syarat permainan budak2 hanyalah satu iaitu seronok (fun). tidak perlu mengikut TGFU atau seangkatan dengannya yer. barang-barang yang diperlukan pula hanyalah apa yang ada disekeliling budak2 tersebut sahaja. tidak memerlukan skittle, wisel, stopwatch dan sewaktu dengannya. tempat bermain pula dimana-mana sahaja tidak kira kawasan berpasir, berumput, bersemak dan sebagainya. kategori permainan pula adalah bebas tidak terikat dengan pukulan/padang, serangan/kawasan, dan lain2.
contoh permainan budak2 (yang aku penah men dulu)
1. main sorok2 <---paling femes dikawasan aku
alatan yang diperlukan hanyalah kaki dan suara. menyorok n duk senyap2, yang mencari, cari lah sampai jumpa n sebut je nama orang yang dijumpai. betul x men g2?? hehehe... permainan ini boleh dimain dimana-mana, boleh menyorok dimana-mana, dalam semak, bawah rumah, bawah kereta (kalau muat), atas pokok n lain2 lagi. xde batasan waktu, tetapi lau parents da panggil kena stop ah. kira-kiranya suara parents tu wisel penamat permainan. yang penting masa men seronok (menepati syarat permainan budak2).
tyme aku men dulu, untuk menentukan siapa yang perlu menjadi pencari, kami nyanyi lagu ni
"basikal yati pecah tiub, mari kita main nusuk"
2. main buaya-buaya
permainan ini juga tidak memerlukan alatan. just perlukan kaki aje. men lari2 dikejar oleh "buaya". si buaya perlu kejar pemain lain dan mencuit salah seorang, siapa yang kena, tiba lah gilirannya pula menjadi buaya. game ni ada kawasan darat(selamat) yang mana, buaya xleh sentuh pemain yang berada kat darat. hehe..sabo je lah tyme pemain duk kat darat. penat men game ni sebab memang lari seikhlas hati. lau jatuh, xnangis, terus bangkit n sambung lari. sebab terlalu seronok n khusyuk :) . permulaan game ini adalah dengan menyanyi lagu ni
"bo bo boyo, bo boyo ekor panje, mung nak jadi ko xse"
3. main tuju aka pekong selipar jepun :)
seangkatan dengan permainan ini ialah permainan tuju tin. sape xpenah men game ni memang rugi ah. rugi sangat2. sebab best wooo...menguji kecekapan minda menyusun strategi, kekuatan fizikal, ketepatan balingan etc. hahaha....dah nama permainan pon ada selipar atau tin, alatan yang diperlukan pon benda tu lah...cara men, panjang plak lau aku describe kat cni, apakata kita sama2 mengimbau kenangan tyme kita men dulu2...ok, pejam mata, try imegin anda berkaki ayam, ready untuk baling selipar nun jauh dihadapan, aim betul2, betul2 aim, aim lagi, aim aim aim, 'pap' baling...xkena pon...hahahhaha....siyesly xcukup men tyme kecik2, sekarang pon aku n the geng still men jugak game ni kat IPT...xcaye??percaya lah :)
4. men getah
ni game budak2 perempuan, tapi ada gak lelaki yang men. malah lagi terer dari budak2 perempuan. ok, men getah ni alatan yang diperlukan semestinya lah getah yang disambung-sambung menjadi panjang. getah itu, boleh dikutip atau dibeli 20sen. 20 sen beli memang boleh buat tali getah yang sangat2 panjang da. men getah ni banyak versinya. ada versi tali getah tegang, ada versi tali getah kendur, n ada versi 2 getah tegang.
tali getah tegang :: pemain kena lompat melepasi getah, mula dari aras rendah(tanah), semakin tinggi, semakin semakin tinggi, lagi tinggi, tinggi dan paling tinggi(berdiri angkat tangan). makin tinggi makin susah la maknanya.
tali getah kendur :: men lompat2 gak. xpandai aku nk describe camne. tapi game yang ni ada lagu. banyak lagu. ni yang aku nyanyi dulu (jgn pelik yer)
"blue black ikan konset, c B I B O bo, air endego ustat tali bear, one two three" (ada versi inggeris betul2, tapi aku xtahu, huhu)
"rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba, A awak, B budak, C cantik, awak budak cantik)
"ibu bapa saya sangkit, lengkas-lengkas berjumpa doktor..................~" (xingat da)
(sapa2 tahu lagu versi yang betul, sila dan tolong gitau ea)
5. main guli
budak2 laki yang men game ni. aku cakap terus aku xreti men ni. selalu tengok spupu2 aku men dengan kawan2 nya. men punya men sampai dapat simpan satu baldi guli. memang terer ah spupu aku men.
letih aku nak recall 5 game budak2, next tyme la plak...huhu
lau ada game2 yang korunk men tyme kecik2 dulu yang len dari yang atas ni. sama2 lah share ea...
tersangat ingin mengimbau kenangan indah zaman kanak2 :)
No comments:
Post a Comment