Thursday, October 18, 2012

sms nasihat n tazkirah 1

assalamualaikum :)

lately henpon kesayangan saya buat hal...
saya sayang henpon itu n kandungan yang ada di dalamnya...
beratus-ratus SMS tazkirah yang aku simpan dari sahabat2 yang tersayang ada lam henpon tu
maka, sebelum henpon kesayangan aku itu tingtong...mati tidak kembali...
aku amik inisiatif tuk tulis semua mesej2 tu kat cni...
tapi ckit2 la ea...xlarat nak tulis semua skali gus...



 Mawardah Che Mood (classmate tyme form 2, 4 n 5 kat MMP)

- "..keindahan berukhwah akan terasa bila mana kekurangan dilengkapi dengan kesempurnaan, kesedihan ditukar dengan kegembiraan, kekeruhan diganti dengan kejernihan.. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah. sukar untuk dicapai, perit untuk dikecapi andai tidak dibajai dengan pengorbanan yang tinggi.." 
ia akan hilang andai tak dihargai.. jagalah sementara ia ada :)


Tengku IPKB (kawan PBS 3 di SK Kem)

- sedikit perkongsian ilmu, maksud hadith : "Naungan bagi seorang mukmin pada hari Kiamat adalah sedekah" (HR Ahmad r.a). Ringan-ringankanlah tangan kita untuk bersedekah. semoga kita semua beroleh manfaat

- Ikatan ukhwah yang tercipta, jalinan persahabatan yang disulam kadang-kadang bukan kehendak kita, ALLAH telah mentakdirkan kita untuk mengenali sebuah perjuangan yang menyatukan kita agar bertambah kekuatan di jalan-NYA... buat sahabat, salam perjuangan dan semoga berjumpa di syurga nanti...amiin :)

- renungan bersama: percakapan kita seharian penuh dengan sesuatu celaan dan perbuatan kita pula penuh dengan perkara-perkara yang keji, maka periksalah hati kita, kerana hati yang kotor akan menzahirkan sesuatu yang tidak elok dan banyak celaan. :) <----- saya suka nasihat yang ini :)

- renungan bersama: berapa ramai manusiayang ringan bibirnya untuk menghamburkan kalimah Alhamdulillah apabila dikurnia nikmat oleh-NYA? dan berapa ramai pula yang menyebut Alhamdulillah itu benar-benar bersyukur bukan sekadar membenarkan di hati lalu terucap di lidah :)

- golongan yang sibuk memperhias dan memperelok paras rupa luaran hanya duniawi semata-mata ialah mereka yang hanya hidup di dunia dan ingin tenggelam bersama-samanya, sedangkan golongan yang sibuk memperelok hati nurani ialah golongan yangberfikiran jauh dan ingin hidup bahagia di akhirat sana yang kekal abadi.

- adakalanya aku teringat pada detik-detik kesalahanku pada-NYA...dosa-dosa lalu yang ku rasa tidak terampun,,,terasa aku lah hamba-NYA yang paling tidak bersyukur, dakulah hamba-NYA paling kejam, nerakalah tempat yang paling sesuai buat diriku... Namun, kasih dan rahmat-NYA ternyata melebihi segalanya. membuahkan sejuta makna padaki. aku diselimuti ketenangan.. hati terasa naungan-NYA memayungi penghidupanku pada hari-hari yang mendatang

- ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang mampu menerangi kehidupanmu dari kegelapan, adapun yang terlebih baik manfaatnya ialah ilmu yang menjadi cahaya yang mampu menerangi kehidupan orang-orang disekelilingmu... <--- like :)

- mulakanlah langkah  untuk memaafkan orang disekeliling kamu walaupun mereka telah melakukan sebesar-besar kesalahan padamu..jangan pula kamu mengharapkan orang untuk memaafkan kesalahan kamu meskipun kamu telah melakukan sekecil-kecil kesalahan.. <--- awal2 saya konfius, tapi baca byk2 kali baru faham..:)

- renungan bersama : 'adakah kita termasuk dalam golongan yang terlalu lapang untuk perkara duniawi terlalu sibuk untuk akhirat?' muhasabah diri...<---- hurmm :'( 



- jangan titiskan harapanmu terhadap manusia kerana kamu mungkin akan terluka. letakkan harapan kepada ALLAH kerana ALLAH tidak pernah menghampakanmu :) <---like :)


Noor Zafirah (Math's Crew)

- tika wajah penat memikirkan dunia maka berwuduklah
tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah
tika bahu tak kuasa memikul amanah, maka sujudlah
ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH swt
agar tunduk disaat yang lain angkuh
agar teguh disaat yang lain runtuh
agar tegar disaat yang lain terdampar :)

- "tarbiyah adalah umpama hospital, tiada orang yang datang ke hospital dalam keadaan tersenyum. melalui proses tarbiyah adalah satu kepahitan kerana terpaksa melawan nafsu dan keinginan. Murabbi memberikan tarbiya umpama doktor memberikan ubat. walaupun pahit ditelan tapi di penghujungnya ada kemanisan bagi diri yang jiwanya sihat kesan terdidik dengan kepahitan tarbiya...orang yang menangis bersama kita dan kerap membuatkan kita menangis adalah lebih baik daripada orang yang ketawa bersama kita yang akhrnya akan mentertawakan kita" ...
Nukilan Syeikh Yusuf al-Hasani

- Sabda Rasulullah saw, ertinya : "orang yang cerdik ialah yang sentiasa muhasabah diri mereka dan melalukan setiap sesuatu untuk selepas matinya dan orang yang cuai ialah meraka yang ikut hawa nafsu tapi pada masa yang sama mengharapkan pelbagai anugerah dari ALLAH" [HR Tirmizi]


Zatilini (kawan PBS 3 di SK Kem)

- Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya.
bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titi air matamu
bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu
bila kau telah mencuba segalanya tapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.
bila hatimu telah mencapai kemanisan iman, ALLAH telah berada padamu untuk mengurniakan kejayaan hakiki
hidup ini indah jika bersama ALLAH . 
salam bertukar no phone :)) <---- i like this :)


Zuhri (Math's Crew)

- "bila bersandar pada makhluk-Nya, tika terpisah rasa kehilangan, tika terasing rasa ditinggalkan, jiwa menderita gelisah sentiasa.
biar bersandar hanya pada Tuhan,merasai hanya cukup dengan-NYA, ALLAH sentiasa di dalam jiwa.
Biar terlihat tidak punya apa, tetapi hati kaya dengan rasa, rasa kasih dan sayang cinta ilahi menjadi cahaya penyejuk jiwa" ^_^


Tiki (kawan tusyen PMR)

- dengan nama ALLAH, apa khabar hati? 
masihkan ia seperti embun? merunduk tawaduk di pucuk-pucuk daun? 
masihkan ia seperti karang? berdiri tegar menghadapi ujian?
apa khabar iman?
masihkan ia seperti bintang? terang benderang menyuluh kehidupan?
apa khabar sahabat?
dimana kau berada, semoga ALLAH sentiasa melindungi dan menjaga serta memberi kesihatan kepadamu, hari ini dan untuk selamnya...ameen, :) <---sangat suka y ini :)



entry ini untuk mawar, tengku, zati, z, zuhri n tiki je dulu...
next entry ialah SMS dari Kak Far sorang je, sebab kak far spesel :)


semoga ALLAH redha atas segala yang kita lakukan...
ameennn~

No comments:

Post a Comment