Tuesday, May 8, 2012

saya ingin berteman kerana ALLAH

"saya menyeru agar mantapkanlah diri dengan agama agar kamu semua tidak mudah tertipu dengan ancaman musuh. Pilihlah teman yang baik. jauhkan diri daripada menjadikan syaitan sebagai teman atau berkawan dengan mereka yang mengikut perangai syaitan"

"sesiapa menjadikan syaitan sebagai temannya, maka (ketahuilah) dia (syaitan itu) ialah teman yang sangat jahat" 
(surah al-Nisa ayat 38)


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...:)

lama tidak menulis di blog kesayanganku ini.... turutkan hati memang malas hendak menulis, tetapi ada sesuatu yang bermain-main dimindaku....tidak tahu ke mana hendak diluahkan perasaan yang terbuku ini...

teman, sahabat, kawan, friend dan sewaktu dengannya adalah istilah yang diberikan kepada orang yang akrab dengan kita, yang pernah menghiasi kehidupan kita, samada lama atau seketika....


terdapat dua jenis persahabatan iaitu bersahabat kerana berkepentingan dan bersahabat kerana ALLAH...

bersahabat kerana kepentingan diri iaitu samada untuk suka-suka, menghilangkan bosan, mendapatkan manfaat samada dari segi ilmu pelajaran, duit, kebahagiaan dan lain-lain....persahabatan seperti ini boleh diibaratkan seperti apabila habis madu sepah dibuang....apabila kita telah mendapat manfaat yang diingini, kita 'membuangnya'....perkataan 'buang' ini bukan bermaksud tinggalkan dy....tetapi, buang perasaan kepadanya. 

contoh 1: kita berkawan dengan A, (sama jantina).....kita lepak, blajar sama2, main sama2....sehinggalah sampai suatu ketika, si A xnak lepak sama-sama, xnak belajar sama2, n xmain sama-sama lagi....kita sebagai kawan si A, just meninggalkan dia...tidak kisah samada dia ada atau tidak....sebab dalam benak fikiran berkata "masih ada lagi kawan yang len yang boleh lepak, blajar n main sama".... 

situasi atas ni siyesly banyak berlaku....even pada kehidupan saya sendiri....kenapa hal ini berlaku?? kerana attachment pada hati itu tiada....kita berkawan hanya demi kepentingan sahaja...

contoh 2 : kita berkawan dengan A, (sama jantina)...kita sayang sangat kat dy....bila dia tiada, rasa kosong je hidup hari tu...bila dy ada boleh menceriakan suasana....kita share suka dan duka dengan dy...lau ada masalah, kita selesai sama-sama. memang sahabat baik lah....memang ngam sangat2 dengan A...tapi pada suatu hari...kita melihat si A membuat kesilapan (tidak menutup aurat)...si A selesa dengan keadaan dy yang membuat silap...kita sangat-sangat mahu menegur perbuatan si A, tetapi tidak sampai hati untuk menegurnya kerana bimbang si A akan terasa hati, xmahu persahabatan terjejas sebab teguran tentang perkara sensitif itu. lastly, kita hanya membiarkan sahaja keadaan si A itu...

situasi kedua ini pon banyak berlaku....attachment pada hati ada, kepentingan diri diketepikan....memang berkawan dengan penuh perasaan cinta n sayang kat sahabat kita....tapi sebenarnya, persahabatan seumpama ini kekurangan kemanisan iman....

contoh 3 : kita berkawan dengan A, (sama jantina)....kita sayang kat dy...bila dia bersama kita rasa bahagia. bila kita berjauhan, kita sentiasa ingat kat dia...kita saling berhubung, sms, fb, kol tanpa ada rasa jemu...walaupun kadang-kadang kesibukan melanda kita, sehingga tidak dapat bersms,fb n so on...tapi kita tetap ingat kat dy dan doakan dy sentiasa....tika bersama nasihat-nasihat menjadi perkara biasa, jika ada kesalahan, ditegurnya dengan berhemah....diselitkan sedikit kalimah-kalimah ALLAH, hati mulai menjadi tenang dan terus terikat....ayat-ayat cinta sayang sentiasa meniti di bibir....uhibbuki fillah abadan abada <3.....berpisah kita di dunia hanya sementara insyaalah kita berjanji untuk bersahabat dan berjumpa di akhirat sana....

situasi ketiga....manisnya sebuah persahabatan...ini bukan fantasi...ini adalah realiti....

jika kita bersahabat kerana ALLAH, tiada apa yang dapat memisahkan hati kita. teguran itu perkara wajib jika kita sayang sahabat kita kerana ALLAH...sebab kita nak masuk syurga sama-sama dengan dy...berkawan sehingga ke syurga, bukan berkawan sehingga mati sahaja....kerana masih ada kehidupan lain selepas persinggahan kita di dunia................

nak memulakan satu persahatan yang kekal abadi, kita kena tengok tujuan asal kita berkawan dengan dy...buanglah segala kepentingan diri....gantilah dengan kasih sayang....kemudian kasih sayang itu kita tambah dengan kemanisan iman...insyaallah....kita berkawan dengan dy selamanya.....


Thursday, April 12, 2012

MY AWESOME PBS

ASSALAMUALAIKUM :)
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
papehal pon kena bersyukur k :)

just wanna share my awesome PBS for this semester
even crita PBS da lapuk, tapi aku nak jugak cerita...
bweeekkk :P <---CB yang ajar

well masa kat PBS ri2 kat SK Kem
aku jumpa kawan-kawan yang AWESOME
pengalaman yang AWESOME
kenangan yang AWESOME
siyes, this is the best PBS ever...

semua jadi best, bila kita jumpa orang yang best
yup, aku jumpa orang yang AWESOME
siyes AWESOME
sekepala, 
sejiwa,
serasi,
se se se n se...
semua lah
yang pasti best


AWESOME PUPILS :)


CIKGU TENGKU, CIKGU AZAM, CIKGU RAMADHIL, CIKGU HADI, CIKGU SYAFIQ & CIKGU ASRAN
they are AWESOME...SIYESLY

dari blakang : MISS RUSYI, MISS HANA, MISS SYIKIN, MISS SUHANA
depan : me, CIKGU HASYIKIN, CIKGU FIQ, CIKGU FIQAH & CIKGU ZATI
siyesly, diorang BEST!!

aku xtahu camna nak cerita betapa best nye PBS aku kali ni...tapi yang aku tahu ianya memang AWESOME & BEST GILER...
bila hari last PBS, semua jadi senyap daripada kebiasaan (biasa bising xleh nak cakap)...bila berpisah dengan diorang, rasa still ada satu ikatan yang mengikat kami semua. sehingga, nama diorang xpenah lekang dari bibir..duk cerita je sal PBS...duk cerita sal kawan2 yang jumpa kat sana....lam sehari, for sure lah aku akan kacau salah seorang or semua kawan2 PBS ngan SMS...(well, byk kredit kan...haha)...
jadi kamcing plak ngan diorang...siyes aku sedih bila berpisah ngan diorang...(bukan aku sorang je sedih, semua k...kang silap paham lak)....

aku jarang or maybe da lupa bila kali terakhir aku rasa sedih bila berpisah dengan seorang kawan...insyaallah, aku akan jaga persahabatan kita ni selamanya, 
bak kata azam "aku xse hile puak mg, aku akan cari pah kesut" ....terbaik ah kata2 ni...aku pegang kata2 ni :)

hope to meet u all again soon...
love u n miss u all :)

Wednesday, March 28, 2012

KAWAN

KAWAN....

dia hadir sebagai penyeri

untuk hidup yang lebih bererti



KAWAN

dia hadir silih berganti

ada yang kekal

dan ada yang pergi

kawan sejati sukar dicari



KAWAN

berjoli banyak sekali

ketika senang semua disisi

ketika susah semua menyepi

ketika sakit tiada menziarahi

ketika mati baru mencari



KAWAN

jangan kita jadi begini

semoga persahabatan kita kekal abadi....:)






p/s :: sedang diperhatikan oleh che nor ketika menulis entry ini :)..che nor cakap, nak bace terus, pasni xperlu buka dah blog aku :P...bek punya alasan...ehehhe

Tuesday, March 27, 2012

selagi mampu :)

assalamualaikum :)

alhamdulillah mampu celik mata lagi even badan xsihat...:)
alhamdulillah mampu tersenyum lagi, even muka panas...:)
alhamdulillah mampu bergerak lagi, even keletihan... :)

"sesungguhnya ALLAH tidak akan bebankan ke atas aku semua kerja ini jika dia tahu aku xmampu"

disebabkan aku mampu buatlah, aku terima semua kerja ni... selagi mampu bergerak n berada dalam keadaan sedar. dengan kudrat yang ada, akan aku usahakan jua semua kerja ini siap pada masanya.... 

sekarang just kena fikir positif, jangan dilayan kepenatan...keep smiling even muka da pucat n panas....sabar sabar sabar....semua ni ujian yang ALLAH beri untuk tahu sekuat mana mampu tahan kesemua ni...:)

sebab aku kuat, aku mampu buat. aku kan strong :)

usaha tangga kejayaan...

caiyookkk fatimah

you can do it... :)




p/s :: jom sambung kerja :) 

Friday, March 23, 2012

just love this song :)

adalah salah aku talkative sangat jika aku pakai tudung labuh???

adakah aku perlu bertudung seperti kamu untuk menjadi talkative??

adakah aku perlu senyap mendiam seribu bahasa kerana aku memakai tudng labuh??

they just don't know me...

aku maafkan kamu~

aku maafkan kamu

tak perlu kita bertemu

cukup kau tahu

yang aku

maafkan kamu

tolong teruskan hidup

jangan sebut namaku.....~