Showing posts with label kata-kata hikmah. Show all posts
Showing posts with label kata-kata hikmah. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012


"....barangsiapa yang mendekati-Ku sejengkal,

 maka Aku akan mendekatinya satu hasta. 

Barangsiapa yang mendekati-Ku satu hasta, 

maka Aku akan dekatinya satu depa. 

Dan barangsiapa yang datang kepada-Ku 

dalam keadaan berjalan, maka Aku akan datang 

kepadanya dengan berlari..."

Hadis riwayat Ahmad dan Al-Thabrani

berdoalah


"Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu mengenai AKU maka (beritahu kepada mereka) : sesungguhnya AKU (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) ; AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada AKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-KU (dengan mematuhi perintah-KU), dan hendaklah mereka beriman kepada-KU supaya mereka menjadi baik serta betul"

[al-Baqarah : 186]

Tuesday, August 14, 2012

Baiki diri dan serulah orang lain
dengan izin ALLAH, 
menyedari betapa sukarnya mendidik diri sendiri 
akan memberi satu kesabaran yang luar biasa dalam usaha mendidik orang lain.




Wednesday, August 8, 2012


Rasulullah pernah berpesan, carilah seseorang 

untuk dijadikan pasangan kamu yang bila kamu 

melihatnya kamu rasa gembira,dan bila kamu 

pandang mukanya kamu rasa tenang dan 

apabila mendengar kata2nya kamu akan 

teringat kepada Allah :')



Ya Allah hanya padaMu,kulayarkan seluruh 

pengharapanku. :')

Tuesday, July 31, 2012


aku tak pernah impikan pertemuan ini
apalagi mengharapkan hidup yang kosong kembali berseri
haruman ukhwah yang kau sirami
ibarat hembusan kasturi yang menyegarkan rohani

siapa aku layak dihargai
tapi kau tetap tegar melayaniku

ku lafazkan zikir alunan ilahi
sujud menangisi anugerah persahabatn suci
moga kita tetap bersama meniti hari
jatuh bangun sama dirasai

teruskan perjuanganmu wahai sahabat
walaupun darah menitis membasahi bumi

Thursday, July 19, 2012

lelaki = pemimpin

Ramai lelaki menyuarakan tentang wanita, ingin wanita yang solehah, celik agama dan sebagainya, bagi mereka satu hari bakal isteri mereka dapat mendidik anak mereka.

Tapi tahukah kalian wahai kaum adam, Allah menciptakan kamu fitrahnya sebagai seorang pemimpin. Kalau kamu memandang sebelah mata kepada wanita yang buta agamanya, kurang pengetahuan agamanya tanpa menilai hati perasaan mereka kalian silap.

Sepatutnya kalian lebih celik akal dalam menilai seseorang untuk menjadi suri dalam hidup kalian. Tidak salah mengambil kaum wanita yang kurang agamanya, asalkan dia berkeinginan untuk berubah, dan kalianlah yg mengubahnya.

Di mana kata-kata jihad, kata-kata semangat berjuang untuk agama? Jihad dalam rumah dahulu, didik anak isteri dahulu, berjuang memperbaiki keadaan rumah tangga dan hidupkan sunnah di dalam rumah.

Bukankah lelaki itu bersifat pemimpin?. Andai lelaki ingin celik agama carilah guru-guru alim yang dapat mendidik kalian bukan seorang wanita yg lemah yg sepatutnya kalian didik mereka..






taken from status puan delishah muttaqin

Sunday, July 15, 2012

kasih sayang

ALLAH jualah yang
mencipta kasih sayang
sesama manusia agar 
dengan kasih sayang itu
kita menyayangi-NYA
<3

mahar al-Quran

assalamualaikum :)

sekarang ramai orang yang sebaya aku kawin (20-25 tahun)...kawan-kawan aku pon ramai jugak...
n lately, ada kan orang post kat fb pic mahar perkahwinan yang mengikut kelulusan belajar si perempuan...

pic ni laa

perlu ker mahar seorang wanita itu di judge berdasarkan kelulusan pelajaran dia? betulla orang kata, macam nak jual anak dah kan...

ada seorang kawan aku tanya...brapa mahar wanita solehah


brapa mahar wanita solehah? satu persoalan kan... well, of kos la wanita solehah is priceless...tapi still perlu ada maharnya...

maka aku bertanyakan soalan ini kepada seorang sahabatku.... yang aku kira dia ada ciri-ciri wanita solehah..maka jawabnya, 

"mahar untuk wanita solehah...hurmmm, untuk wanita solehah berilah Al-Quran yang dibaca, dihafal n ditadabbur oleh bakal suami"

faham x dari jawapan dy...memang bertepatan dengan ayat Quran dalam surah An-Nur ayat ke 26

"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik...."

sweetkan bila suami isteri salang menghadiahkan Quran yang telah dibaca, dihafal dan ditadabbur siang dan malam...maybe Quran itu, nampak macam buruk, tapi itu tanda sentiasa guna Quran itu...




p/s: jom baca Quran n maknanya :)

Monday, July 9, 2012

doaku untukmu

bismillahirrahmanirahim

aku melafazkkan doa sekudus kasihku

ya ALLAH
jagalah sahabatku dikala penjagaanku tak sampai padanya
sayangilah dia di kala rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata
perhatikanlah dia di kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja
kerana Engkau punya segala yang ku pinta
kerana ku ingin dia selalu menjadi sahabatku di dunia 
dan harap bertemunya di syurga
aameennn.....

Friday, July 6, 2012

Sunday, May 20, 2012

nikmat yang bernama TEMAN

semalam saya lihat awak berteman air mata

saya cuba menghampiri awak, 

tapi awak hilang dalam pekat malam

saya tahu jarak membuatkan ikatan ini kian menjauh

tapi atas nama ukhwah, 

saya xrela melihat walau sedikit kerutan di dahi awak

apatah lagi membiarkan diri awak terus berteman air mata

insan biasa ini sentiasa ada untuk awak 


ayuh jalan seiring, teringin untuk bersama bersama saat awak jatuh,

agar kita dapat sama-sama dapat bangkit kembali

bukan sekadar janji manis saya sampaikan,

kerana sekali nama awak singgah di hati,

ia kekal selamanya terukir di hati ini..

saya sayang awak kerana ALLAH

Wednesday, March 28, 2012

KAWAN

KAWAN....

dia hadir sebagai penyeri

untuk hidup yang lebih bererti



KAWAN

dia hadir silih berganti

ada yang kekal

dan ada yang pergi

kawan sejati sukar dicari



KAWAN

berjoli banyak sekali

ketika senang semua disisi

ketika susah semua menyepi

ketika sakit tiada menziarahi

ketika mati baru mencari



KAWAN

jangan kita jadi begini

semoga persahabatan kita kekal abadi....:)






p/s :: sedang diperhatikan oleh che nor ketika menulis entry ini :)..che nor cakap, nak bace terus, pasni xperlu buka dah blog aku :P...bek punya alasan...ehehhe

Friday, March 23, 2012

aku maafkan kamu~

aku maafkan kamu

tak perlu kita bertemu

cukup kau tahu

yang aku

maafkan kamu

tolong teruskan hidup

jangan sebut namaku.....~

Thursday, March 22, 2012

kau sahabat kau teman

kau sahabat kau teman :)


hari demi hari
langkahku kian payah
imanku sering teruji
diriku semakin berubah
sungguh ALLAH menguji setiap perkataanku
sayang sungguh Engkau pada kami ya ALLAH
apa yang ku pinta agar dikuatkan iman
ditabahkan hati
dikurniakan sahabat yang soleh dan solehah
sungguh apa yang aku mampu hanya hidayah itu hanya milik-Mu
moga kita sentiasa beada di jalan yang benar
insyaALLAH
dan dalam pergaulan seringkali terlanjur kata
dan dalam berkasih sayang seringkali terselit luka
maaf kerana diri ini tak sempurna
sering tersilap langkah
tersilap bicara
tersalah menilai
kerap kali lupa
kerana aku bernama manusia
terima kasih teman untuk segalanya....:)




p/s : rindu kawan2 PBS...PBS kali ni adalah yang paling best!! sayang kamu semua, even singkat sahaja pertemuan kita...semoga kita bertemu lagi di lain masa. insya ALLAH :)

Sunday, February 26, 2012

jika kekasih....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah
jadikan kami sering berhibur dengan madah kalamullah

jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas ransangan nafsu
jadikan kami sentiasa berkasih atas landasan ukhwah fillah, bebas dari ransangan nafsu semata

jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya
jadikan kami sentiasa berusaha sedaya upaya menunaikan apa saja kemahuan-MU


jika sepasang kekasih saling menjaga hati
jadikan kami sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti, saling menasihati agar main berkualiti

jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya
jadikan kami sentiasa menyedari hakikat bahawa dunia ini ALLAH yang punya



jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta, keluarga dan maruah demi cinta
jadikan kami sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-NYA
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya

AMIN YA RABBAL ALAMIN




p/s :: time kasih che nor atas peringatan ini...uhibbukifillah

Saturday, February 25, 2012

perempuan....

"Perempuan yang suci adalah perampuan yang dijaga oleh ALLAH,
tidak sedikit pon ALLAH membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya,
kerana ALLAH teramat mencintainya....

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
Dimana ALLAH untuk menjaga kita??

ALLAH seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"



"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijaga-NYA"

mengapa masih ragu-ragu??

"Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari"

Hargailah atas kesempatan yang ALLAH berikan...

"Sebesar-besardosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"

-Imam Ghazali-

Friday, December 2, 2011

sabar itu indah

"if you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow"

assalamualaikum :)

alhamdulillah, baru pas habis baca artikel tentang sabar kat satu majalah ni.

Kisah Anak Tiram

pada suatu hari, seekor anak tiram menangis. lalu dia mendatangi ibunya, "Ibu, aduh! sakitnya punggungku ditebuk dan dilukai oleh orang itu". dengan penuh kasih sayang sang ibu menghiburkan anaknya, "Bersabarlah wahai anakku, sakitmu itu akan sembuh sebentar lagi, mari ibu usapkan punggungmu"

si anak pun terhibur dengan usapan lembut ibunya itu tetapi usapan itu sebenarnya tidaklah menghilangkan rasa sakit di punggungnya namun hatinya terubat dengan kelembutan suara ibunya yang merdu.

hari berganti hari, tahun berganti tahun si anak masih lagi merasakan kesakitan itu di punggungnya namun si ibu tetap menyuruh anaknya bersabar. "bersabarlah wahai anakku, sebentar lagi rasa sakit itu akan hilang..." begitulah seterusnya, lama-kelamaan anak kerang itu terbiasa dengan kesakitan itu di punggungnya.

suatu masa apabila dia sudah dewasa, benih mutiara yang sudah matang yang sudah disisipkan di dalam tubuhnya dikeluarkan lalu diproses menjadi barang hiasan yang sangat cantik dan dijual dengan harga yang sangat mahaldi merata-rata tempat di seluruh dunia.

alangkah beruntungnya sang mutiara yang hidup di atas penderitaan anak tiram itu - tiba-tiba menjadi rebutan dan melambangkan kemewahan dan kemegahan bagi setiap wanita yang berada.

rasa sakit yang ditanggungnya selama ini terbayar apabila dirinya dihargai, inilah ganjaran daripada kesabarannya menanggung segala keperitan dan bukan semua anak tiram boleh melakukan pengorbanan yang begitu tinggi.

"sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas"
(az-Zumar: 10)

"dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu"
(ali-Imran:120) 

sabar itu sesungguhnya indah. dengan kesabaran menepis segala fitnah, cacian, kedengkian orang yang cuba menjatuhkan maruah kita akan menaikkan semangat untuk terus berusaha. kadangkala rasa sakit itu luar biasa dan ada yang boleh menyebabkan kita berputus asa. namun kita lihat ketabahan anak tiram itu menjadi contoh betapa ia sabar menahan kesakitan walaupun rasa sakit itu menghimpit kulitnya.


Sunday, October 30, 2011

bad n good

never reject anybody in your life

because 

good people give us happiness

and

bad people give us experience

both are essential in life


Wednesday, October 26, 2011

olla problem

problem are like washing machine
they twist us
spin us
knock us around
but in the end
we came out
cleaner, brighter and better
than before
:)