Saturday, October 1, 2011

10K dalam persahabatan

" FRIENDSHIP IS AN ONION. IT HAS MANY LAYERS IN IT. ADD TASTE TO YOUR LIFE, BUT IF YOU TRY TO CUT IT YOU WILL GET NOTHING BUT TEARS "

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu.”
(al-Hujurat: 10)

10K dalam Persahabatan

  1. KECINTAAN : ikatan persahabatan aka friendship akan mudah rapuh tanpa ada cinta antara keduanya. zahirkan cinta kepada sahabat kita agar mereka tahu betapa kita menghargai mereka, betapa kita mencintai mereka...uhibbuki fillah my prens :)
  2. KASIH SAYANG : curahkan kasih sayang kepada sahabat kita. kasih sayang tidak semestinya dipamerkan secara luaran. cukuplah sekadar mendoakan yang terbaik untuk mereka. itu bukti kasih sayang kita pada mereka."Iman seseorang muslim tidak akan sempurna sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"
  3. KEIKHLASAN : menjamin persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat dari Ilahi. bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
  4. KESETIAAN : kesetiaan mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. tida kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan. Insyaallah.
  5. KEBERANIAN : dalam berkata benar. berani menasihati. berani mengaku kesilapan.
  6. KEMAAFAN : tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita, maafkan lah mereka. bersedialah memaafkan sebrang silap dan silapnya
  7. KESEDIHAN : tawarkan bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. kita sentiasa ada bersama mereka
  8. KEGEMBIRAAN : berkongsi kegembiraan bersama sahabat tercinta. senyuman yang terukuir di wajah mereka, akan menggembirakan hati kita jua.
  9. KEBENARAN : jangan sesekali menipu sahabat. mereka perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. jangan terlalu berahsia, kecuali hal2 yang perlu sahaja.
  10. KESERASIAN : dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya kesefahaman antara dua pihak. apabila ada kesefahaman, barulah hubungan dengan sahabat akan menjadi lebih baik.

"selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari"
(Saidina Ali)


(MARS edisi 7 iluvIslam.com)

No comments:

Post a Comment