Showing posts with label ayat Quran. Show all posts
Showing posts with label ayat Quran. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

berdoalah


"Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu mengenai AKU maka (beritahu kepada mereka) : sesungguhnya AKU (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) ; AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada AKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-KU (dengan mematuhi perintah-KU), dan hendaklah mereka beriman kepada-KU supaya mereka menjadi baik serta betul"

[al-Baqarah : 186]

Tuesday, May 15, 2012

Ya Allah, jangan bolak-balikkan hati ku

assalamualaikum :)

bukan saya ini terlalu rigid tentang perkara itu
tetapi saya tidak mahu perkara sama berulang kembali
jika itu yang diingini...
ikutlah lunas yang betul
berjumpa dengan orang yang betul
insyaallah, keputusannya adalah terbaik...

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kamu di atas agama-Mu,
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu
Ya ALLAH yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kamu untuk taat kepada-Mu

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)"
(al-Imran : 7)



Friday, February 17, 2012

Birrul Walidain

petikan daripada AL-QURAN supaya taat kepada kedua-dua ibu dan bapa kita

"dan Kami perintahkan kepada manusia(berbuat baik) kepada dua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah0tambah, dan menyusuinya dalamdua tahun, bersyukurlah padaKU dan kepada dua ibubapamu, hanya kepadaKu lah kembali"

(surah Luqman: 14)

"......wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk dan patuh kepadaMU)"

(surah al-ahqaf: 15-16)


"dan hendaklah kamu beribadat kepada ALLAH dan janganlah kamu sekutukanNYA dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa....."

(surah an-nisa: 36)


"dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maan janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "AH", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia(bersopan santun). dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayang mu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "WAHAI TUHANKU! CUCURILAH RAHMAT KEPADA MEREKA BERDUA SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MENCURAHKAN KASIH SAYANGNYA MEMELIHARA DAN MENDIDIKKU SAMASA KECIL"

(surah al-israk: 23)

Tuesday, December 6, 2011

kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan....~

assalamualaikum...
haha, xleh nak senyum sebab sedih. sebab nangis, sebab jiwa kacau...huhu

aku sering persoalkan bila keadaan jadi camni, setiap apa yang aku rancang, yang aku excited sangat, yang macam dah komfem2 jadi, tibe-tibe tak jadi. perasaan frust tu selalu datang. peraan geram selalu ada. perasaan tak puas hati mula muncul. aku blame kesilapan, kesalahan yang menyebabkan perancangan aku yang xjadi ke atas orang lain. aku persoalkan, kenapa selalu aku je yang kena. kenapa lau orang lain, senang-senang je dapat apa yang mereka nak. kenapa bila sampai giliran aku, semua nya jadi kacau, jadi xmenentu, jadi xbetul. siyes aku sedih bila jadi camni. 

astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah....ampun kan aku ya Allah kerana lupa bahawa perancangan Kau adalah yang terbaik, 

“ Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik, dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui dan kamu tidak”

semoga Allah tabah kan hati aku.
semoga Allah cekalkan hati aku
semoga Allah tenangkan hati aku
semoga Allah ampunkan dosa aku
semoga aku sentiasa redha dengan ketentuan-Mu ya ALLAH........




p/s :: nangis depan ayah...huhu

Friday, December 2, 2011

sabar itu indah

"if you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow"

assalamualaikum :)

alhamdulillah, baru pas habis baca artikel tentang sabar kat satu majalah ni.

Kisah Anak Tiram

pada suatu hari, seekor anak tiram menangis. lalu dia mendatangi ibunya, "Ibu, aduh! sakitnya punggungku ditebuk dan dilukai oleh orang itu". dengan penuh kasih sayang sang ibu menghiburkan anaknya, "Bersabarlah wahai anakku, sakitmu itu akan sembuh sebentar lagi, mari ibu usapkan punggungmu"

si anak pun terhibur dengan usapan lembut ibunya itu tetapi usapan itu sebenarnya tidaklah menghilangkan rasa sakit di punggungnya namun hatinya terubat dengan kelembutan suara ibunya yang merdu.

hari berganti hari, tahun berganti tahun si anak masih lagi merasakan kesakitan itu di punggungnya namun si ibu tetap menyuruh anaknya bersabar. "bersabarlah wahai anakku, sebentar lagi rasa sakit itu akan hilang..." begitulah seterusnya, lama-kelamaan anak kerang itu terbiasa dengan kesakitan itu di punggungnya.

suatu masa apabila dia sudah dewasa, benih mutiara yang sudah matang yang sudah disisipkan di dalam tubuhnya dikeluarkan lalu diproses menjadi barang hiasan yang sangat cantik dan dijual dengan harga yang sangat mahaldi merata-rata tempat di seluruh dunia.

alangkah beruntungnya sang mutiara yang hidup di atas penderitaan anak tiram itu - tiba-tiba menjadi rebutan dan melambangkan kemewahan dan kemegahan bagi setiap wanita yang berada.

rasa sakit yang ditanggungnya selama ini terbayar apabila dirinya dihargai, inilah ganjaran daripada kesabarannya menanggung segala keperitan dan bukan semua anak tiram boleh melakukan pengorbanan yang begitu tinggi.

"sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas"
(az-Zumar: 10)

"dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu"
(ali-Imran:120) 

sabar itu sesungguhnya indah. dengan kesabaran menepis segala fitnah, cacian, kedengkian orang yang cuba menjatuhkan maruah kita akan menaikkan semangat untuk terus berusaha. kadangkala rasa sakit itu luar biasa dan ada yang boleh menyebabkan kita berputus asa. namun kita lihat ketabahan anak tiram itu menjadi contoh betapa ia sabar menahan kesakitan walaupun rasa sakit itu menghimpit kulitnya.


Tuesday, November 29, 2011

ibu. ibu. ibu. ayah

assalamualaikum :)

mata da mengantuk, tapi nak tulis jugak entry ni sambil tunggu siap download fairy tail n tido.

########


Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
       Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

 ---------------------

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
--------------------

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

----------------------

baru-baru ini dalam rancangan tanyalah ustaz ada satu topik yang diutarakan iaitu mendidik anak. aku tertarik dengan kata-kata ustaz yang jadi panel yang aku da lupa nama dia. dia cakap

"sebagai anak, time bercakap dengan ibu bapa kenalah berlemah lembut. walaupun sebelum itu, kita berada dalam keadan marah atau apa, apabila bercakap dengan kedua ibu bapa, berlembutlah"

berlembut ketika bercakap dengan kedua ibubapa. jaga hati ibu bapa. kerana mereka yang mencorakkan kehidupan kita sehingga menjadi seperti hari ini. kita boleh cakap, kita belajar bersungguh-sungguh, dengan usaha kita sendiri, jawab exam sorang-sorang tetapi lupakah kita siapa yang menyekolahkan kita? siapa yang menanggung persekolohan kita? siapa orang di sebalik tabir kejayaan kita? siapakah pendorong kita? bukankah mereka berdua. maka, hormatilah kedua ibu bapa, berlembutlah ketika berbicara dengan mereka tidak kira apa jua emosi yang melanda jiwa....:)


ada satu 1 persoalan yang timbul baru-baru ini 

"kenapa baju bayi, kebanyakannya warna putih, warna cerah, satu warna, satu tona sahaja??"

salah sorang daripada kakakku menjawab

"bayi yang keluar dari perut seorang ibu itu suci, tiada dosa maka pakaian yang dikenakan padanya kebanyakkannya berwarna putih dan cerah kerana menunjukkan kesuciaan bayi itu. maka menjadi tugas ibu bapa lah untuk mencorakkan bayi mereka, samada menjadi bagaimana kelak nanti" 

bagaimana kedua ibu bapa mencorakkan kita? bukankah keputusan kita pada hari ini, dibuat atas dasar minat dan kebolehan kita sendiri?

lupakah kita? dulu, sewaktu kecil, ibu bapa yang menyokong, membantu, menggalakkan segala apa yang kita lakukan. daripada hasil sokongan dan galakan mereka itulah terbit minat kita pada hari ini yang memandu masa depan kita kelak. itu kata aku. 

siapa aku pada hari ini, adalah hasil corakan kedua ibu bapaku.

terima kasih ma kandung n lahirkan ct

terima kasih ma susukan ct

terima kasih ma masak makanan untuk ct

terima kasih ayah kerja kuat demi ct

terima kasih ma , terima kasih ayah.

terima kasih sebab corakkan ct jadi seperti hari ini.

Friday, July 29, 2011

berehat sebentar

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sampai saat ini aku masih selamat. Selamat membawa diri ini berjalan-jalan berseorangan for the sake of my two lil n big sisters. 

Lokasi aku sekarang di stesen bas puduraya. Untuk pengetahuan semua, ini kali pertama aku datang sini. Ada yang bertanya, “tak takut ke kuar ke tempat yang xpenah pergi sorang2?”. Alhamdulillah, sedikit pon aku tidak merasa gentar kerana aku tahu bahawa aku tidak berseorangan dan ALLAH sentiasa bersama-sama aku. Insyaallah tiada apa yang perlu ditakuti selain ALLAH SWT.

“orang yang bahagia adalah orang yang dapat mengambil pengajaran dari masa lalu, bersemangat menghadapi masa kini dan optimis menghadapi masa depan”

Kata-kata diataslah yang menguatkan semangat aku. Kerana aku ingin bahagia. Maka aku bersemangat menghadapi masa kini dan optimis akan masa depan insyaallah. ALLAH SWT berfirman dalam surah Taha ayat 123

"Lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk-KU, maka ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka”

Insyaallah aku akan cuba yang terbaik untuk tidak sesat. Semoga ALLAH kurniakan petunjuk semoga perjalanan aku hari ini, esok dan hari-hari mendatang berjalan dengan lancar. Insyaallah.

Sepatutnya aku meneruskan perjalanan ke KL Central untuk menunggu ketibaan adikku, tetapi keletihan yang melanda diri memerlukan aku untuk berehat sebentar di sini. Insyaallah kejap lagi aku gerak. Mata aku melilau ke kiri dan ke kanan melihat ragam-ragam manusia di sini. Bermacam-macam ragam, bermacam-macam gaya, bermacam-macam cerita. Ada yang membawa bagasi ke hulu dan ke hilir untuk mencari tiket. Ada yang sedang makan. Ada yang sedang termenung. Dan ada juga yang membuat aktiviti sepertiku, memerhati keadaan sekeliling. 

Penatku sudah hilang, perlu meneruskan perjalanan sekarang. Doakan aku selamat sampai ke destinasi.

“Segala puji bagi Allah,Maha suci Allah yang menyediakan kenderaan ini untuk kemudahan kita dan kami tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kitalah, kita akan kembali.”