapi aku ingin menulis kembali apa yang aku perolehi daripada program  BISIS tadi di sini untuk mengingatkan diriku yang sering lupa dan alpa. 

Kita mentarbiahkan diri ketika berpuasa dengan menahan diri dari lapar dan dahaga. Selain itu, add-ons lain ialah bangun malam (qiamullail), baca AL-Quran, bersedekah, iktikaf dan bersabar. Pada bulan ini, umat islam berlumba-lumba berbuat baik dan melakukan amal ibadah kerana ganjaran yang ditawarkan oleh ALLAH swt adalah berlipat kali ganda.

“Tidur orang yang berpuasa itu ibadah, diamnya adalah tasbih, amalan-amalan akan dilipatgandakan ganjarannya, doa dimakbulkan dan dosa-dosa diampunkan”

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keihlasan, akan terampun dosa-dosanya yang terdahulu”

“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibuka semua pintu langit, ditutup pintu neraka dan dirantai segala syaitan”

Begitu hebat sekali tawaran yang diberikan ALLAH swt kepada kita. Amatlah rugi kepada sesiapa yang mensia-siakan bulan Ramadhan ini. Insya-ALLAH, aku juga salah seorang peserta yang merebut-rebut peluang yang diberikan ALLAH ini. Semoga aku menjadi salah seorang pemenang dalam perebutan rahmat, keampunan dan redha ALLAH ini. Insya-ALLAH.

Moga kita semua mendekatkan diri pada Allah bukan sahaja di bulan ramadhan namun dibulan-bulan  yang lain juga. Selangkah kita dekat dengan Allah, seribu langkh Dia dekat dgn kita. Ini kerana Allah hanya akan menerima doa-doa mereka yang suci dari dosa dan juga doa-doa mereka yang dekat dengan-NYA.. insya-ALLAH..

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.

Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.