Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, January 3, 2014

the Best Holiday Ever

Assalamualaikum...
tergerak hati untuk menulis disini bcoz da xtertahan lagi rasa rindu kat keluarga...
jika diluah pada mereka, air mata pula turun seperti air hujan..xmahu mereka risau...
maka, disini jadi tempat luahan...

bermula 14/11/13 sehingga 31/12/12 aku bertapa di rumah...
selama tempoh itu, aku xpergi bercuti mana-mana...aku just duk rmh dengan keluarga. 

macam bosan je kan...cuti lama2, tapi duk rumah je..
actually, aku belajar macam2 tyme duk rumah...
especially belajar memasak.
i cook a lot.. 
48 hari di rumah, xde satu hari pon aku xmasak...
buat kuih untuk minum petang dengan keluarga is a must...
setiap petang, keluarga aku merasa air tangan aku...
melihat mereka makan dengan berselera n sampai habis, buat aku tersenyum lebar, bahagia..
lepas habis makan, akan ada yang bertanya
"teh, esok menu gapo plop?"

tengah hari d rumah dengan 2 orang lelaki...ayah n aqil...selera besar dua orang ni
sometimes, men masak2 di tengah hari...sedap xsedap no 2...yang penting, aku dah cuba..
tapi, ayah xpernah complain masakan aku...selalu kata sedap, len kali blh buat lagi, boleh baiki lagi...boleh buat lagi sedap...owh...ayah...tq habiskan semua yang ct masak

adik n aqil
setia menemani aku di dapur...
tlg kacau, tlg goreng, tlg rasa, tlg makan, tlg bagi cadangan...
rinduuu mereka

kak...
macam2 projek kita buat...
paling best buat creampuff...seronok tgk orang makan n kata best, siap mintak resepi
padahal semua pon hentam je...suka2 hati nk letak apa dalam inti..
kak suka buat makan2 di rumahnyer,,,saya plak suka makan di c2..
"kak, kak masak gapo rini? ct nk g make"
tq kak n poklong...xjemu layan saya, tlg saya beli barang2...
rindu kak
sayang kak ketat2

masakan xmenjadi?
pernah la dua tiga kali aku masak xmenjadi
yup, ada yang mengutuk...yup, aku sedih la seposen...
tapi ma cakap, cuba skali lagi...mungkin ada silap di mana2...
tq ma...betul kata ma, ada silapnya...
bila buat kali kedua...
menjadi dan sedap...
tq ma bagi ct semangat

kak na n abe...
abe, the electric chef
he know very well about electric n also how to cook well
tq abe, always bagi ct can untuk masak
u teach me a lot...
next tyme ct balik, kita buat yang lagi complicated deh

tu part aku masak..
part makan kat luar xciter lagi...hik3...
pantang kuar dengan ayah, mesti dibawaknyer makan di mana2..
nasi ulam la, nasi sup la, tomyam laa, citu cni...
aku bantai je semua...sambil2 cari inspirasi untuk masak di rumah kan...

pernah sekali, kat pasar malam, aku tenung orang masak charkuewteoy..nak tahu cara konon2nyer...siap tanya penjual tu lagi, dy letak apa, sos ape segala bagai...nasib bek abang tu baek, sudi layan aku...hehe...tq3

cuti aku is all about food...
sebab tu lah berat pon naik...
the best holiday ever...
tq everyone

Sunday, March 11, 2012

patah hati retak seribu

tengah tahan diri dari menangis...
tapi still air mata mengalir laju
tahan diri dari berprasangka buruk
tapi still anasir2 jahat menyucuk2 fikiran aku
hanya kalimah taa'wuz menjadi perisai
cuba mempraktikkan ape yang dibaca selama ini
recall satu persatu petikan, ayat yang dibaca
cuba amalkan
cuba jadi seperti yang dikatakan dalam buku
i'm also crying :'(

mencuba sedaya mungkin untuk tidak mengguris hati sesiapa
walaupun hati aku retak seribu
ini bukan masalah cinta...
jika itu tanggapan mu
ini masalah hubungan antara keluarga
kerana itu aku menjaga hati dia
kerana sayangku kepadanya melebihi sayang kepada diri sendiri


teringat kembali kata-katanya
patah hati aku
hancur luluh
tapi ku tahan
ku tahan 
ku tahan
sehingga semua tembok hati ku pecah berderai
airmata, turun jua ketika itu..
tidak sempat aku menyembunyikannya dari dy
aku sorokkan muka ku
selesaikan kerja ku
basuh muka n berlalu dari c2
aku mohon maaf jika perbuatanku mengguris hatimu
ego ku terlalu tinggi untuk membenarkan kau melihat aku menangis teresak-esak
aku pergi dulu membawa hati
sambil mengingat kembali kata2 mu yang menusuk hati

ya ALLAH tabahkan hati ku

Tuesday, December 6, 2011

kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan....~

assalamualaikum...
haha, xleh nak senyum sebab sedih. sebab nangis, sebab jiwa kacau...huhu

aku sering persoalkan bila keadaan jadi camni, setiap apa yang aku rancang, yang aku excited sangat, yang macam dah komfem2 jadi, tibe-tibe tak jadi. perasaan frust tu selalu datang. peraan geram selalu ada. perasaan tak puas hati mula muncul. aku blame kesilapan, kesalahan yang menyebabkan perancangan aku yang xjadi ke atas orang lain. aku persoalkan, kenapa selalu aku je yang kena. kenapa lau orang lain, senang-senang je dapat apa yang mereka nak. kenapa bila sampai giliran aku, semua nya jadi kacau, jadi xmenentu, jadi xbetul. siyes aku sedih bila jadi camni. 

astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah....ampun kan aku ya Allah kerana lupa bahawa perancangan Kau adalah yang terbaik, 

“ Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik, dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui dan kamu tidak”

semoga Allah tabah kan hati aku.
semoga Allah cekalkan hati aku
semoga Allah tenangkan hati aku
semoga Allah ampunkan dosa aku
semoga aku sentiasa redha dengan ketentuan-Mu ya ALLAH........




p/s :: nangis depan ayah...huhu

Tuesday, November 29, 2011

ibu. ibu. ibu. ayah

assalamualaikum :)

mata da mengantuk, tapi nak tulis jugak entry ni sambil tunggu siap download fairy tail n tido.

########


Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
       Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

 ---------------------

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
--------------------

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

----------------------

baru-baru ini dalam rancangan tanyalah ustaz ada satu topik yang diutarakan iaitu mendidik anak. aku tertarik dengan kata-kata ustaz yang jadi panel yang aku da lupa nama dia. dia cakap

"sebagai anak, time bercakap dengan ibu bapa kenalah berlemah lembut. walaupun sebelum itu, kita berada dalam keadan marah atau apa, apabila bercakap dengan kedua ibu bapa, berlembutlah"

berlembut ketika bercakap dengan kedua ibubapa. jaga hati ibu bapa. kerana mereka yang mencorakkan kehidupan kita sehingga menjadi seperti hari ini. kita boleh cakap, kita belajar bersungguh-sungguh, dengan usaha kita sendiri, jawab exam sorang-sorang tetapi lupakah kita siapa yang menyekolahkan kita? siapa yang menanggung persekolohan kita? siapa orang di sebalik tabir kejayaan kita? siapakah pendorong kita? bukankah mereka berdua. maka, hormatilah kedua ibu bapa, berlembutlah ketika berbicara dengan mereka tidak kira apa jua emosi yang melanda jiwa....:)


ada satu 1 persoalan yang timbul baru-baru ini 

"kenapa baju bayi, kebanyakannya warna putih, warna cerah, satu warna, satu tona sahaja??"

salah sorang daripada kakakku menjawab

"bayi yang keluar dari perut seorang ibu itu suci, tiada dosa maka pakaian yang dikenakan padanya kebanyakkannya berwarna putih dan cerah kerana menunjukkan kesuciaan bayi itu. maka menjadi tugas ibu bapa lah untuk mencorakkan bayi mereka, samada menjadi bagaimana kelak nanti" 

bagaimana kedua ibu bapa mencorakkan kita? bukankah keputusan kita pada hari ini, dibuat atas dasar minat dan kebolehan kita sendiri?

lupakah kita? dulu, sewaktu kecil, ibu bapa yang menyokong, membantu, menggalakkan segala apa yang kita lakukan. daripada hasil sokongan dan galakan mereka itulah terbit minat kita pada hari ini yang memandu masa depan kita kelak. itu kata aku. 

siapa aku pada hari ini, adalah hasil corakan kedua ibu bapaku.

terima kasih ma kandung n lahirkan ct

terima kasih ma susukan ct

terima kasih ma masak makanan untuk ct

terima kasih ayah kerja kuat demi ct

terima kasih ma , terima kasih ayah.

terima kasih sebab corakkan ct jadi seperti hari ini.

Saturday, November 26, 2011

Maisyah Sufiyya

assalamualaikum :)

dapat anak sedara baru. perempuan. nama dy Maisyah Sufiyya binti Mustafha :)

Monday, October 24, 2011

ma & ct

assalamualaikum :)

(aku versi ct)

****************************************
petang semalam, aku baring atas paha ma sambil men cantum2 origami. ma membuka kata-katanya dengan bertanya apa yang aku buat. dengan muka yang penuh ceria dan excited, aku gitau ma sal origami bola itu. ma hanya tersenyum n mengangguk-angguk mendengar kata-kata aku. selesai aku bercerita, ma bertanya sesuatu kepada aku

"ct sedih ko ct xdok gewe?"

hah??!! terkejut aku dibuatnya, hehehe...tapi cam biasa aku buat muka rileks..

"ma, ct xsedih ckit habuk pon. ct lagi suko kalu xdop gewe sebab ct boleh saem blako nga laki n pue :)"

"ma nak tahu x, saem2 ct xprasan pon ct putus ngan 'tut' mulo, sebab ct hepi jah sokmo2 :)"

"biasanya, kalu ct sedih, saem2 ct akan prasan, tapi ni, ct xsedih ckit pon, hepi ado lah :)"

"ma, xyoh risau la. ct ok2 je :)"

ma hanya mendengar kata-kata aku. kemudian ma bersuara

"kalu g2 gak bagus la, ct xyoh lah sedih kalu xdop gewe deh...."

rasa nak gelak guling-guling bila aku dengar ma aku cakap camtu...

"hahahahha, lawak la ma nih, ct xsedih la ma. ct lagi suko ado lah. ct boleh saem lako, boleh tubik nga sapo2, boleh g mano2 n nga sapo2...ct suko g2 ma...hehehe....xpetim pon gewe :)"

ma senyum je

"bagus la ct pikir g2, saem lah blako2. jodoh ni, ALLAH tetapkan doh. nanti sampai masanya, akan ada orang yang sesuai untuk ct, ct jangan sedih2 deh"

aku senyum lagi sambil menahan gelak

"urrmmm, betul tu ma, ada la nanti kae. hehe :)

ma menggerak-gerakkan pahanya

"bangun2, paha ma letih doh..ma nk g make nasi"

pinta ma aku supaya aku bangun dari tido di atas pahanya.

"xse bangun, nk tido cni lagi...hehehe" 
saja nak ngusik ma kesayanganku ini

"ma nak make nasi ni ct, ma lapar"

pinta ma ku lagi

"ct xse wi ma make...heheehe"

aku masih dalam mood nak men2 :)

"malah caro eh" ma angkat pahanya n kepala aku jatuh atas karpet. 

"pade muko ct...hahahha" ma aku gelak.

ma bangun meninggalkan aku terbaring atas karpet :)

hati aku gembira sebab ma aku prihatin tentang diri ku. peka terhadap aku. ct sayang ma sangat2 :)

 my only ma :)




p/s: ma nak make sizzling deh, t kito g make deh ma :)

ello :)

assalamualaikum...:)
just nk senyum di sini :)
senyum lagi :) lagi :) n lagi :)
hepi sangat2 hari ni...
berjaya buat kek batik yang sedap (bagi aku la)
berjaya buat 2 origami :)
men warna air ngan tangan :)
hehe seronok sangat..



adik aku cakap aku macam budak2...
xkisahlah, asalkan aku hepi :)
esok nk men lagi...
men ngan aqil
nk buat topeng
pastu nk men warna air lagi...
harap berjalan lancar plan aku esok...
masak??
esok nk masak ape yer??
errmmm...xtahu lagi laaaa 
t kita tengok la esok camne yer fatimah :)