Saturday, October 1, 2011

10K dalam persahabatan

" FRIENDSHIP IS AN ONION. IT HAS MANY LAYERS IN IT. ADD TASTE TO YOUR LIFE, BUT IF YOU TRY TO CUT IT YOU WILL GET NOTHING BUT TEARS "

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu.”
(al-Hujurat: 10)

10K dalam Persahabatan

  1. KECINTAAN : ikatan persahabatan aka friendship akan mudah rapuh tanpa ada cinta antara keduanya. zahirkan cinta kepada sahabat kita agar mereka tahu betapa kita menghargai mereka, betapa kita mencintai mereka...uhibbuki fillah my prens :)
  2. KASIH SAYANG : curahkan kasih sayang kepada sahabat kita. kasih sayang tidak semestinya dipamerkan secara luaran. cukuplah sekadar mendoakan yang terbaik untuk mereka. itu bukti kasih sayang kita pada mereka."Iman seseorang muslim tidak akan sempurna sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"
  3. KEIKHLASAN : menjamin persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat dari Ilahi. bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
  4. KESETIAAN : kesetiaan mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. tida kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan. Insyaallah.
  5. KEBERANIAN : dalam berkata benar. berani menasihati. berani mengaku kesilapan.
  6. KEMAAFAN : tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita, maafkan lah mereka. bersedialah memaafkan sebrang silap dan silapnya
  7. KESEDIHAN : tawarkan bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. kita sentiasa ada bersama mereka
  8. KEGEMBIRAAN : berkongsi kegembiraan bersama sahabat tercinta. senyuman yang terukuir di wajah mereka, akan menggembirakan hati kita jua.
  9. KEBENARAN : jangan sesekali menipu sahabat. mereka perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. jangan terlalu berahsia, kecuali hal2 yang perlu sahaja.
  10. KESERASIAN : dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya kesefahaman antara dua pihak. apabila ada kesefahaman, barulah hubungan dengan sahabat akan menjadi lebih baik.

"selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari"
(Saidina Ali)


(MARS edisi 7 iluvIslam.com)

:)

assalamualaikum

alhamdulillah aku masih mampu tersenyum :)
alhamdulillah aku masih mampu menghiburkan orang lain :)
alhamdulillah aku masih mampu sorokkan kesedihan hati aku :)

alhamdulillah Allah beri aku kekuatan :)
alhamdulillah Allah kurniakan aku kesabaran :)
alhamdulillah Allah kurniakan akal untuk berfikir :)
terima kasih ya ALLAH :)

aku di sini pada hari ni adalah kerana-MU
aku masih bersemangat pada hari ini adalah kerana-MU
aku bangun dari tidur hari ini adalah kerana-MU
hidupku ini adalah sia-sia tanpa-MU

tanpa-MU, pasti aku sesat
tanpa-MU, pasti hidupku kosong
tanpa-MU, pasti aku mati


Monday, September 26, 2011

ketika sibuk beresaimen :)

assalamualaikum
alhamdulillah, ada jugak wakti untuk aku meng'update' blog ni setelah 2 minggu sibuk menyiapkan esaimen yang sampai skrang xsiap2 lagi. Alhamdulillah gak, dalam proses membuat esaimen yang terpaksa aku tido lewat pagi, berkejar sana sini, ambik gambar itu n ambik gambar ini, aku tidak ditimpa sakit, tetapi semakin hari semakin bersemangat...hehe... Syukur pada-MU ya ALLAH kerana kurniakan aku kesihatan yang baik selama ini.

Dalam keadaan sibuk beresaimen, memang tidak dinafikan kepala otak memang stress.....stresss bangat... maka disebabkan itu lah, aku join beberapa aktiviti dengan niat sekadar untuk melepaskan stress kerana ALLAH taala..

aktiviti pertama ialah menyertai pertandingan BOLING PIALA KEMERDEKAAN...feveret game aku kat maktab ni ialah men boling, so aku join lah sekadar suka2 n bagi menyokong pihak penganjur iaitu junior aku. serius aku masuk, xberharap untuk menang pon, sebab sem lepas, aku kalah. tetapi kali ini aku MENANG High Games Perempuan...... Alhamdulillah..hehe...satu pengalaman baru tyme men boling hari tu ialah pertama kali aku dapat strike 3 kali berturut2, orang cakap itu namanya ape entah...lupakan je lah...sstu perkara lagi, tyme men hari tu aku ditemani oleh senior math iaitu kak tim n kawan baik aku akmal salmi (walaupun dy duk lane len), thanks atas sokongan mereka berdua :)


 
ni piala yang aku dapat :)
piala ke tiga selama aku men boling kat maktab ni :)

koya aku kan...:p

aktiviti kedua, aku sertai bersama-sama kawan2 sekelas iaitu PERTANDINGAN NASYID B.INGGERIS. last minit punya kerja ni, pertandingan start kul 2.30ptg, kami decide nak masuk kul 11.30 pagi...hehe...berlatih punya berlatih, sampai semua serak suara...hehe...xkisah la yang tu, yang penting, kami sertai n dapat lupakan esaimen sekejap....serius aku cakap, tyme berlatih, semua pon tinggalkan esaimen masing2, xsebut langsung sal tu...seronok camtu...hehe...apa yang menarik tyme pertandingan ni, kedua-dua naqib dan naqibah kami hadir...thanks Umi n En. Yahya...kami xkisah menang or kalah, sebab dengan kehadiran anda berdua, kami da rasa kami menang, sebab naqibah group len xdatang pon...kami untung ada naqib n naqibah macam anda berdua..:)
 
dengan Umi tercinta

aktiviti ke tiga ialah PERMAINAN TRADISIONAL.... xtiviti ni wajib join., maknanya satu kelas la main... kami xmain sangat pon, just men satu game je iaitu BOLA KAKI TIGA.... banyak masa pada hari ni, kami men sesama sendiri, men ulat-ulat, men kaki, men telur... best3... mesti orang tengok kelas kami pelik, sebab duk men laga2 kaki, well itulah kelas kami...hehe
pagi2 sebelum start men 9 + 1(adik ipar aka gewe aiman)
hanum xsampai ag tyme ni

aktiviti keempat ialah PERTANDINGAN BOLA BALING....yang ni paling best, sebab awal2, xnak join pon...malas laaa, xpandai laaa.... kacau hujung minggu laa.... dan macam2 alasan lagi... but akhirnya, semua pon turun, nak cakap kami malas xmalas nk main, mase majlis perasmian, kelas kami yang sampai paling lambat sehingga lecturer terpaksa tunggu n suh kami duk barisan paling depan sekali... owh NO... huuhuhu
bajet men hari tu, just nak kalah, amik makanan, balik dan tido...tu objektif awal permainan...tapi lain jadinya...main punya main, tibe-tibe semua jadi semangat, xyah xckap la semangat ape...semangat RAUDHATUL JANNAH (nama group nasyid kami)...hahahaha...disebabkan semangat yang berlebihan, tanpa disedari kami telah mengalahkan semua pasukan termasuklah kelas major PJ....alhamdulillah, rezki ALLAH bagi kat kami pada hari itu, sebab berjaya lawan malas...alhamdulillah. :)... keseluruhannya, kami dapat tempat pertama...thanks kat semua, kat Puan Kamariah n Puan Hanifah yang ajar kami bola baling mase sem 3 PP n sem 2 degree...arigatoooo
melompat kegembiaraan selepas menang final :)
aktiviti ke lima ialah OPEN HOUSE....aku malu nk cakap, tapi nk cakap jugak, ntah ribut or taufan ape hari tu, aku makan tanpa henti selama 1 jam....macam2 aku makan, start dengan laksa pinang > murtabak > roti john > steamboat > roti cicah kari daging > nasi bugis > sate > buah tembikai > air.....tq Puan Azizah...saya kenyang sangat2...opss lupa, saya g sane dengan YB n Sarah :)

pas habis open house, kami solat kat masjid negeri selangor aka Masjid Biru....lepas tu kami bertiga g jalan2 kat The Mines, sekadar jalan2 sambil minum2 n main2...haha...terbaikk,,,balik malam, letih....buat esaimen jap, fb jap n tido.....
epiii :))
seronok minggu esaimen aku sem ni...hehe...macam2 axtiviti dibuat ngan kawan-kawan...xla rase stress sangat, walaupun pas men, semua pon sakit-sakit badan n letih, tetapi esaimen tetap disiapkan...

kesimpulannya: CERIAKAN HARI ANDA WALAUPUN KETIKA SIBUK BERESAIMEN :)




Wednesday, September 7, 2011

PBS ku

assalamualaikum...
alhamdulillah hari ni hari terakhir aku menjalani program Pengalaman Berdasarkan Sekolah di SEKOLAH KEBANGSAAN SEMUT API....my beloved primary school..

sangat berbeza sekali pengalaman pertama dan pengalaman kedua ini...dari segi saiz sekolah...guru-guru, murid-murid sehinggalah kepada ibu bapa pelajar..kesimpulan yang dapat aku buat, aku lagi suka suasana kat sekolah tepi pantai ini....mendamaikan n menyenangkan hati....guru-guru di sini peramah n mesra alam, cuba membantu dan menjawab segala persoalan aku dengan sebaik mungkin. walaupun aku berseorangan di sini, tanpa ada yang menemani, aku tidak pernah merasa bosan malahan berasa seronok...seronok yang amat sangat..:)



nama saya wan fatimah. 
awak boleh panggil saya cikgu fatimah :)

Saturday, August 20, 2011

berkasih sayang

assalamualaikum...

alhamdulillah...ALLAH telah membangunkan aku dari tidur untuk kembali menyembahnya. syukur pada-Mu kerana memberikan aku kekuatan setiap pagi untuk bertahajud dan memuja Mu.
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah 

betapa ALLAH sayangkan hambanya, sebab itu lah Dia bangunkan kita dari tidur untuk beribadah kepada-Nya kan dan mendapat pahala sebagai bekalan di akhirat kelak. ALLAH tidak terjejas sedikit pun jika kita tidak beribadah, tapi kerana kasih-sayang-Nya kepada kita, Dia bangunkan kita, sedarkan kita, berikan kita petunjuk untuk menuju ke jalan-Nya. Itu tanda kasih sayang ALLAH. Oleh itu, kita sebagai hamba-Nya, hendaklah membalas kasih sayang tersebut dengan tunduk dan patuh kepada suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya..(:

manusia berkasih sayang sesama mereka. kasih kepada keluarga. kasih kepada saudara. kasih kepada teman-temannya. sungguh indah jika semua pon hidup dengan berkasih sayang. 

 aku sungguh kasih kepada keluargaku. tanpa mereka siapalah aku. tanpa mereka, wujudkah aku pada hari ini?? tanpa mereka maka berseoranganlah aku. tanpa mereka, sunyilah hidupku. mereka buah hati aku. penawar duka lara ku. mereka penyeri hidupku. mereka harta aku yang paling bernilai. Nikmat ALLAH yang paling besar selepas nikmat Iman. 

selepas kasih keluarga...aku kasihkan teman-temanku. betapa aku menghargai kehadiran mereka dalam hidupku. i love you my friend...jangan pelik, aku slalu mengungkapkan kalimah LOVE kapada teman-temanku samada lelaki atau perempuan kerana aku benar maksudkannya.



p/s: aku nak tulis benda len...tapi benda len yang ditulis...xpelah, asalkan isinya adalah kasih sayang

ibrah keputusan ayah n ma

assalamualaikum...
terdetik kat hati aku tadi mase ambik wudhuk tuk solat asar...
"ya ALLAH, banyaknya keputusan dalam hidup aku ditentukan oleh ibu bapa ku, dan syukur pada-MU ya ALLAH, semua jalan yang mereka pilih untukku, nampaknya adalah yang terbaik untuk aku"

aku muhasabah semula kehidupan aku, bermula dari aku kecil, sehinggalah sekarang, betapa aku memberontak kerana tidak setuju dengan keputusan ibu bapa ku, tetapi di akhirnya, aku berterima kasih kepada mereka atas keputusan yang dbuat.


1. mereka menukarkan aku dari sekolah berasrama penuh ke sekolah agama.

aku mengaku, aku homesick mase duk kat sekolah berasrama, aku memang nak sangat pergi sekolah yang aku boleh ulang-alik dari rumah. tapi aku TAK NAK SEKOLAH AGAMA!!..itu luahan hati aku...tapi still aku belajar di sekolah agama itu dengan HATI YANG TAK RELA...

form 1, dalam kelas bahasa arab, aku nangis kat belakang kelas sebab aku xsuka dan aku xpaham apa yang diajar oleh ustaz kat depan..aku xpaham dan aku xnak paham...itu tanda aku protes aku xsuka sekolah agama.

form 2, peperiksaan agama PMRU aku hanya dapat 3A daripada 10A...aku buat rileks...aku nk buktikan kat ayah n ma aku, aku memang xboleh pergi jauh dengan sekolah agama, aku masih tidak boleh terima sekolah aku sekarang...berpuluh-puluh kali aku meminta ayah tukarkan aku ke sekolah harian biasa....tapi berpuluh-puluh kali jugaklah ayah tolak permintaan aku itu dengan alasan "sekolahlah c2 dulu"..

form 3, PMR...aku mmg fokus kat PMR dengan harapan, bila dapat result baik, aku dapat tukar ke sekolah yang lebih baik...alhamdulillah, aku dapat 8A dan 1C bagi bahasa arab...aku tersenyum lebar..kata ayah ku "tengoklah teh, result teh lagi baik dari bdk sekolah biasa, mereka dapat 8A je, tapi teh dapat 8A 1C...lagi satu, teh xkira la sekolah mana-mana pon, still dapat result yang baik kan, mmg sekolah ni tempat terbaik untuk teh, dapat belajar akademik, blh blajar agama...ayah nk anak ayah pandai dua2...pandai akademik, pandai agama. xder guna pandai akademik je lau agama lintang pukang, AYAH BANGGA NGA TEH" ayah peluk aku, keluar air mata terharu dari mataku...huhu
mulai dari saat itu, aku mulai sedar, disitulah tempat terbaik untuk aku belajar...disitulah tempat aku jumpa minat aku. sebab bersekolah di situlah aku boleh pergi tusyen dan jumpa kedua-dua sahabat baik ku. 
ADA IBRAH DI SEBALIKNYA..


2. jangan beli komik lagi!!

ketika bersekolah dulu, aku sanggup tak makan semata-mata simpan duit untuk beli komik. dari sebuah kepada beratus-ratus buah. daripada satu judul ke berpuluh-puluh judul. dari beli kat kedai tepi jalan ke kedai yang besar sampai sanggup jalan 20 minit di tengah-tengah panas semata-mata untuk beli komik. dari beli kat kedai, pandai la plak beli secara pos...betapa aku gilakan komik ketika zaman sekolah ku dulu (sekarang pon sebenarnya masih sama, cuma da xbeli je). bila dihitung-hitung semula, hampir RM2000 duit aku dibelanjakan ke arah itu..sehinggalah pada suatu hari, ayah aku tahu tentang keadaan aku yang melarat semata-mata untuk komik (semua komik disorok daripada pandangan mata ayah)

"lau teh beli lagi komik, AYAH AKAN BAKAR SEMUA KOMIK yang ada sekarang ni!!!"

itu keputusan ayah aku. sekali lagi aku menangis...menangis meraung-raung...kunci diri dalam bilik air, tidak pergi ke sekolah...kerana xsanggup menghadapi kenyataan tidak boleh beli komik lagi.

tapi sekarang bila aku muhasabah balik keputusan yang ayah lakukan...dengan tidak beli komik, aku beralih kepada buku-buku agama...aku mulai membaca buku-buku sirah pejuang Islam jadi kegemaran aku...sekarang, buku-buku itu yang menjadi koleksi dan yang aku beli...bertambah pengetahuan aku tentang agama...terima kasih ayah atas keputusanmu dulu...
aku sedar ADA IBRAH DI SEBALIKNYA.


3. g lah interview cikgu

aku dapat tawaran untuk menghadiri temuduga untuk menjadi guru. punya lah malas aku nk pergi, sebab aku xminat langsung dengan profesion guru. jika di sekolah dulu, aku sangat anti dengan ayat "cita-cita saya adalah menjadi seorang guru"....euuwww tolonglah...tapi sekarang ayah suruh aku p interview guru plak...ayah pujuk aku dengan lembut."pergilah teh, cuba la semua, kita xtahu lagi rezki kita kat mana, xleh berharap dengan biasiswa JPA je, benda tu xtahu lagi dapat ke x..cikgu pon biasiswa jgk..teh g k"

"yolah2, ct g, tapi ct xprepare pon ni, borang, file, gambar.."..."kak lang ada"
maka pergilah aku ke interview, dengan file yang xlengkap dan tidak bersedia sedikit pon!! tetapi takdir ALLAH, aku terpilih menjadi guru pelatih di sini sekarang dalam major matematik...alhamdulillah...aku suka belajar di sini...aku suka profesion guru...aku tidak sabar untuk mengajar di sekolah....terima kasih ayah...ct suka ngan keputusan ayah...
ADA IBRAH DI SEBALIKNYA

4. berpindah dari UNIVERSITI MALAYA KE MAKTAB PERGURUAN ISLAM...

5. jangan buat tu jangan buat ni...xleh kuar g c2, xleh kuar g cni!!

6. main kat rumah je lah!!

7..............


banyak sangat yang jasa ma n ayah aku sehingga aku berada di sini sekarang. jika salah satu keputusan mereka aku tentang, entah apa jadi pada diri ku sekarang...seseungguhnya ALLAH telah memberikan aku ibubapa yang terbaik di dunia. terima kasih ya ALLAH..

Tuesday, August 16, 2011

Doa khatam Quran

assalamualaikum...
sempena hari Nuzul Quran hari ni, jom baca doa khatam Quran. Tetapi tidak semestinya kita khatam Quran baru boleh baca doa ni, setiap kali lepas selesai baca Quran pon boleh jugak baca doa ni. Insyaallah, sama-samalah kita jadikannya amalan harian kita.


Bismillahhirahmanirahim

segala puji bagi ALLAH. Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertakwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad SAW dab juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Ya ALLAH, Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Mengasihani. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran. Ya ALLAH, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya ALLAH, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujah untuk kami. Wahai Tuhan Pemelihara sekalian alam.

Ya ALLAH, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan AL-Quran, serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran. Masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran. Selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya ALLAH, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-MU jua Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya ALLAH, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran. Selamatkanlah kami dari api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran. Tinggikanlah darjat dan martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran, dan hapuskanlah dosa dan kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran. Ya ALLAH, Tuhan yang mempunyai segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

ALLAH mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai Keagungan dan Kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan salam sejahtera kepada sekalian rasul. Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir seluruh alam.

Amin ya Rabb...