Tuesday, July 31, 2012


aku tak pernah impikan pertemuan ini
apalagi mengharapkan hidup yang kosong kembali berseri
haruman ukhwah yang kau sirami
ibarat hembusan kasturi yang menyegarkan rohani

siapa aku layak dihargai
tapi kau tetap tegar melayaniku

ku lafazkan zikir alunan ilahi
sujud menangisi anugerah persahabatn suci
moga kita tetap bersama meniti hari
jatuh bangun sama dirasai

teruskan perjuanganmu wahai sahabat
walaupun darah menitis membasahi bumi

Friday, July 27, 2012

physics

assalamualaikum :)


malam ni pas terawih terus terkam buku-buku fizik SPM
pagi tadi (kul 11) aku dapat 6 buah buku fizik untuk distudy sebagai persedian mengajar seorang anak lecturer pada petang esok (sabtu)...
by hook or by crook aku kena study n sampai tepu n paham malam ni jugak tajuk electromagnetic
sebab aimi (anak lect) cakap dy nak tajuk blajar tajuk ni...
sebab aku yang mengajar, aku kena prepare....(sebab aimi memang tersedia pandai)

sebelum bermula
(kemas je meja :p)

halfway (kul 12)
semua buku kena buka bila stuck :p


aku xsempat nak study pagi esok sebab ada kursus pengurusan jenazah dari pagi sampai tengahari...
pas zohor, aku akan ngaja aimi plak...so, memang xsempat lau nak study esok...maybe, tyme kursus esok, aku akan curi2 study jap kot...

semenjak aku ngaja fizik ni....aku dengan spontan mengaitkan semua benda dalam daily life aku dengan fizik..

contoh 1 : nampak plastik terbang, aku start law ape, pressure tinggi kat atas or bawah.. kenapa dy terbang, kenapa dy turun...semua aku pk....penat jugak kadang2...tapi fun :)

contoh 2 : bila rasa sakit kaki, aku start pk aku jalan kat mana, permukaan jalan camna (berbukit or landai), pakai kasut tumit apa (pressure), bawak beg or apa...semua main dalam fikiran aku...

teringat balik zaman sekolah dulu, xde la plak aku nak apply fizik ni dalam daily life...dulu, fizik hanya dalam kelas n tyme exam...habis exam, semua melayang pergi...tapi yang melayang pergi dulu, datang kembali kepada aku sikit demi sedikit...memudahkan aku faham apa yang aku study sekarang..well, bila kita faham, nak terang kat orang lain pon jadi makin senang kan :)... 

papehal, syukur kepada ALLAH atas kurniaan ilmu ini, jika tanpa izin ALLAH, sekuat mana usaha aku, xkan ada hasil jugak (la haulawala quwwata illaa billahi a'liyilla'zimm = tiada daya dan kekuatan selain dengan  perkenan ALLAH) pegang ayat ni k :)

cukuplah dulu tuk malam ni...
nak tido dah...
esok nak bangun sahur :)


assalamualaikum

kan da cakap

assalamualaikum

atas sebab-sebab tertentu, aku active fb aku tadi (kul 4.00 ptg)
disebabkan da seminggu bercuti fb...
banyak benda aku nak tengok...
aku duk ngadap fb non stop sampai la sekarang (kul 7.10)
aku da deactivate balik...
aku da cakap fb ni berhantu
lau xpandai kawal diri
memang akan makan diri

apa yang tengok 3 jam men fb
1. aku buka inbox, ada mesej orang y jual baju ri2
2. aku buka fb ibnu batoota (baca semua status dy, semua panjang2)
3. aku buka fb hilal asyraf (baca randomly)
4. kat fb ibnu batoota, aku jumpa link blog dy...so aku baca blog ibnu batoota
5. aku tengok fb scb (kejap je)
6. buka fb ibnu batoota lagi
7. xleh jadi...aku deactivate fb

niat asal aku buka fb xtercapai pon
niat asal nak cari ahli untuk buka kelab ping pong
tapi jadi benda lain

bahaya tol laa fb
salah3...bahaya tol aku ni
xpandai kawal diri

memang tepat la keputusan aku tuk deactivate fb kan
masa 3 jam aku terbuang tadi, boleh jer, aku guna tuk baca Quran, lipat kain, study fizik...
disebabkan kelemahan aku mengawal diri...
semua kerja tu xjadi...




p/s :: che nor panggil amik makanan berbuka..tata

count on me :)

Count on Me - Bruno Mars

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you


math buddy
love u



Thursday, July 19, 2012

lelaki = pemimpin

Ramai lelaki menyuarakan tentang wanita, ingin wanita yang solehah, celik agama dan sebagainya, bagi mereka satu hari bakal isteri mereka dapat mendidik anak mereka.

Tapi tahukah kalian wahai kaum adam, Allah menciptakan kamu fitrahnya sebagai seorang pemimpin. Kalau kamu memandang sebelah mata kepada wanita yang buta agamanya, kurang pengetahuan agamanya tanpa menilai hati perasaan mereka kalian silap.

Sepatutnya kalian lebih celik akal dalam menilai seseorang untuk menjadi suri dalam hidup kalian. Tidak salah mengambil kaum wanita yang kurang agamanya, asalkan dia berkeinginan untuk berubah, dan kalianlah yg mengubahnya.

Di mana kata-kata jihad, kata-kata semangat berjuang untuk agama? Jihad dalam rumah dahulu, didik anak isteri dahulu, berjuang memperbaiki keadaan rumah tangga dan hidupkan sunnah di dalam rumah.

Bukankah lelaki itu bersifat pemimpin?. Andai lelaki ingin celik agama carilah guru-guru alim yang dapat mendidik kalian bukan seorang wanita yg lemah yg sepatutnya kalian didik mereka..






taken from status puan delishah muttaqin

putus asa??

assalamualaikum :)

teringat nasihat seorang kakak ketika sama-sama berbuka tempoh hari

"ateh, jangan berputus asa jika nasihat kita ditolak dan jika dakwah kita ditolak...cuba bayangkan, jika Rasul SAW putus asa untuk berdakwah, masakan kita akan dapat nikmat iman pada hari ini, jangan putus asa yer ateh"

aku terus teringat kata-kata ini selepas nasihatku pada seorang teman ditolak mentah-mentah...katanya dia dia tidak selesa jika dia berubah....semoga ALLAH membukakan pintu hatinya untuk berubah..


wahai sahabatku...
aku sayang padamu..
kerana itu aku mahu bersamamu
di dunia dan di akhirat sana..

jika aku silap betulkan aku
jika kamu silap, 
aku bersedia betulkan kamu
aku tahu aku bukan yang terbaik
tetapi kita semua dalam proses menjadi yang terbaik

jom tinggalkan dosa
mencari pahala bersama-sama
semoga kita berjumpa di syurga-NYA


Monday, July 16, 2012

ALLAH sayang kita

assalamualaikum :)
alhamdulillah, masih mampu bernyawa....
jap lagi nak tido dah, tapi tido2 pon bernyawa jugak tau.... :)

lam sbulan ni, aku asyik sangat baca surat cinta
best sangat surat cinta yang ALLAH bagi kat kita..
siyes2 sangat best...
macam-macam yang ada lam surat cinta aka Al-Quran 
dari seremeh-remeh benda hingga lah sebesar-besar benda...
semua ALLAH gitau kat kita melalui surat cinta tu

DIA bagi peringatan, 
DIA bagi tunjuk ajar
DIA bagi kita petunjuk
DIA gitau kita cerita-cerita

best sangat2...

memang ALLAH sangat MAHA HEBAT
sebab dah la DIA ciptakan kita sempurna,
ciptakan plak alam ni bagi kita duduk, hidup n semua2
pastu DIA bagi plak manual untuk kita hidup dengan baik-baik kat atas muka bumi ni

sayang sungguh ALLAH kat kita
kan kan kan
xdapat nak ekspresikan dengan kata-kata betapa DIA sayang kita
siyesly, rasa nak tersenyum panjang
bila rasa diri yang kerdil ini disayangi oleh MAHA PENCIPTA

sebab ALLAH da sayang kat kita
n bagi kita macam-macam
apa kata kita balas kasih sayang DIA..
kita buatlah apa yang DIA suruh
n tinggalkan apa yang DIA larang

semoga dengan usaha kita yang tidak seberapa ni dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan MAHA PENCIPTA



saya rasa ALLAH sangat-sangat sweet
saya SAYANG ALLAH....
SUBHANALLAH....




p/s: saya suka baca surat cinta dari ALLAH <3

Sunday, July 15, 2012

kasih sayang

ALLAH jualah yang
mencipta kasih sayang
sesama manusia agar 
dengan kasih sayang itu
kita menyayangi-NYA
<3

mahar al-Quran

assalamualaikum :)

sekarang ramai orang yang sebaya aku kawin (20-25 tahun)...kawan-kawan aku pon ramai jugak...
n lately, ada kan orang post kat fb pic mahar perkahwinan yang mengikut kelulusan belajar si perempuan...

pic ni laa

perlu ker mahar seorang wanita itu di judge berdasarkan kelulusan pelajaran dia? betulla orang kata, macam nak jual anak dah kan...

ada seorang kawan aku tanya...brapa mahar wanita solehah


brapa mahar wanita solehah? satu persoalan kan... well, of kos la wanita solehah is priceless...tapi still perlu ada maharnya...

maka aku bertanyakan soalan ini kepada seorang sahabatku.... yang aku kira dia ada ciri-ciri wanita solehah..maka jawabnya, 

"mahar untuk wanita solehah...hurmmm, untuk wanita solehah berilah Al-Quran yang dibaca, dihafal n ditadabbur oleh bakal suami"

faham x dari jawapan dy...memang bertepatan dengan ayat Quran dalam surah An-Nur ayat ke 26

"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik...."

sweetkan bila suami isteri salang menghadiahkan Quran yang telah dibaca, dihafal dan ditadabbur siang dan malam...maybe Quran itu, nampak macam buruk, tapi itu tanda sentiasa guna Quran itu...




p/s: jom baca Quran n maknanya :)

Saturday, July 14, 2012

kenangan manis

assalamualaikum...

baru pas borak dengan kawan seorang ni
setahun lepas dy eksiden
agak teruk la
tapi sekarang dy da sihat
alhamdulillah
pastu dy bercerita la tadi
eksiden itu kenangan manis dy
sebab dy masih hidup dengan cukup semua anggota badan 
dan semua kecederaan dy time eksiden tu da sembuh
n hari ni, dy macam manusia normal yang lain...alhamdulillah

kenapa kenangan manis?
dia kata, dia sihat hari ini, tanda ALLAH sayang dy
walaupun dy jatuh hari tu...tapi dy still hidup
walaupun dy agak parah hari tu, dy masih sempurna just ada sedikit parut di lengan belah kanan lau xsilap aku

tyme mula-mula dy cakap itu kenangan manis
aku terkejut sebenarnya...
pas dy explain panjang kat aku...baru aku faham
kenangan manis tanda dia masih ada teman disekeliling...
kawan2 dy turun bantu dy setelkan semua benda
memang terharu sangat2 katanya (aku pon terharu)



one part aku sedih...sebab aku x p tolong dy ri2
padahal dy eksiden dekat je dengan rumah aku
huhu...sorry naa

tapi aku tumpang gembira dengan kenangan manis dy

n kenangan manis tu jadi iktibar untuk aku jugak
bila aku jatuh, n aku bangkit balik...itu adalah suatu kenangan yang manis...

thanks bagi pengajaran yang cukup bermakna tuk aku malam ni
thanks sudi share cerita yang setahun telah berlalu
malam ini, malam muhasabah diri :)



p/s: esok ada qiamullai kat masjid...jom tido awal :)

nak beli buku :)

assalamualaikum :)

alhamdulillah elaun sem ni da masuk sebanyak RM3800++ setelah ditolak yuran asrama RM350++...xpasti jumlah asalnya...

jika sem lepas, duit banyak diguna untuk beli buku, baju tshirt n alat tulis....lau xsilap, hampir 20 buah buku dibeli, 4 helai tshirt (tuk aku, adik n kakak) n alat tulis yang sangat banyak (cikgu kan, semua barang kena ada)

sem ni, stakat ni dalam kepala aku just nak beli buku jer... 2 buah buku...satu buku sal sirah nabi-nabi n satu lagi srikandi-srikandi Islam...

ustaz Abdullah cakap, "awak orang perempuan, kena tahu kisah-kisah wanita islam zaman nabi dulu, kena tahu perjuangan mereka. then, awak contohilah mereka"

t aku beli buku nyer, aku bace kisah-kisah mereka.... (sekarang xbeli lagi)

lupa plak, rasanya aku penah nampak buku sirah nabi kat rumah kakak aku...maybe pinjam buku dy kot...or mintak terus ke...huhu...(jimat ckit)...lau xsilap, harga buku full semua kisah nabi, RM175....buku kulit tebal, n buku itu tebal...berbaloilah kan...

same gak dengan buku srikandi-srikandi Islam...buku kulit tebal n tebal kaler pink (penah nampak dalam bilik kawan, tapi lupa tajuk betul dy ape)...harga nya...hurmmm lebih kurang RM100 rasanye...insyaallah, aku nak beli...:)

2 buku ni, agenda utama aku sem ni...

barang-barang len...rasanya xperlu lagi....tapi tengok keadaan lah camne nanti...:)



p/s: nak save duit untuk guna awal sem depan jugak

Friday, July 13, 2012

the cutest smile ever
baby athiyah :)
tomey kan athiyah..
even botak, tapi tomey...

the most tembam ever
baby musfirah
musfirah pon tomey...
lawa sangat bila pakai tudung...
hehe
(maaf na, saya stalker baby berjaya)

the prettiest baby ever
baby mesya gebum2 <3
my love..muuahhh




p/s : sory na SCB, saya cilok pic awak punya anak sdara...:p




pelik (",)

assalamualaikum :)

urm...satu persoalan timbul dalam benak fikiran aku...
hurmm, ada orang bace ek blog ni?
agak pelik bila ada yang membacanya
maybe ada yang tersilap tekan kot, 
then tersampai ke cni...
macam tu lah kot kan...

sebab blog ni, 
xde yang spesel pon
just coret2 sal hidup aku je
again, agak pelik bila ada yang bace...
rasa malu sbenarnya
huhu...

papehal...
lau ada yang bace,
selamat membaca..

maaf jika ada salah silap...
anyway, thanks for dropping by...


Thursday, July 12, 2012

assalamualaikum :)

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...aku masih punya keluarga yang mengajar aku siapa aku sebenarnya, aku masih punya keluarga yang bercakap terus terang tentang kelemahan dan kelebihan diriku, aku masih punya keluarga untuk mengeluarkan aku dari kekusutan hidup, aku masih punya keluarga untuk bergurau senda....alhamdulillah atas kurniaan ALLAH yang tiada nilainya ini. :)

ma, ahli keluarga yang paling aku sayang...maaf jika ayah dengki..hehe..ma merupakan pendengar aku yang paling setia.... aku amat suka bercerita dengan ma... semua benda pon aku cerita... apa yang paling membahagiakan aku, ma ingat apa yang aku cerita. itu tandanya ma benar-benar mendengar apa yang aku cerita dan luahkan. satu perkara yang ma tak suka ialah aku menangis. sebab bila aku menangis, aku xdapat nak bercerita dengan baik sebab-sebab aku menangis. ma xsuka bila aku senyap, sebab kata ma, senyap tidak dapat menyelesaikan masalah kerana ma tak tahu sebab aku berdiam diri. ma suka dengar ct bercerita kan ma. cerita tentang hidup ct kat maktab, cerita apa yang ct buat, cerita apa yang ct belajar, cerita dengan siapa ct berkawan, cerita ct beli apa, cerita ct pergi mana....hehe...semua pon ma sudi dengar...terima kasih ya ALLAH kerana lahirkan aku dari seorang ibu yang bernama Kamaliah bt Omar. 

seperti mana sifat ibu-ibu yang lain, ma boleh menganalisis setiap anak-anaknya. walaupun tidak menggunakan alatan yang canggih manggih, namun ma tahu dengan detail setiap perkara tersurat dan tersirat tentang anak-anaknya...termasuklah aku :)

suatu ketika dulu, ma kata aku ada ego yang tinggi dalam diri...yup, dulu aku memang ego... ego aku menggunung... ma kata, buanglah sifat itu.... Alhamdulillah, ckit demi ckit aku kikis sifat ego itu...

baru-baru ini, kata ma aku ada sifat baru. kritikal sifat ku ini, iaitu sensitif melampau-lampau...suka sangat merajuk. penyakit ini pelik. aku hanya merajuk dengan keluarga ku sahaja. sensitif plak, dengan semua. ma cakap, buangla sifat itu, ubatilah ia. hurmmm....macam mana nak ubat yer ma? ma cakap, jadilah positif. yup, aku memang seorang yang positif. sampai ada yang cakap, aku ni terlalu positif, sila negatif ckit... hurmm... tapi ma aku lebih paham aku, ada certain thing yang aku sangat fikir negative...mungkin sebab aku jauh dari keluarga, aku jadi sensitif dengan mereka, ada cas negatif yang keluar bila ada masalah...tapi entahlah...

aku harap sangat-sangat dapat buang penyakit ni. sebab penyakit aku ni telah guriskan hati orang-orang yang aku sayang.

ma, doakan ct jadi seorang yang positif dan tidak sensitif.....

ma, doakan ct agar jadi anak yang solehah...

ma, doakan ct agar jadi orang yang berguna..

ma, redhalah atas segala yang ct lakukan...

ma, maafkan ct atas segala kesalahan...

ma, demi ALLAH ct sayang ma.

terima kasih ma :')







p/s: baru pas cakap fon dengan ma....salah satu pesanan ma, buang sifat negatif...ct cuba ma :))

senyum tawar

assalamualaikum....

senyumlah :)

...... :)

Monday, July 9, 2012

doaku untukmu

bismillahirrahmanirahim

aku melafazkkan doa sekudus kasihku

ya ALLAH
jagalah sahabatku dikala penjagaanku tak sampai padanya
sayangilah dia di kala rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata
perhatikanlah dia di kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja
kerana Engkau punya segala yang ku pinta
kerana ku ingin dia selalu menjadi sahabatku di dunia 
dan harap bertemunya di syurga
aameennn.....

Saturday, July 7, 2012

Friday, July 6, 2012

mujahadah itu PAHIT
kerana SYURGA itu manis 
:))

it's okay not to be okay

I stare at my reflection in the mirror
"why am i doing this to myself?"
losing my mind on a tiny error
i nearly left the real me on the shelf

don't lose who you are 
in the blur of the stars!
seeing is deceiving, dreaming is believing
it's okay not to be okay

sometimes it's hard to follow your heart
tears don't mean you're losing
everybody's bruising
just be true to who you are



assalamualaikum :))


ini sebahagian daripada lirik lagu who are you - jessie j
aku xsuka lirik dia yang len2...suka part ni ja...
hehe..xpe kan... :))

apa yang aku faham dari lirik ni, (mengikut kefahaman diri sendiri)

jangan disebabkan satu kesilapan, kita terus down. 
well, its okay to get down...but you have to get back up
it's doesn't matter of time 
whether you back up fast or slow
but the most important is
YOU GET BACK UP!!

one more thing
IT'S OKAY NOT TO BE OKAY
JUST BE YOURSELF :))