Tuesday, November 29, 2011

aurat bukan hanya di luar rumah

assalamualaikum :)

kisah 1 :

aminah tengah bersantai dengan keluarganya (ayah & ibu) di ruang tv rumah mereka. tiba-tiba kakak aminah yang sudah berkahwin datang ke rumah bersama suaminya. aminah tidak sempat untuk mengambil tudung yang berada di dalam biliknya, maka aminah menggunakan kain langsir untuk menutupi kepalanya.


kisah 2 :

aminah berada di dapur sedang menggoreng ikan. tiba-tiba abang iparnya turun ke dapur untuk mengambil makanan. aminah terkejut kerana dia tidak memakai tudung. maka, aminah dengan pantas dan tanpa berfikir panjang terus mencapai kain buruk di dapur dan diletakkan di atas kepalanya. 


kisah 3 :

aminah sedang menuju ke arah biliknya, tetapi di laluannya itu ada abang ipar dan sepupu lelakinya. tudung berada di dalam bilik. maka aminah mengambil tuala mandi dan menutup kepalanya dengan tuala.


tiga kisah di atas mesti pernah dialami oleh sesiapa bukan?? memang aminah berada di dalam rumahnya, tetapi disebabkan ada lelaki bukan muhrim, dia terpaksa menutup auratnya. walaupun berada di dalam rumah sendiri, aurat dengan bukan muhrim masih perlu dijaga tidak kira masa. 


kisah 4 :

aminah dan keluarganya menumpang di rumah sepupunya ketika berada di kuala lumpur. tetapi disebabkan rumah spupunya itu tidak mempunya bilik yang cukup, maka aminah sekeluarga mengambil keputusan untuk tidur di ruang tamu. pada malam itu, aminah tidur dengan tudung di kepalanya.


ketika bermalam di rumah orang saudara, jika ada lelaki bukan muhrim, maka wajib lah si perempuan menutup auratnya!! walaupun saudara yang sangat rapat. ok. aurat tetap aurat. tidak kiralah betapa rapat hubungan anda dengan dia.
bukankah aurat yang ditutup itu adalah hadiah berharga untuk bakal suamimu. kenapa perlu ditayang kepada dunia?? walaupun cantik sekalipun, jagalah ia. kecantikan itu suatu bonus untuk bakal suami mu kelak. untung dapat isteri yang cantik. kecantikannya pula hanya si suami yang lihat. bertuah rasanya si lelaki itu jika dapat isteri yang menutup aurat selalu tidak kira masa dan tempat.

apabila lelaki bukan muhrim ada di dalam rumah kita perlu menutup aurat, inikan pula di luar rumah yang terang lagi bersuluh ada lelaki yang bukan muhrim. maka tutuplah aurat kita. 

"jika anak perempuan keluar rumah dengan tidak menutup aurat, ia seperti menghantar ayahnya ke neraka"



p/s :: aku bukan ustazah pilihan :P

1 comment: