Tuesday, May 8, 2012

saya ingin berteman kerana ALLAH

"saya menyeru agar mantapkanlah diri dengan agama agar kamu semua tidak mudah tertipu dengan ancaman musuh. Pilihlah teman yang baik. jauhkan diri daripada menjadikan syaitan sebagai teman atau berkawan dengan mereka yang mengikut perangai syaitan"

"sesiapa menjadikan syaitan sebagai temannya, maka (ketahuilah) dia (syaitan itu) ialah teman yang sangat jahat" 
(surah al-Nisa ayat 38)


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...:)

lama tidak menulis di blog kesayanganku ini.... turutkan hati memang malas hendak menulis, tetapi ada sesuatu yang bermain-main dimindaku....tidak tahu ke mana hendak diluahkan perasaan yang terbuku ini...

teman, sahabat, kawan, friend dan sewaktu dengannya adalah istilah yang diberikan kepada orang yang akrab dengan kita, yang pernah menghiasi kehidupan kita, samada lama atau seketika....


terdapat dua jenis persahabatan iaitu bersahabat kerana berkepentingan dan bersahabat kerana ALLAH...

bersahabat kerana kepentingan diri iaitu samada untuk suka-suka, menghilangkan bosan, mendapatkan manfaat samada dari segi ilmu pelajaran, duit, kebahagiaan dan lain-lain....persahabatan seperti ini boleh diibaratkan seperti apabila habis madu sepah dibuang....apabila kita telah mendapat manfaat yang diingini, kita 'membuangnya'....perkataan 'buang' ini bukan bermaksud tinggalkan dy....tetapi, buang perasaan kepadanya. 

contoh 1: kita berkawan dengan A, (sama jantina).....kita lepak, blajar sama2, main sama2....sehinggalah sampai suatu ketika, si A xnak lepak sama-sama, xnak belajar sama2, n xmain sama-sama lagi....kita sebagai kawan si A, just meninggalkan dia...tidak kisah samada dia ada atau tidak....sebab dalam benak fikiran berkata "masih ada lagi kawan yang len yang boleh lepak, blajar n main sama".... 

situasi atas ni siyesly banyak berlaku....even pada kehidupan saya sendiri....kenapa hal ini berlaku?? kerana attachment pada hati itu tiada....kita berkawan hanya demi kepentingan sahaja...

contoh 2 : kita berkawan dengan A, (sama jantina)...kita sayang sangat kat dy....bila dia tiada, rasa kosong je hidup hari tu...bila dy ada boleh menceriakan suasana....kita share suka dan duka dengan dy...lau ada masalah, kita selesai sama-sama. memang sahabat baik lah....memang ngam sangat2 dengan A...tapi pada suatu hari...kita melihat si A membuat kesilapan (tidak menutup aurat)...si A selesa dengan keadaan dy yang membuat silap...kita sangat-sangat mahu menegur perbuatan si A, tetapi tidak sampai hati untuk menegurnya kerana bimbang si A akan terasa hati, xmahu persahabatan terjejas sebab teguran tentang perkara sensitif itu. lastly, kita hanya membiarkan sahaja keadaan si A itu...

situasi kedua ini pon banyak berlaku....attachment pada hati ada, kepentingan diri diketepikan....memang berkawan dengan penuh perasaan cinta n sayang kat sahabat kita....tapi sebenarnya, persahabatan seumpama ini kekurangan kemanisan iman....

contoh 3 : kita berkawan dengan A, (sama jantina)....kita sayang kat dy...bila dia bersama kita rasa bahagia. bila kita berjauhan, kita sentiasa ingat kat dia...kita saling berhubung, sms, fb, kol tanpa ada rasa jemu...walaupun kadang-kadang kesibukan melanda kita, sehingga tidak dapat bersms,fb n so on...tapi kita tetap ingat kat dy dan doakan dy sentiasa....tika bersama nasihat-nasihat menjadi perkara biasa, jika ada kesalahan, ditegurnya dengan berhemah....diselitkan sedikit kalimah-kalimah ALLAH, hati mulai menjadi tenang dan terus terikat....ayat-ayat cinta sayang sentiasa meniti di bibir....uhibbuki fillah abadan abada <3.....berpisah kita di dunia hanya sementara insyaalah kita berjanji untuk bersahabat dan berjumpa di akhirat sana....

situasi ketiga....manisnya sebuah persahabatan...ini bukan fantasi...ini adalah realiti....

jika kita bersahabat kerana ALLAH, tiada apa yang dapat memisahkan hati kita. teguran itu perkara wajib jika kita sayang sahabat kita kerana ALLAH...sebab kita nak masuk syurga sama-sama dengan dy...berkawan sehingga ke syurga, bukan berkawan sehingga mati sahaja....kerana masih ada kehidupan lain selepas persinggahan kita di dunia................

nak memulakan satu persahatan yang kekal abadi, kita kena tengok tujuan asal kita berkawan dengan dy...buanglah segala kepentingan diri....gantilah dengan kasih sayang....kemudian kasih sayang itu kita tambah dengan kemanisan iman...insyaallah....kita berkawan dengan dy selamanya.....


No comments:

Post a Comment