Thursday, July 12, 2012

assalamualaikum :)

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...aku masih punya keluarga yang mengajar aku siapa aku sebenarnya, aku masih punya keluarga yang bercakap terus terang tentang kelemahan dan kelebihan diriku, aku masih punya keluarga untuk mengeluarkan aku dari kekusutan hidup, aku masih punya keluarga untuk bergurau senda....alhamdulillah atas kurniaan ALLAH yang tiada nilainya ini. :)

ma, ahli keluarga yang paling aku sayang...maaf jika ayah dengki..hehe..ma merupakan pendengar aku yang paling setia.... aku amat suka bercerita dengan ma... semua benda pon aku cerita... apa yang paling membahagiakan aku, ma ingat apa yang aku cerita. itu tandanya ma benar-benar mendengar apa yang aku cerita dan luahkan. satu perkara yang ma tak suka ialah aku menangis. sebab bila aku menangis, aku xdapat nak bercerita dengan baik sebab-sebab aku menangis. ma xsuka bila aku senyap, sebab kata ma, senyap tidak dapat menyelesaikan masalah kerana ma tak tahu sebab aku berdiam diri. ma suka dengar ct bercerita kan ma. cerita tentang hidup ct kat maktab, cerita apa yang ct buat, cerita apa yang ct belajar, cerita dengan siapa ct berkawan, cerita ct beli apa, cerita ct pergi mana....hehe...semua pon ma sudi dengar...terima kasih ya ALLAH kerana lahirkan aku dari seorang ibu yang bernama Kamaliah bt Omar. 

seperti mana sifat ibu-ibu yang lain, ma boleh menganalisis setiap anak-anaknya. walaupun tidak menggunakan alatan yang canggih manggih, namun ma tahu dengan detail setiap perkara tersurat dan tersirat tentang anak-anaknya...termasuklah aku :)

suatu ketika dulu, ma kata aku ada ego yang tinggi dalam diri...yup, dulu aku memang ego... ego aku menggunung... ma kata, buanglah sifat itu.... Alhamdulillah, ckit demi ckit aku kikis sifat ego itu...

baru-baru ini, kata ma aku ada sifat baru. kritikal sifat ku ini, iaitu sensitif melampau-lampau...suka sangat merajuk. penyakit ini pelik. aku hanya merajuk dengan keluarga ku sahaja. sensitif plak, dengan semua. ma cakap, buangla sifat itu, ubatilah ia. hurmmm....macam mana nak ubat yer ma? ma cakap, jadilah positif. yup, aku memang seorang yang positif. sampai ada yang cakap, aku ni terlalu positif, sila negatif ckit... hurmm... tapi ma aku lebih paham aku, ada certain thing yang aku sangat fikir negative...mungkin sebab aku jauh dari keluarga, aku jadi sensitif dengan mereka, ada cas negatif yang keluar bila ada masalah...tapi entahlah...

aku harap sangat-sangat dapat buang penyakit ni. sebab penyakit aku ni telah guriskan hati orang-orang yang aku sayang.

ma, doakan ct jadi seorang yang positif dan tidak sensitif.....

ma, doakan ct agar jadi anak yang solehah...

ma, doakan ct agar jadi orang yang berguna..

ma, redhalah atas segala yang ct lakukan...

ma, maafkan ct atas segala kesalahan...

ma, demi ALLAH ct sayang ma.

terima kasih ma :')







p/s: baru pas cakap fon dengan ma....salah satu pesanan ma, buang sifat negatif...ct cuba ma :))

senyum tawar

assalamualaikum....

senyumlah :)

...... :)

Monday, July 9, 2012

doaku untukmu

bismillahirrahmanirahim

aku melafazkkan doa sekudus kasihku

ya ALLAH
jagalah sahabatku dikala penjagaanku tak sampai padanya
sayangilah dia di kala rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata
perhatikanlah dia di kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja
kerana Engkau punya segala yang ku pinta
kerana ku ingin dia selalu menjadi sahabatku di dunia 
dan harap bertemunya di syurga
aameennn.....

Saturday, July 7, 2012

Friday, July 6, 2012

mujahadah itu PAHIT
kerana SYURGA itu manis 
:))

it's okay not to be okay

I stare at my reflection in the mirror
"why am i doing this to myself?"
losing my mind on a tiny error
i nearly left the real me on the shelf

don't lose who you are 
in the blur of the stars!
seeing is deceiving, dreaming is believing
it's okay not to be okay

sometimes it's hard to follow your heart
tears don't mean you're losing
everybody's bruising
just be true to who you are



assalamualaikum :))


ini sebahagian daripada lirik lagu who are you - jessie j
aku xsuka lirik dia yang len2...suka part ni ja...
hehe..xpe kan... :))

apa yang aku faham dari lirik ni, (mengikut kefahaman diri sendiri)

jangan disebabkan satu kesilapan, kita terus down. 
well, its okay to get down...but you have to get back up
it's doesn't matter of time 
whether you back up fast or slow
but the most important is
YOU GET BACK UP!!

one more thing
IT'S OKAY NOT TO BE OKAY
JUST BE YOURSELF :))


Sunday, June 24, 2012

lihatlah lihatlah

lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur

biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
kerana ku yakin masih lagi mampu 
bernyawa dengan sebelah jiwaku...

meskipun hatiku berderai bagai kaca 
ku kutip serpihannya dan cantumkan semula



ASSALAMUALAIKUM :)

sedikit intro kat atas...part of lagu jacquelin victor -sebelah jiwaku-
aku dengar lagu ni atas bas time on the way ke pusat sains negara ri2... terdetik plak nak hayati liriknye...some part of the lirik is so inspiring..so terus aku tanya kawan-kawan ape tajuk lagu ni... maka, aku pon berkenalan lah dengan lagu ini...

apa yang aku faham dari lagu ni:

1. even kita dikecewakan atau kecewa dengan seseorang atau sesuatu, kita rasa down sangat, tapi kita kena kuatkan semangat suapaya benda tu tidak buat kita down terus...

2. even da down gile, cari balik kekuatan tuk bangkit kembali....ALLAH sentiasa tolong hamba-NYA yang mencarinya...carilah ALLAH, nescaya DIA akan bantu kita dengan pelbagai cara :)

3. contoh, kita kecewa dengan kawan kita sebab dia tipu kita...part of ourselve doesnt believe her anymore...but, dont destroy the relationship...try try n try to gain the trust again even 1%...jika trust is the only reason to be fren with her, rugi je persahabatan n memori yang telah dicipta bersama-sama... (entah ape2 aku merapu)....POINT aku ni merujuk 'bernyawa dengan sebelah jiwaku' :p

4. even kita patah hati, cantumkan balik hati kita....that's better than leave it scatter around helplessly...(aku nk cakap, berterabur xder faedah sebenarnya :p)



moral of the story 1... never give up 

moral of the story 2.... amik yang baik, buang yang buruk (lagu ni kan cam tuk orang patah hati sbb bercinta, change the cinta part k)


that's all for now :)