Saturday, November 26, 2011

Aiman Azlan - remaja muslim ideal

assalamualaikum :)

tyme dekat-dekat exam hari tu, pas bosan study, pas letih study, time-time rehat aku selalu dengar vlog sorang hamba ALLAH ni iaitu Aiman Azlan kat youtube. siyes aku suka cara dy, dy berdakwah dengan cara yang mudah, aku suka dengar dy berceloteh, dy beri nasihat, dy berceramah, dy bagi motivasi...alhamdulillah, setakat ni aku xnampak lagi benda buruk tentang dy.

one of his video entitle with "Remaja Muslim Ideal"....well tajuk tu dekat ngan kita, dekat ngan aku, dekat ngan remaja. dy ada point yang kukuh, simple n mudah difahami untuk mewujudkan remaja ideal muslim. aku kat cni just nak point out balik je apa yang dia cakap.

an ideal muslim youth is the one who.....

1. is aware

"hari pembalasan semakin hampir tetapi mereka masih lagi lalai" (al-anbiya, ayat 1)

aware yang kematian sentiasa menghampiri kita
aware yang syaitan sentiasa ada menyucuk kita untuk melalukan dosa


2. has shame

 "sense of shame is the major ingredient in modesty"

tidak malu dalam belajar. tidak malu untuk bertanya soalan sensitif selagi untuk mendapatkan ilmu
malu untuk melakukan dosa. 


3. is grateful (bersyukur)

selalu complain benda yang kita tak ada. bersyukur la dengan apa yang ada

"ummah rasulullah saw adalah umat yang bersyukur"

"peliknya muslim ni, semua benda pon bagus, apabila datang benda buruk, dy bersyukur, dan apabila datang benda yang buruk, dy akan bersabar, kedua-duanya adalah baik baginya, orang ini adalah orang yang beriman"


4. is patient (sabar)

sabar bila benda buruk datang
sabar untuk avoid benda yang haram
sabar untuk meneruskan buat benda yang bagus (istiqamah)


5. is responsiple


6. has compassion (mercy / rahmah / kasih sayang)

"ideal muslim share the knowledge not shout the knowledge" 

"kalau saya yang jadi sebab orang lari dari islam, betapa teruknye aku!!"

7. is forgiving

"you have to forgive and forget"

"forgiveness is like pemadam, sebab dengan forgive, terus hilang"
"orang yang memulakan maaf itu adalah lebih baik"

"jika ada dendam dalam hati, lepaskan lah :)"

"mak ayah, i love u"


8. is respectful

"two way relationship, lau nak dy respect ko, ko kena  respect dy dulu"

respect kepada parents : seluruh hidup kita xmampu nak balas 1 jasa parents kita
respect kepada guru2
respect kepada kawan2 : adalah menjadi sunnah untuk bagitau kat kawan kita i love u :)


9.serves (berkhidmat)

belajarlah ilmu agama dengan seorang cikgu bukan dengan buku
jadilah pakar dalam kerjaya anda


10. choose good company

"kawan yang baik bukan kawan yang memuji, tetapi sentiasa menegur apabila kita membuat salah"

"mengatakan yang benar walaupun pahit"



sekian, terima kasih :)

Maisyah Sufiyya

assalamualaikum :)

dapat anak sedara baru. perempuan. nama dy Maisyah Sufiyya binti Mustafha :)

fairy tail & bleach

assalamualaikum :)

kesibukan melanda sejak dua menjak ni. tapi alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berguling-guling, bermain-main, ber ber n bermacam-macam lagi lah :). konon-kononnya busy sampai fb pon aku deactivate :P hehe.. 

persoalannya, apa yang busy sangat tuh?? jawapannya. aku busy tengok bleach hari-hari. hehe...sabor je lah ea. aku ni memang x habis-habis ngan katun. nak cakap muka cam katun pon cakap lah. nak cakap aku hidup dalam dunia imaginasi pon cakap lah. tu je yang aku suka, nak buat camne kan. 

tapi,  tak kan laaa sampai deactivate fb?? deactivate fb tu sebab aku xnak fb jadi penghalang untuk aku download fairy tail.. aku ni jenis, bila da berFB, huh, xpandang kiri kanan daa... i know, that's my bad habit :( tapi again aku nak cakap itulah aku. point aku kat cni, aku deactivate fb sebab bagi laluan kat line tenet yang xbrapa kuat ni untuk download fairytail. bermula dari episod 42 sehingga 106. ada lah dalam 64 episod. tapi lau nak total up sampai habis cuti, 70 episod lah kot. sekarang aku da berjaya download sampai episod 62. ada 50 lagi. fuh.......kuat semangat aku nak download semua tu kan :P

bleach......banyak la jugak amik ngan akmal hari tu. ada la dalam 300++ episod...... satu episod 20 minit. 300 darab 20 sama dengan 6000 minit bersamaan 100 jam. 100 jam tu, dalam sehari aku mengadap bleach lebih kurang 3 jam kot. so, amik masa 33 hari untuk tengok semua sampai habis. sambil2 tengok bleach, aku download fairytail. kira ok lah tu kan... 

selain masa 3 jam tu, aku buat la mende2 len. tengok dunia, tengok muka ma n ayah aku, layan anak buah aku, kacau adik aku, buat kerja rumah ckit2 (bajet rajin) n sewaktu dengannya. busy kan aku hari2..huhu.. 

fb tu, tunggu lah dulu...bila aku rasa bosan ngan bleach n xnak download fairy tail, boleh la nampak aku on9 fb k.. rumput hijau bercuti dari fb jap :P




p/s:: hari ni cuti mendownload fairy tail

Wednesday, November 23, 2011

HERO >> solat

Assalamualaikum 

Alhamdulillah idea untuk menulis datang lagi. Selepas sebulan lebih tak menulis di blog bucuk ni. Sebelum terus ke agenda seterusnya, just nak berkongsi kegembiraan hati aku di sini yang bahawasanya aku da habis final exam. Dan sekarang aku sedang bercuti bersenang lenang di rumahku syurgaku. Alhamdulillah.. 

###################

Novel HERO karya Hilal Asyraf sangat-sangat menarik perhatian aku. Walaupun, kadang-kadang aku tergeleng kepala sorang2 membaca novel ni dek kerana imaginasi penulis yang kadang2 tak masuk akal. Tapi aku tak ambik peduli. Apa yang aku suka tentang novel ni ialah tentang tarbiah yang cuba disampaikan oleh penulis. 

TARBIAH ISLAMIAH. Itulah yang cuba disampaikan daripada penulis. Cara membentuk seorang muslim yang sejati. Bukan sekadar dari segi luaran malahan dalaman sehingga muslim sejati itu mengeluarkan aura yang luar biasa yang mampu memikat orang-orang yang berada disekililingnya. Subhanallah. Sungguh berbeza seorang muslim sejati. Kehidupan bersaudara antara muslim-muslim ini, walaupun tidak mempunyai pertalian darah namun ada satu lagi pertalian yang menyambung mereka iaitu pertalian KEIMANAN. Subhanallah indahnya dunia ini jika semua manusia pon begitu. Indahnya jika dunia ini disatukan dengan jaringan keimanan. 

Suka untuk aku tulis semula di sini, ayat-ayat yang amat bermakna, yang boleh dijadikan sumber inspirasi

 :: SOLAT ::

“Solat adalah titik rehat kita dalam kehidupan”

“Kita sebagai hamba ALLAH SWT, hidup di atas dunia yang penuh ujian. Maka solat adalah perhentian-perhentian rehat kita dalam mengharungi dunia ini. Kita mulakan hari dengan solat, berhubung dengan ALLAH penuh khusyuk, memohon kekuatan dan meminta hariini akan berjalan dengan baik, dan di tengah-tengah perjalanan kita, ada lagi solat untuk kita yang melalui kehidupan penuh pancaroba ini berehat, menenangkan jiwa, mengumpul kekuatan bagi meneruskan perjalanannya dalam ketaatan kepada ALLAH. Sebelum tidur, kita solat Isyak, mengharapkan ALLAH mengira hidup kita pada hari ini, dan memohon agar Allah memberikan kita kekuatan untuk hari esok”

“Manusia ini lemah, Encik Afam. Tidak berkuasa. Kita perlukan ALLAH. ALLAH YANG MAHA BERKUASA. ALLAH MAHA MENGETAHUI, maka diberikan solat sebagai titik semakan untuk hamba-hamba-NYA”

“Solat tanda kita mengabdikan diri kepada ALLAH. ALLAH mendidik manusia agar tunduk dan sujud kepada-NYA dengan cara yang tertentu, bukan semberono. Menjadi Muslim ada disiplinnya. Iman dibuktikan dengan amal. Solat adalah terjemahan kepada praktis Islam itu sendiri. Kita tidak beriman hanya dengan kepercayaan. Iman dibuktikan dengan amal. Maka yang tidak solat, samlah dengan tidak mempercaya. Walupun di dalam dirinya mengakui bahawa dia beriman kepada ALLAH SWT”


best kan cara Hilal Asyraf terangkan tentang solat. aku terpesona jap..hehe...

Friday, November 4, 2011

4exam vs kartun

assalamualaikum :)
alhamdulillah masih hidup hari ni... alhamdulillah aku masih bersemangat macam biasa walaupun ramai kawan-kawanku da balik n sampai kat kampung masing2. alhamdulillah jugak, insyaallah jap ag akan sampai giliran aku plak untuk balik kampung :) hepi hepi hepi....hehehe

next week aku akan start exam............ 
10/11 nanti aku amik paper Murid & Alam Belajar. cam menarik je kan tajuknya..... study mende ni memang best (best ke =.=" ??).... MAB just teori je...teori itu dan ini...sangat banyak teori-teori yang kena ingat n tahu n hafal.... siyes aku cakap, aku ni bukan spesis jenis suka membaca. setiap kali aku cuba baca/study MAB, mesti mata ni layu....ngantuk bangat jadinya... xtahu nak buat camne daaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....


15/11 aku exam geometry.......sebab ni memang major aku. aku xrisau sangat, sbb insyaallah aku boleh study. ada part yang aku kena ingat ckit2, tapi ada gak kira-kira, so aku boleh study dengan hepinya. insyaallah....lecturer pun banyak membantu, lau xpaham, boleh g study kat jabatan math :)....lau xpaham, boleh tanya kawan2, lec, senior....syukur aku dikelilingi orang yang dapat membantu aku :)

16/11 aku exam decision math..... sejak dua menjak ni, ni subjek feveret aku. lec tuk subjek ni (En. Azman)sekarang bercuti tuk amik PhD.... so, memang kena study sendiri. tapi sebelum bercuti, en. azman da prepare nota2 n soalan2 tuk ready exam nanti... n semua2 tu sangat2 membantu :) terima kasih sir....:) n xlupa gak en.hawan yang ganti en.azman habiskan silibus. en.hawan bek sangat2 tau....lau xpaham, boleh g tanya dy, boleh mintak skema jawapan dari dy...hehehhe....subjek ni satu2 nya subjek yang aku study sekarang...sebab best sangat2 ^_^

17/11 aku exam pergerakan asas...... xbanyak sangat kena baca...n ianya x seboring MAB....so aku xrisau sangat. lec pon banyak membantu. thanks Puan Piria :) 

sibuk aku duk cakap aku exam paper itu dan ini, tapi sekarang ni...aku xhabis2 tengok kartun. BLEACH. padahal aku da baca cerita dy, sekarang nk tgk plak...da la tengok untuk kali kedua....apa nak jadi ngan aku ni....aku pon xtahu...study malas, ngantuk, lapar tapi bila tengok katun ngantuk pon hilang, rajin jadinya.......teruk betul aku kan.... aku xtahu nak buat camne....aku da sampai tahap risau da dengan exam ni...lebih2 lagi untuk paper MAB....bila nak start baca ni??? orang len da habis study tau x!!

tolonglah fatimah weeiii, sedar2 laa...........

doakan aku bersemangat untuk study yer....huhu





habis exam boleh cuti............. sarawak wait for me plizz








p/s : aku tgh tgk bleach skrang :p

Sunday, October 30, 2011

bad n good

never reject anybody in your life

because 

good people give us happiness

and

bad people give us experience

both are essential in life


sakit main

assalamualaikum :)

alhamdulillah....walaupun dalam keadaan tanganku sakit, masih mampu lagi menaip di sini :) 

sejak 2 menjak ni, aku asyik sakit je. sakit hasil daripada main n letih. tapi masa main ri2, aku buat xkisah je sakit yang datang sebab terlalu semangat nak men, terlalu semangat nak menang, terlalu semangat nak kalahkan orang sampai otot2 dalam badan dah xtahan pon still lagi nak push push n push...mintak maaf badan...huhu

memang la orang tengok game yang aku men ni cam senang je, "alaaa guna tangan je pon, xletih la" tu lah yang biasa aku dengar. tapi hakikat yang sebenarnya game ni guna satu badan. gerak sana sini. tangan xyah cakap la kan. aku nak cakap sal kaki, sape cakap men pingpong xguna kaki?? sape cakap men pingpong x berpeluh? sape cakap men pingpong xmencabar langsung?? mencabar men benda ni, serius.....


kaki banyak guna dengan bergerak sisi, tyme nak balas balik dengan power, tyme nak amik bola (of course la kan). lau aku yang men, aku banyak melompat (selain daripada gerak sisi)..tyme nak smash, urghhh, susah nak describe nape aku lompat...tapi kepuasan itu ada bila lompat tyme smash n bola jadi laju, nk masuk plak tu n lawan xdapat amik....puas hati gila tyme tu.....n rase nk buat lagi lagi n lagi....

muka puas..hehe

tapi semua itu ada harganya, lau x warm up (aku lah tu), badan xyah cakap lah sakit...cross satu badan sakit, tangan kanan, kaki kiri. tu da jadi benda biasa kat aku. lau salah main, tangan kanan, kaki kanan yang sakit. kaki yang sakit biasanya kaki yang bertahan . (ni aku cakap aku tau, bukan orang len)...tyme sakit tu lah aku cari mak aku, ngadu sakit sana sini....hehehhee....boleh manja2 ngan maaa...tapi lau duk jauh, aku tahan sorang2 je sakit tu... huhu

well, aku da ada ubatnya untuk sakit2 itu....lau sakit, sapu or makan je...insyaallah, sembuh :) then boleh sambung men lagi....ehhehe...suka hati :)
sapu la ubat ni tempat yang sakit