Wednesday, November 23, 2011

HERO >> solat

Assalamualaikum 

Alhamdulillah idea untuk menulis datang lagi. Selepas sebulan lebih tak menulis di blog bucuk ni. Sebelum terus ke agenda seterusnya, just nak berkongsi kegembiraan hati aku di sini yang bahawasanya aku da habis final exam. Dan sekarang aku sedang bercuti bersenang lenang di rumahku syurgaku. Alhamdulillah.. 

###################

Novel HERO karya Hilal Asyraf sangat-sangat menarik perhatian aku. Walaupun, kadang-kadang aku tergeleng kepala sorang2 membaca novel ni dek kerana imaginasi penulis yang kadang2 tak masuk akal. Tapi aku tak ambik peduli. Apa yang aku suka tentang novel ni ialah tentang tarbiah yang cuba disampaikan oleh penulis. 

TARBIAH ISLAMIAH. Itulah yang cuba disampaikan daripada penulis. Cara membentuk seorang muslim yang sejati. Bukan sekadar dari segi luaran malahan dalaman sehingga muslim sejati itu mengeluarkan aura yang luar biasa yang mampu memikat orang-orang yang berada disekililingnya. Subhanallah. Sungguh berbeza seorang muslim sejati. Kehidupan bersaudara antara muslim-muslim ini, walaupun tidak mempunyai pertalian darah namun ada satu lagi pertalian yang menyambung mereka iaitu pertalian KEIMANAN. Subhanallah indahnya dunia ini jika semua manusia pon begitu. Indahnya jika dunia ini disatukan dengan jaringan keimanan. 

Suka untuk aku tulis semula di sini, ayat-ayat yang amat bermakna, yang boleh dijadikan sumber inspirasi

 :: SOLAT ::

“Solat adalah titik rehat kita dalam kehidupan”

“Kita sebagai hamba ALLAH SWT, hidup di atas dunia yang penuh ujian. Maka solat adalah perhentian-perhentian rehat kita dalam mengharungi dunia ini. Kita mulakan hari dengan solat, berhubung dengan ALLAH penuh khusyuk, memohon kekuatan dan meminta hariini akan berjalan dengan baik, dan di tengah-tengah perjalanan kita, ada lagi solat untuk kita yang melalui kehidupan penuh pancaroba ini berehat, menenangkan jiwa, mengumpul kekuatan bagi meneruskan perjalanannya dalam ketaatan kepada ALLAH. Sebelum tidur, kita solat Isyak, mengharapkan ALLAH mengira hidup kita pada hari ini, dan memohon agar Allah memberikan kita kekuatan untuk hari esok”

“Manusia ini lemah, Encik Afam. Tidak berkuasa. Kita perlukan ALLAH. ALLAH YANG MAHA BERKUASA. ALLAH MAHA MENGETAHUI, maka diberikan solat sebagai titik semakan untuk hamba-hamba-NYA”

“Solat tanda kita mengabdikan diri kepada ALLAH. ALLAH mendidik manusia agar tunduk dan sujud kepada-NYA dengan cara yang tertentu, bukan semberono. Menjadi Muslim ada disiplinnya. Iman dibuktikan dengan amal. Solat adalah terjemahan kepada praktis Islam itu sendiri. Kita tidak beriman hanya dengan kepercayaan. Iman dibuktikan dengan amal. Maka yang tidak solat, samlah dengan tidak mempercaya. Walupun di dalam dirinya mengakui bahawa dia beriman kepada ALLAH SWT”


best kan cara Hilal Asyraf terangkan tentang solat. aku terpesona jap..hehe...

No comments:

Post a Comment