Showing posts with label running man. Show all posts
Showing posts with label running man. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

running man

assalamualaikum :)
perut ku lapar sekarang, tapi sebab da malam n jap ag da nak tido. so, bersabarlah wahai perut, kita makan esok pagi yer...

cuti sekolah da masuk minggu yang ke 5 sekarang. dalam 5 minggu tu, 2 minggu aku habiskan ngan menonton anime Bleach. dan baki 3 minggu lagi aku tengok RUNNING MAN..

of course la aku nak cakap sal running man kan. hehe... 

siyes aku cakap, aku xlayan kpop ni. n dulu aku pelik nape la orang duk admire sangat kat artis2 korea nih? lepas di tanya situ n sini, rupa2nya, artis2 korea ini hensem2 n lawa2 rupanya. plus diorang punya tarian pon menarik kan...lagu diorang, aku xtahu, aku xpaham, aku xpandai nak judge. tapi orang cakap best. xtahu lah aku yang tu.

selama ni tu je leh yang aku tahu. dan tibe2 pada suatu hari, pada musim exam final ri2, aku melawat bilik kawan aku, diorang duk gelak2 tengok running man. aku tanye lah, pekebenda ni. tapi aku xambil kisah tyme tu. tapi tu lah first time aku dengar perkataan running man tu.. 

pas habis exam, cuti. aku buka fb, tengok status kawan2 fb. semua cakap sal running man. kenapa ramai sangat pos sal running man ni? pekebenda running man ni? maka aku pon search la kat youtube. n kuar lah macam2 kan. aku pon try la tengok running man episod 1 part 1. waaaaaaaaa, aku gelak xbrenti. aku sambung lagi tengok part 2, part 3 n seterusnya. sampai lah habis episod 1. sebab seronok sangat, aku cari episod 2 lak. hahaha, start pada saat tu, hari2 aku tengok running man. 

ni ahli2 running man
(kwang so, jong kok, jae suk, ji hyo, suk jin, haha n gary)

tapi lam ramai2 member running man ni, aku paling suka haha n monday couple jjang ji hyo n gary :)


ini haha aka haroro aka pororo
hehe...haha sangat comel n lawak ^^

ni lak monday couple jjang.
sweet 2 orang ni
hehe

hurm, sekarang aku da habis tengok semua episod, just tunggu episod2 baru je. sambil2 tunggu yang baru, aku ulang tengok yang lama2. x salah kan. ^^






p/s: 2 entry aku sebelum ni, semua amik dari running man. bukan aku jiwang tibe2 k ^^

sweet ^^

When I watch horror movies , 
I don't have the courage to open my eyes .
If I go to a high place , 
my legs will shake .
But for me , 
the most scary thing is when I cant see you. "


^
|
|

joongki said to jihyo in running man