Assalamualaikum
Segala puji kepada maha suci ALLAH kerana masih memberikan kesempatan kepada kita untuk meneruskan ibadaah puasa pada hari ini.
Alhamdulillah syukur dipanjat setinggi-tingginya kepada ALLAH SWT kerana membuka hati aku untuk menghadiri majlis ilmu (BISIS) tadi. Banyak ilmu yang telah aku peroleh. Bicara Siswa hari ini banyak menyentuh mengenai ibadah Puasa. Masih tidak terlambat lagi kiranya untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan ibadah yakni bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang aku tunggu-tunggu, bulan yang aku rindu...
Apakah yang dimaksudkan dengan berpuasa?? Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. Ibadah puasa tidak hanya terhenti setakat itu sahaja, puasa yang dilakukan mesti ditambahbaik dengan melakukan add-ons kepadanya kerana puasa adalah sebagai medan tarbiah, medan menghambakan diri kepada ALLAH dan medan persedian untuk menghadapi hari pembalasan kelak.
Bagaimanakah untuk mentarbiahkan diri?? Aku tahu ramai lagi yang lebih tahu dan ariff mengenai hal ini, tapi aku ingin menulis kembali apa yang aku perolehi daripada program BISIS tadi di sini untuk mengingatkan diriku yang sering lupa dan alpa.
Kita mentarbiahkan diri ketika berpuasa dengan menahan diri dari lapar dan dahaga. Selain itu, add-ons lain ialah bangun malam (qiamullail), baca AL-Quran, bersedekah, iktikaf dan bersabar. Pada bulan ini, umat islam berlumba-lumba berbuat baik dan melakukan amal ibadah kerana ganjaran yang ditawarkan oleh ALLAH swt adalah berlipat kali ganda.
“Tidur orang yang berpuasa itu ibadah, diamnya adalah tasbih, amalan-amalan akan dilipatgandakan ganjarannya, doa dimakbulkan dan dosa-dosa diampunkan”
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keihlasan, akan terampun dosa-dosanya yang terdahulu”
“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibuka semua pintu langit, ditutup pintu neraka dan dirantai segala syaitan”
Begitu hebat sekali tawaran yang diberikan ALLAH swt kepada kita. Amatlah rugi kepada sesiapa yang mensia-siakan bulan Ramadhan ini. Insya-ALLAH, aku juga salah seorang peserta yang merebut-rebut peluang yang diberikan ALLAH ini. Semoga aku menjadi salah seorang pemenang dalam perebutan rahmat, keampunan dan redha ALLAH ini. Insya-ALLAH.
Moga kita semua mendekatkan diri pada Allah bukan sahaja di bulan ramadhan namun dibulan-bulan yang lain juga. Selangkah kita dekat dengan Allah, seribu langkh Dia dekat dgn kita. Ini kerana Allah hanya akan menerima doa-doa mereka yang suci dari dosa dan juga doa-doa mereka yang dekat dengan-NYA.. insya-ALLAH..
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.
Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.
Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment