BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah
jadikan kami sering berhibur dengan madah kalamullah
jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas ransangan nafsu
jadikan kami sentiasa berkasih atas landasan ukhwah fillah, bebas dari ransangan nafsu semata
jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya
jadikan kami sentiasa berusaha sedaya upaya menunaikan apa saja kemahuan-MU
jika sepasang kekasih saling menjaga hati
jadikan kami sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti, saling menasihati agar main berkualiti
jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya
jadikan kami sentiasa menyedari hakikat bahawa dunia ini ALLAH yang punya
jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta, keluarga dan maruah demi cinta
jadikan kami sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-NYA
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya
AMIN YA RABBAL ALAMIN
p/s :: time kasih che nor atas peringatan ini...uhibbukifillah


No comments:
Post a Comment