Thursday, July 12, 2012

assalamualaikum :)

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...aku masih punya keluarga yang mengajar aku siapa aku sebenarnya, aku masih punya keluarga yang bercakap terus terang tentang kelemahan dan kelebihan diriku, aku masih punya keluarga untuk mengeluarkan aku dari kekusutan hidup, aku masih punya keluarga untuk bergurau senda....alhamdulillah atas kurniaan ALLAH yang tiada nilainya ini. :)

ma, ahli keluarga yang paling aku sayang...maaf jika ayah dengki..hehe..ma merupakan pendengar aku yang paling setia.... aku amat suka bercerita dengan ma... semua benda pon aku cerita... apa yang paling membahagiakan aku, ma ingat apa yang aku cerita. itu tandanya ma benar-benar mendengar apa yang aku cerita dan luahkan. satu perkara yang ma tak suka ialah aku menangis. sebab bila aku menangis, aku xdapat nak bercerita dengan baik sebab-sebab aku menangis. ma xsuka bila aku senyap, sebab kata ma, senyap tidak dapat menyelesaikan masalah kerana ma tak tahu sebab aku berdiam diri. ma suka dengar ct bercerita kan ma. cerita tentang hidup ct kat maktab, cerita apa yang ct buat, cerita apa yang ct belajar, cerita dengan siapa ct berkawan, cerita ct beli apa, cerita ct pergi mana....hehe...semua pon ma sudi dengar...terima kasih ya ALLAH kerana lahirkan aku dari seorang ibu yang bernama Kamaliah bt Omar. 

seperti mana sifat ibu-ibu yang lain, ma boleh menganalisis setiap anak-anaknya. walaupun tidak menggunakan alatan yang canggih manggih, namun ma tahu dengan detail setiap perkara tersurat dan tersirat tentang anak-anaknya...termasuklah aku :)

suatu ketika dulu, ma kata aku ada ego yang tinggi dalam diri...yup, dulu aku memang ego... ego aku menggunung... ma kata, buanglah sifat itu.... Alhamdulillah, ckit demi ckit aku kikis sifat ego itu...

baru-baru ini, kata ma aku ada sifat baru. kritikal sifat ku ini, iaitu sensitif melampau-lampau...suka sangat merajuk. penyakit ini pelik. aku hanya merajuk dengan keluarga ku sahaja. sensitif plak, dengan semua. ma cakap, buangla sifat itu, ubatilah ia. hurmmm....macam mana nak ubat yer ma? ma cakap, jadilah positif. yup, aku memang seorang yang positif. sampai ada yang cakap, aku ni terlalu positif, sila negatif ckit... hurmm... tapi ma aku lebih paham aku, ada certain thing yang aku sangat fikir negative...mungkin sebab aku jauh dari keluarga, aku jadi sensitif dengan mereka, ada cas negatif yang keluar bila ada masalah...tapi entahlah...

aku harap sangat-sangat dapat buang penyakit ni. sebab penyakit aku ni telah guriskan hati orang-orang yang aku sayang.

ma, doakan ct jadi seorang yang positif dan tidak sensitif.....

ma, doakan ct agar jadi anak yang solehah...

ma, doakan ct agar jadi orang yang berguna..

ma, redhalah atas segala yang ct lakukan...

ma, maafkan ct atas segala kesalahan...

ma, demi ALLAH ct sayang ma.

terima kasih ma :')







p/s: baru pas cakap fon dengan ma....salah satu pesanan ma, buang sifat negatif...ct cuba ma :))

No comments:

Post a Comment