Friday, December 21, 2012

Indahnya Wudhuk

Assalamualaikum :-)

Alhamdulillah masih bangun pada pagi ini dalam keadaan sihat untuk mencari bekalan untuk hari akhirat kelak...

Urrmmmm....camne nak start yer...

Ok, dalam sehari mesti kita akan amik wudhuk kan...paling kurang pon 5 kali... Wudhuk diambil untuk solat kan..wudhuk bukan sekadar tuk menyucikan fizikal kita tau...ia juga untuk menyucikan hati kita..Subhanallah..

Camne wudhuk leh sucikan hati/jiwa? Jom kita semak satu persatu apa y kita buat semasa ambil wudhuk...

1. Bismillah

2.  Membasuh tangan - tyme basuh tangan, doalah semoga dikurniakan keberkatan..

3. Berkumur - berdoalah agar Allah membantu kita membaca Al-Quran, banyak berzikir dan menetapkan hati kita dengan kalimah tauhid di dunia dan di akhirat. Selain tu, dengan berkumur tu semoga Allah lembutkan lidah kita untuk rajin2 baca Quran ^^

4. Masuk air lam hidung - semoga Allah beri kita peluang untuk mencium bau syurga (In Syaa Allahhh)...dan dijauhkan dari mencium bau api neraka(nauzubillah)

5. Basuh muka - berdoalah semoga Allah memutihkan wajah kita diakhirat sebagaimana Dia memutihkan wajah para kekasih-Nya..urmm, di dunia sekarang, ramai y pakat2 nak cantikkan wajah...tapi apa guna wajah cantik di dunia, lau wajah diakhirat nanti hodoh...(astagfirullah allazimm)...aku agak terasa dengan y ni...takowwtttt :'(

6. Basuh tangan kanan n kiri - lam Quran ada sebut, sape ya banyak amal...buku amalan dy akan diberi dengan tangan kanan...lau kurang amal dy, akan diberi dengan tangan kiri (lupa ayat mana, tapi sure ada lam Quran sebab ni topik usrah kecil aku)...maka, tyme basuh tangan tu, doalah semoga buku amalan kita diberi dengan tangan kanan dan doa semoga tidak diberi dengan tangan kiri.ameennn... (jom buat amal banyak2)

7. Sapu kepala - doa semoga dicucuri rahmat n dilindungi Allah pada hari akhirat...kan kat Padang Masyar nanti tiada perlindungan lain selain lindungan Allah...so, doalah semoga Allah melindungi kita nanti... Takutnya kat sana nanti, matahari sejengkal je dari kepala...by hook or by crook memang kena minta perlindungan Allah...semoga Allah beri perlindungab kat kita semuaaa....ameennn

8. Basuh telinga - doalah semoga kita menjadi orang yang mendengar kata2 yang baik..pastu minta supaya jangan jadi sombong..n mendengar seruan tuk masuk syurga...(impian aku paling besar ni)

9. Basuh kaki - doalah semoga Allah permudahkan langkah kita untuk melalui titian sirat dan kaki kita x tergelincir seperti kaki2 org munafik...

Indahkan wudhuk... :-)

Banyak pengajaran yang boleh kita dapat...setiap anggota yang kita guna untuk amik wudhuk swmoga bermanfaat untuk kita di akhirat kelak....ameeennnn

Wednesday, December 12, 2012

how to change aku/kau kepada awak/saya

assalamualaikum :-)

mata xmau lelap...so need to do something to fullfill the tyme...
aku tibe2 terfikir cara untuk menukar cara percakapan daripada kasar kepada lebih lembut...kasar (aku kau) kepada lembut (awak saya)...

ad 2 cara...(ni y terlintas di fikiran sekarang)

1. naturally
maksudnya, bila nak suh seseorang tu bercakap cara kita bercakap, just use it naturally..
contohlah kan..aku biasa cakap (aku kau) n there is sumone want to change it...that sumone just naturally using awak saya bila bercakap ngan saya...so, naturallah saya pon terikut nak cakap awak saya...practice cakap ngan dy, n tibe2 tanpa disedari dah terbiasa cakap awak saya dengan semua orang...hehehe...itu cara terbaik...(well, it works on me)...

2. unnaturally..
maksudnya, suruh orang yang bercakap guna aku kau tuk ubah guna awak saya. cara ni agak susah...sebab perkataan yang diguna tu rasa x ikhlas...dipaksa2..setiap kali nak guna perkataan tu, terpaksa berfikir 2 3 kali.. (also happen on me)

sya prefer the first one...naturally...
tanpa sedar saya da biasa guna awak saya...

di blog...saya banyak guna aku kau kan...saya cuba nak ubah...tapi saya guna pendekatan kedua...saya paksa diri tuk berubah...so,
kadang2 boleh guna n kadang xleh guna...pelik kan manusia...

rasanya da mula ngantuk...
gudnyte semua...
assalamualaikum :-)

usrah on9

assalamualaikum :)

da hampir 5 minggu bercuti sekolah...bercuti daripada membuat esaimen, tutorial, mikro/makro teaching,  projek, bahan bantu mengajar, aktiviti ko, sukan dan banyak lagi benda yang dibuat kat maktab termasuklah usrah....

5 minggu x bertemu mata dengan kawan2 seusrah....rindu bangat sama izzan, che nor, husna, nisa', che x, aida, syu, mimi, salmah dan ramai lagi... sebelum cuti ri2 sempat bertukar2 no fon dengan beberapa orang...so, ada la jugak contact2, berkongsi2 ayat tadabur... :)

semalam (11/12/2012), kak usrah kami iaitu nisa' atau kami panggil umi ajak buat usrah on9....maka semua pon mengadap facebook tepat jam 9 semalam...usrah on9 ini dipengerusikan oleh izzan...

ni sedikit print screen tentang topik usrah kami semalam...











ni sedikit ja yang dibincangkan semalam...letih da nk print screen semua...hehe...

Sunday, October 28, 2012

Jeles

Assalamualaikum
1) Saya sangat jeles dengan orang yang seimbang n konsisten dia punya amal ibadah...
Apa rahsia mereka yer?

2) saya sangat jeles dengan orang yang pandai urus masa...mereka punya kehidupan tersusun je..ada jadual study..saya xde jadual pon :-(
Sebab tu lah saya...........

3) saya sangat jeles dengan orang yang hepi je sokmo...orang yang boleh sembunyikan dy punya perasaan sedih, duka, marah, geram n semua2 tu..muka dy manis jaa dengan senyuman..saya xmampu tersenyum setiap masa :-(

4) saya sangat jeles.....

Tu ja yang saya nak jeles...
Disebabkan saya jeles, jadi saya pon nak jadi camtu jugak...doakan yer...

Thursday, October 18, 2012

sms nasihat n tazkirah 1

assalamualaikum :)

lately henpon kesayangan saya buat hal...
saya sayang henpon itu n kandungan yang ada di dalamnya...
beratus-ratus SMS tazkirah yang aku simpan dari sahabat2 yang tersayang ada lam henpon tu
maka, sebelum henpon kesayangan aku itu tingtong...mati tidak kembali...
aku amik inisiatif tuk tulis semua mesej2 tu kat cni...
tapi ckit2 la ea...xlarat nak tulis semua skali gus...



 Mawardah Che Mood (classmate tyme form 2, 4 n 5 kat MMP)

- "..keindahan berukhwah akan terasa bila mana kekurangan dilengkapi dengan kesempurnaan, kesedihan ditukar dengan kegembiraan, kekeruhan diganti dengan kejernihan.. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah. sukar untuk dicapai, perit untuk dikecapi andai tidak dibajai dengan pengorbanan yang tinggi.." 
ia akan hilang andai tak dihargai.. jagalah sementara ia ada :)


Tengku IPKB (kawan PBS 3 di SK Kem)

- sedikit perkongsian ilmu, maksud hadith : "Naungan bagi seorang mukmin pada hari Kiamat adalah sedekah" (HR Ahmad r.a). Ringan-ringankanlah tangan kita untuk bersedekah. semoga kita semua beroleh manfaat

- Ikatan ukhwah yang tercipta, jalinan persahabatan yang disulam kadang-kadang bukan kehendak kita, ALLAH telah mentakdirkan kita untuk mengenali sebuah perjuangan yang menyatukan kita agar bertambah kekuatan di jalan-NYA... buat sahabat, salam perjuangan dan semoga berjumpa di syurga nanti...amiin :)

- renungan bersama: percakapan kita seharian penuh dengan sesuatu celaan dan perbuatan kita pula penuh dengan perkara-perkara yang keji, maka periksalah hati kita, kerana hati yang kotor akan menzahirkan sesuatu yang tidak elok dan banyak celaan. :) <----- saya suka nasihat yang ini :)

- renungan bersama: berapa ramai manusiayang ringan bibirnya untuk menghamburkan kalimah Alhamdulillah apabila dikurnia nikmat oleh-NYA? dan berapa ramai pula yang menyebut Alhamdulillah itu benar-benar bersyukur bukan sekadar membenarkan di hati lalu terucap di lidah :)

- golongan yang sibuk memperhias dan memperelok paras rupa luaran hanya duniawi semata-mata ialah mereka yang hanya hidup di dunia dan ingin tenggelam bersama-samanya, sedangkan golongan yang sibuk memperelok hati nurani ialah golongan yangberfikiran jauh dan ingin hidup bahagia di akhirat sana yang kekal abadi.

- adakalanya aku teringat pada detik-detik kesalahanku pada-NYA...dosa-dosa lalu yang ku rasa tidak terampun,,,terasa aku lah hamba-NYA yang paling tidak bersyukur, dakulah hamba-NYA paling kejam, nerakalah tempat yang paling sesuai buat diriku... Namun, kasih dan rahmat-NYA ternyata melebihi segalanya. membuahkan sejuta makna padaki. aku diselimuti ketenangan.. hati terasa naungan-NYA memayungi penghidupanku pada hari-hari yang mendatang

- ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang mampu menerangi kehidupanmu dari kegelapan, adapun yang terlebih baik manfaatnya ialah ilmu yang menjadi cahaya yang mampu menerangi kehidupan orang-orang disekelilingmu... <--- like :)

- mulakanlah langkah  untuk memaafkan orang disekeliling kamu walaupun mereka telah melakukan sebesar-besar kesalahan padamu..jangan pula kamu mengharapkan orang untuk memaafkan kesalahan kamu meskipun kamu telah melakukan sekecil-kecil kesalahan.. <--- awal2 saya konfius, tapi baca byk2 kali baru faham..:)

- renungan bersama : 'adakah kita termasuk dalam golongan yang terlalu lapang untuk perkara duniawi terlalu sibuk untuk akhirat?' muhasabah diri...<---- hurmm :'( 



- jangan titiskan harapanmu terhadap manusia kerana kamu mungkin akan terluka. letakkan harapan kepada ALLAH kerana ALLAH tidak pernah menghampakanmu :) <---like :)


Noor Zafirah (Math's Crew)

- tika wajah penat memikirkan dunia maka berwuduklah
tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah
tika bahu tak kuasa memikul amanah, maka sujudlah
ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH swt
agar tunduk disaat yang lain angkuh
agar teguh disaat yang lain runtuh
agar tegar disaat yang lain terdampar :)

- "tarbiyah adalah umpama hospital, tiada orang yang datang ke hospital dalam keadaan tersenyum. melalui proses tarbiyah adalah satu kepahitan kerana terpaksa melawan nafsu dan keinginan. Murabbi memberikan tarbiya umpama doktor memberikan ubat. walaupun pahit ditelan tapi di penghujungnya ada kemanisan bagi diri yang jiwanya sihat kesan terdidik dengan kepahitan tarbiya...orang yang menangis bersama kita dan kerap membuatkan kita menangis adalah lebih baik daripada orang yang ketawa bersama kita yang akhrnya akan mentertawakan kita" ...
Nukilan Syeikh Yusuf al-Hasani

- Sabda Rasulullah saw, ertinya : "orang yang cerdik ialah yang sentiasa muhasabah diri mereka dan melalukan setiap sesuatu untuk selepas matinya dan orang yang cuai ialah meraka yang ikut hawa nafsu tapi pada masa yang sama mengharapkan pelbagai anugerah dari ALLAH" [HR Tirmizi]


Zatilini (kawan PBS 3 di SK Kem)

- Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya.
bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titi air matamu
bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu
bila kau telah mencuba segalanya tapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.
bila hatimu telah mencapai kemanisan iman, ALLAH telah berada padamu untuk mengurniakan kejayaan hakiki
hidup ini indah jika bersama ALLAH . 
salam bertukar no phone :)) <---- i like this :)


Zuhri (Math's Crew)

- "bila bersandar pada makhluk-Nya, tika terpisah rasa kehilangan, tika terasing rasa ditinggalkan, jiwa menderita gelisah sentiasa.
biar bersandar hanya pada Tuhan,merasai hanya cukup dengan-NYA, ALLAH sentiasa di dalam jiwa.
Biar terlihat tidak punya apa, tetapi hati kaya dengan rasa, rasa kasih dan sayang cinta ilahi menjadi cahaya penyejuk jiwa" ^_^


Tiki (kawan tusyen PMR)

- dengan nama ALLAH, apa khabar hati? 
masihkan ia seperti embun? merunduk tawaduk di pucuk-pucuk daun? 
masihkan ia seperti karang? berdiri tegar menghadapi ujian?
apa khabar iman?
masihkan ia seperti bintang? terang benderang menyuluh kehidupan?
apa khabar sahabat?
dimana kau berada, semoga ALLAH sentiasa melindungi dan menjaga serta memberi kesihatan kepadamu, hari ini dan untuk selamnya...ameen, :) <---sangat suka y ini :)



entry ini untuk mawar, tengku, zati, z, zuhri n tiki je dulu...
next entry ialah SMS dari Kak Far sorang je, sebab kak far spesel :)


semoga ALLAH redha atas segala yang kita lakukan...
ameennn~

Sunday, October 14, 2012

dari dulu sampai sekarang,
bila aku ada masalah aku akan cakap kat diri aku
"AKU STRONG"
one of my best fren, tukar word tu..
dy label aku
"SUPER TOUGH WOMAN"
so now, i'm not strong...
but "I AM SUPER TOUGH WOMAN"

:)



ada kerinduan yang bertandang di hati ini

guess who i'm missing now??


my mother :'(
bangun pagi tadi, tibe2 rasa nak makan biskut yang ma biasa beli
so, aku pon mesej la ma
"ma, ct raso nak make biskut"
tapi ma xbalas pon...
hehehe



ada sorang lagi yang aku rindu ni
tapi biarla rindu itu tinggal rindu sahaja :)