Thursday, October 18, 2012

sms nasihat n tazkirah 1

assalamualaikum :)

lately henpon kesayangan saya buat hal...
saya sayang henpon itu n kandungan yang ada di dalamnya...
beratus-ratus SMS tazkirah yang aku simpan dari sahabat2 yang tersayang ada lam henpon tu
maka, sebelum henpon kesayangan aku itu tingtong...mati tidak kembali...
aku amik inisiatif tuk tulis semua mesej2 tu kat cni...
tapi ckit2 la ea...xlarat nak tulis semua skali gus...



 Mawardah Che Mood (classmate tyme form 2, 4 n 5 kat MMP)

- "..keindahan berukhwah akan terasa bila mana kekurangan dilengkapi dengan kesempurnaan, kesedihan ditukar dengan kegembiraan, kekeruhan diganti dengan kejernihan.. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah. sukar untuk dicapai, perit untuk dikecapi andai tidak dibajai dengan pengorbanan yang tinggi.." 
ia akan hilang andai tak dihargai.. jagalah sementara ia ada :)


Tengku IPKB (kawan PBS 3 di SK Kem)

- sedikit perkongsian ilmu, maksud hadith : "Naungan bagi seorang mukmin pada hari Kiamat adalah sedekah" (HR Ahmad r.a). Ringan-ringankanlah tangan kita untuk bersedekah. semoga kita semua beroleh manfaat

- Ikatan ukhwah yang tercipta, jalinan persahabatan yang disulam kadang-kadang bukan kehendak kita, ALLAH telah mentakdirkan kita untuk mengenali sebuah perjuangan yang menyatukan kita agar bertambah kekuatan di jalan-NYA... buat sahabat, salam perjuangan dan semoga berjumpa di syurga nanti...amiin :)

- renungan bersama: percakapan kita seharian penuh dengan sesuatu celaan dan perbuatan kita pula penuh dengan perkara-perkara yang keji, maka periksalah hati kita, kerana hati yang kotor akan menzahirkan sesuatu yang tidak elok dan banyak celaan. :) <----- saya suka nasihat yang ini :)

- renungan bersama: berapa ramai manusiayang ringan bibirnya untuk menghamburkan kalimah Alhamdulillah apabila dikurnia nikmat oleh-NYA? dan berapa ramai pula yang menyebut Alhamdulillah itu benar-benar bersyukur bukan sekadar membenarkan di hati lalu terucap di lidah :)

- golongan yang sibuk memperhias dan memperelok paras rupa luaran hanya duniawi semata-mata ialah mereka yang hanya hidup di dunia dan ingin tenggelam bersama-samanya, sedangkan golongan yang sibuk memperelok hati nurani ialah golongan yangberfikiran jauh dan ingin hidup bahagia di akhirat sana yang kekal abadi.

- adakalanya aku teringat pada detik-detik kesalahanku pada-NYA...dosa-dosa lalu yang ku rasa tidak terampun,,,terasa aku lah hamba-NYA yang paling tidak bersyukur, dakulah hamba-NYA paling kejam, nerakalah tempat yang paling sesuai buat diriku... Namun, kasih dan rahmat-NYA ternyata melebihi segalanya. membuahkan sejuta makna padaki. aku diselimuti ketenangan.. hati terasa naungan-NYA memayungi penghidupanku pada hari-hari yang mendatang

- ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang mampu menerangi kehidupanmu dari kegelapan, adapun yang terlebih baik manfaatnya ialah ilmu yang menjadi cahaya yang mampu menerangi kehidupan orang-orang disekelilingmu... <--- like :)

- mulakanlah langkah  untuk memaafkan orang disekeliling kamu walaupun mereka telah melakukan sebesar-besar kesalahan padamu..jangan pula kamu mengharapkan orang untuk memaafkan kesalahan kamu meskipun kamu telah melakukan sekecil-kecil kesalahan.. <--- awal2 saya konfius, tapi baca byk2 kali baru faham..:)

- renungan bersama : 'adakah kita termasuk dalam golongan yang terlalu lapang untuk perkara duniawi terlalu sibuk untuk akhirat?' muhasabah diri...<---- hurmm :'( 



- jangan titiskan harapanmu terhadap manusia kerana kamu mungkin akan terluka. letakkan harapan kepada ALLAH kerana ALLAH tidak pernah menghampakanmu :) <---like :)


Noor Zafirah (Math's Crew)

- tika wajah penat memikirkan dunia maka berwuduklah
tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah
tika bahu tak kuasa memikul amanah, maka sujudlah
ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH swt
agar tunduk disaat yang lain angkuh
agar teguh disaat yang lain runtuh
agar tegar disaat yang lain terdampar :)

- "tarbiyah adalah umpama hospital, tiada orang yang datang ke hospital dalam keadaan tersenyum. melalui proses tarbiyah adalah satu kepahitan kerana terpaksa melawan nafsu dan keinginan. Murabbi memberikan tarbiya umpama doktor memberikan ubat. walaupun pahit ditelan tapi di penghujungnya ada kemanisan bagi diri yang jiwanya sihat kesan terdidik dengan kepahitan tarbiya...orang yang menangis bersama kita dan kerap membuatkan kita menangis adalah lebih baik daripada orang yang ketawa bersama kita yang akhrnya akan mentertawakan kita" ...
Nukilan Syeikh Yusuf al-Hasani

- Sabda Rasulullah saw, ertinya : "orang yang cerdik ialah yang sentiasa muhasabah diri mereka dan melalukan setiap sesuatu untuk selepas matinya dan orang yang cuai ialah meraka yang ikut hawa nafsu tapi pada masa yang sama mengharapkan pelbagai anugerah dari ALLAH" [HR Tirmizi]


Zatilini (kawan PBS 3 di SK Kem)

- Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya.
bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titi air matamu
bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu
bila kau telah mencuba segalanya tapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.
bila hatimu telah mencapai kemanisan iman, ALLAH telah berada padamu untuk mengurniakan kejayaan hakiki
hidup ini indah jika bersama ALLAH . 
salam bertukar no phone :)) <---- i like this :)


Zuhri (Math's Crew)

- "bila bersandar pada makhluk-Nya, tika terpisah rasa kehilangan, tika terasing rasa ditinggalkan, jiwa menderita gelisah sentiasa.
biar bersandar hanya pada Tuhan,merasai hanya cukup dengan-NYA, ALLAH sentiasa di dalam jiwa.
Biar terlihat tidak punya apa, tetapi hati kaya dengan rasa, rasa kasih dan sayang cinta ilahi menjadi cahaya penyejuk jiwa" ^_^


Tiki (kawan tusyen PMR)

- dengan nama ALLAH, apa khabar hati? 
masihkan ia seperti embun? merunduk tawaduk di pucuk-pucuk daun? 
masihkan ia seperti karang? berdiri tegar menghadapi ujian?
apa khabar iman?
masihkan ia seperti bintang? terang benderang menyuluh kehidupan?
apa khabar sahabat?
dimana kau berada, semoga ALLAH sentiasa melindungi dan menjaga serta memberi kesihatan kepadamu, hari ini dan untuk selamnya...ameen, :) <---sangat suka y ini :)



entry ini untuk mawar, tengku, zati, z, zuhri n tiki je dulu...
next entry ialah SMS dari Kak Far sorang je, sebab kak far spesel :)


semoga ALLAH redha atas segala yang kita lakukan...
ameennn~

Sunday, October 14, 2012

dari dulu sampai sekarang,
bila aku ada masalah aku akan cakap kat diri aku
"AKU STRONG"
one of my best fren, tukar word tu..
dy label aku
"SUPER TOUGH WOMAN"
so now, i'm not strong...
but "I AM SUPER TOUGH WOMAN"

:)



ada kerinduan yang bertandang di hati ini

guess who i'm missing now??


my mother :'(
bangun pagi tadi, tibe2 rasa nak makan biskut yang ma biasa beli
so, aku pon mesej la ma
"ma, ct raso nak make biskut"
tapi ma xbalas pon...
hehehe



ada sorang lagi yang aku rindu ni
tapi biarla rindu itu tinggal rindu sahaja :)

Thursday, October 11, 2012

big girl in big world

i'm a big big girl
in a big big world
its not a big big thing
if u leave me
but i do do feel
but i do do will
miss u much
miss u much


p/s : comeyl jer lirik ni..

Friday, October 5, 2012

persahabatan itu sweet :)

assalamualaikum :)

tengah tersenyum tyme ni..
pagi tadi dapat an unexpected kol from seorang sahabat
rasa pelik bila dy kol pagi2..

sempat bercerita pengalaman dikunci oleh rumet tyme subuh
dy plak bercerita sal nk p konvoi tuk p piknik dengan kawan2 nya

lam persahabatan
xperlu pon slalu mesej
xperlu pon slalu kol
xperlu pon slalu chat
xperlu pon slalu komen2 kat fb
persahabatan kan dari hati
xsemestinya dengan komunikasi

kawan yang sweet, yang sentiasa doakan kawan dy yang len
kawan yang sweet, yang sentiasa ingatkan kita tentang ALLAH

thanks a lot ya ALLAH kerna kurniakan sahabat-sahabat yang sangat sweet kepadaku

sahabat yang ingatkan aku tuk baca quran,
sahabat yang kejutkan aku untuk solat sunat tahajud,
sahabat yang ingatkan aku tuk solat sunat dhuha
sahabat yang selalu mengajak aku ke masjid
sahabat yang memberi contoh yang baik tuk aku ikut
sahabat tempat aku meluah perasaan
sahabat tempat aku bercerita itu dan ini
sahabat yang sentiasa memberi kata-kata hikmah padaku

fyi : atas meja aku lam kelas penuh dengan sticky note yang tertulis kata-kata hikmah
aku rasa ini sangat sweet

Wednesday, October 3, 2012

Handle orang marah?

Assalamualaikum :-)

Apabila marah...


Kalau post sbelum ni, ditulis (dicopy n paste) dalam keadaan aku marah...alhamdulillah hari ini aku tenang, xde nk geram, sakit hati or nak marah kat sape2...


Tetapi Saat ini mesti ada sesiapa dalam keadaan marah kan..mungkin kawan kita, kawan kpda kawan, keluarga dekat or jauh atau sape2 je lah yang ada lam sekeliling kita ni...persoalan yang ingin saya timbulkan pada malam ini ialah...."how to handle the people who are in mad"....

Selepas peristiwa aku marah sgt2 tempoh hari, aku mulai memahami perasaan orang yang dalam keadaan marah..apa yang ada lam jiwa mereka..apa yang mereka rasa...rasa teraniaya, rasa annoying kat sumone, rasa geram, rasa terbakar kat dalam hati...aku tahu perasaan itu...

1) Tyme2 marah ni...that person really2 need sumone to share their feeling..rasa nk cerita kat semua orang kenapa aku marah...tyme ni, jadilah pendengar yang baik...dengar betul2 perasaan diorang...tyme ni, anda sangat2 diperlukan....

2) orang yang tengah marah biasanya mulut tu...semua perkataan nk keluarkan..(*&#&*//<§»^) semua rasa nak sembur kat muka penyebab kemarahan. Tyme ni tugas anda, nasihat la ckit kat dy..ckp la contohnya "eh, x baik ko ckp cmtu..lau ko ckp dy cmtu ko pon same la cam dy"..nasihat ckit2 dah ckup..xyah la tbe2 nk bagi tazkirah plak kt orang yang tengah marah k...bagi je nasihat2 pendek, ringkas n senang untuk dihadam oleh akal fikiran...

3) be gentle... Nak handle orang yang tengah hot n keras hati ni kena lembut2...xleh la nk marah2 dy sebab dy marah..pendekatan tuk tlg dy kawal marah ialah dengan bersetuju/terima je semua kata2 dy..pas da habis dy punya cerita marah...cer buat sinopsis cerita tuk dy, lam sinopsis tu selit la alasan ke nasihat ke supaya perasaan marah itu berkurangan :-) contohnya, husnuzon la kat si pembangkit kemarahan....

4) touch...sentuhan ni penting...usap2 belakang dy...sambil2 tu baca la ayat kursi, ayat penenang then hembus kat badan dy...semoga syaitan2 yang duk bisik2 kat telinga dy lari...sentuhan jgk leh buat dy tenang...sebab melalui sentuhan perpindahan cas berlaku..

5) the last n the most important...ingatkan dy supaya banyakkan beristighfar...amik wudhuk...baca quran...lau susah sgt...suh la dy tdo..sebelum tdo doakan semoga apabila dy bangun nnti, dy berada dalam keadaan tenang...

Sekadar perkongsian pendapat...byk lagi y kita boleh lakukan tuk tlg kawan y dalam kemarahan...mesti kita sayang kawan kan, so jangan biar dy marah lama2...kerana marah itu datang dari syaitan.....

Semoga Allah redha...
Wallahuallam..





p/s :: boleh tulis blog anytime guna fon :-)

Tuesday, October 2, 2012

Istikharah

Assalamualaikum..

Istikharah...topik hangat bagi orang y nak kawin.. Istikharah dibuat untuk minta petunjuk Allah tentang sesuatu yang ghaib..yang kita xnampak...contohnya: jodoh, sesuatu keputusan, atau ape2 yang kita xtahu dan hanya Allah je yang tahu..

tapi yang paling popular ialah istikharah tentang jodoh..

Aku amik contoh sal jodoh laa..

A guy, ajak a girl kawin...maka the girl xtahu nak jawab apa, maka dy pon istikharah...n dapatlah petunjuk dari Allah yang the guy ialah jodohnya...The gurl pon gitau la the guy..i terima u.. Punyalah hepi the guy ni dgn jawapan the gurl ni.. Pas dapat jawapan tu...both the guy n the gurl berkelakuan macam pasangan kapel la plak...konon-kononnya da komfem laa y this guy/gurl akan jadi suami isteri suatu hari nanti yang xtahu bilaaaa...

Tujuan istikharah adalah membuat sesuatu keputusan yang baik untuk agama.. tapi bila da jadi camni..bukankah istikharah itu telah disalah guna?

Jawapan istikharah bukan tiket dari Allah untuk lelaki n ppuan yang belum berkahwin berkasih sayang sesama mereka..

Bagi aku, jawapan kepada istikharah adalah untuk memberi peluang untuk mempersiapkan diri menuju ke sesuatu destinasi mengikut syariat-Nya... bukan terus terjun sesuka hati tanpa mempersiapkan diri....

Sekadar peringatan kepada diri sendiri n teman2 yang membaca...jangan cemari istikharah yang anda lakukan...

Semoga Allah redha....~