Sunday, October 30, 2011

sakit main

assalamualaikum :)

alhamdulillah....walaupun dalam keadaan tanganku sakit, masih mampu lagi menaip di sini :) 

sejak 2 menjak ni, aku asyik sakit je. sakit hasil daripada main n letih. tapi masa main ri2, aku buat xkisah je sakit yang datang sebab terlalu semangat nak men, terlalu semangat nak menang, terlalu semangat nak kalahkan orang sampai otot2 dalam badan dah xtahan pon still lagi nak push push n push...mintak maaf badan...huhu

memang la orang tengok game yang aku men ni cam senang je, "alaaa guna tangan je pon, xletih la" tu lah yang biasa aku dengar. tapi hakikat yang sebenarnya game ni guna satu badan. gerak sana sini. tangan xyah cakap la kan. aku nak cakap sal kaki, sape cakap men pingpong xguna kaki?? sape cakap men pingpong x berpeluh? sape cakap men pingpong xmencabar langsung?? mencabar men benda ni, serius.....


kaki banyak guna dengan bergerak sisi, tyme nak balas balik dengan power, tyme nak amik bola (of course la kan). lau aku yang men, aku banyak melompat (selain daripada gerak sisi)..tyme nak smash, urghhh, susah nak describe nape aku lompat...tapi kepuasan itu ada bila lompat tyme smash n bola jadi laju, nk masuk plak tu n lawan xdapat amik....puas hati gila tyme tu.....n rase nk buat lagi lagi n lagi....

muka puas..hehe

tapi semua itu ada harganya, lau x warm up (aku lah tu), badan xyah cakap lah sakit...cross satu badan sakit, tangan kanan, kaki kiri. tu da jadi benda biasa kat aku. lau salah main, tangan kanan, kaki kanan yang sakit. kaki yang sakit biasanya kaki yang bertahan . (ni aku cakap aku tau, bukan orang len)...tyme sakit tu lah aku cari mak aku, ngadu sakit sana sini....hehehhee....boleh manja2 ngan maaa...tapi lau duk jauh, aku tahan sorang2 je sakit tu... huhu

well, aku da ada ubatnya untuk sakit2 itu....lau sakit, sapu or makan je...insyaallah, sembuh :) then boleh sambung men lagi....ehhehe...suka hati :)
sapu la ubat ni tempat yang sakit

Thursday, October 27, 2011

permainan budak2 bukan permainan kanak2

syarat permainan budak2 hanyalah satu iaitu seronok (fun). tidak perlu mengikut TGFU atau seangkatan dengannya yer. barang-barang yang diperlukan pula hanyalah apa yang ada disekeliling budak2 tersebut sahaja. tidak memerlukan skittle, wisel, stopwatch dan sewaktu dengannya. tempat bermain pula dimana-mana sahaja tidak kira kawasan berpasir, berumput, bersemak dan sebagainya. kategori permainan pula adalah bebas tidak terikat dengan pukulan/padang, serangan/kawasan, dan lain2.

contoh permainan budak2 (yang aku penah men dulu)

1. main sorok2 <---paling femes dikawasan aku

alatan yang diperlukan hanyalah kaki dan suara. menyorok n duk senyap2, yang mencari, cari lah sampai jumpa n sebut je nama orang yang dijumpai. betul x men g2?? hehehe... permainan ini boleh dimain dimana-mana, boleh menyorok dimana-mana, dalam semak, bawah rumah, bawah kereta (kalau muat), atas pokok n lain2 lagi. xde batasan waktu, tetapi lau parents da panggil kena stop ah. kira-kiranya suara parents tu wisel penamat permainan. yang penting masa men seronok (menepati syarat permainan budak2).
tyme aku men dulu, untuk menentukan siapa yang perlu menjadi pencari, kami nyanyi lagu ni

"basikal yati pecah tiub, mari kita main nusuk"


2. main buaya-buaya

permainan ini juga tidak memerlukan alatan. just perlukan kaki aje. men lari2 dikejar oleh "buaya". si buaya perlu kejar pemain lain dan mencuit salah seorang, siapa yang kena, tiba lah gilirannya pula menjadi buaya. game ni ada kawasan darat(selamat) yang mana, buaya xleh sentuh pemain yang berada kat darat. hehe..sabo je lah tyme pemain duk kat darat. penat men game ni sebab memang lari seikhlas hati. lau jatuh, xnangis, terus bangkit n sambung lari. sebab terlalu seronok n khusyuk :) . permulaan game ini adalah dengan menyanyi lagu ni

"bo bo boyo, bo boyo ekor panje, mung nak jadi ko xse"


3. main tuju aka pekong selipar jepun :)

seangkatan dengan permainan ini ialah permainan tuju tin. sape xpenah men game ni memang rugi ah. rugi sangat2. sebab best wooo...menguji kecekapan minda menyusun strategi, kekuatan fizikal, ketepatan balingan etc. hahaha....dah nama permainan pon ada selipar atau tin, alatan yang diperlukan pon benda tu lah...cara men, panjang plak lau aku describe kat cni, apakata kita sama2 mengimbau kenangan tyme kita men dulu2...ok, pejam mata, try imegin anda berkaki ayam, ready untuk baling selipar nun jauh dihadapan, aim betul2, betul2 aim, aim lagi, aim aim aim, 'pap' baling...xkena pon...hahahhaha....siyesly xcukup men tyme kecik2, sekarang pon aku n the geng still men jugak game ni kat IPT...xcaye??percaya lah :)


4. men getah

ni game budak2 perempuan, tapi ada gak lelaki yang men. malah lagi terer dari budak2 perempuan. ok, men getah ni alatan yang diperlukan semestinya lah getah yang disambung-sambung menjadi panjang. getah itu, boleh dikutip atau dibeli 20sen. 20 sen beli memang boleh buat tali getah yang sangat2 panjang da. men getah ni banyak versinya. ada versi tali getah tegang, ada versi tali getah kendur, n ada versi 2 getah tegang.

tali getah tegang :: pemain kena lompat melepasi getah, mula dari aras rendah(tanah), semakin tinggi, semakin semakin tinggi, lagi tinggi, tinggi dan paling tinggi(berdiri angkat tangan). makin tinggi makin susah la maknanya. 

tali getah kendur :: men lompat2 gak. xpandai aku nk describe camne. tapi game yang ni ada lagu. banyak lagu. ni yang aku nyanyi dulu (jgn pelik yer)

"blue black ikan konset, c B I B O bo, air endego ustat tali bear, one two three" (ada versi inggeris betul2, tapi aku xtahu, huhu)

"rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba, A awak, B budak, C cantik, awak budak cantik)

"ibu bapa saya sangkit, lengkas-lengkas berjumpa doktor..................~" (xingat da)

(sapa2 tahu lagu versi yang betul, sila dan tolong gitau ea)


5. main guli

budak2 laki yang men game ni. aku cakap terus aku xreti men ni. selalu tengok spupu2 aku men dengan kawan2 nya. men punya men sampai dapat simpan  satu baldi guli. memang terer ah spupu aku men.

letih aku nak recall 5 game budak2, next tyme la plak...huhu
lau ada game2 yang korunk men tyme kecik2 dulu yang len dari yang atas ni. sama2 lah share ea...
tersangat ingin mengimbau kenangan indah zaman kanak2 :)

Wednesday, October 26, 2011

koleksi cerita amar





olla problem

problem are like washing machine
they twist us
spin us
knock us around
but in the end
we came out
cleaner, brighter and better
than before
:)

Tuesday, October 25, 2011

andai :)

“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….


Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

tolong gitau dy

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
 
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
 
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
 
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
 
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
 
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
 
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
 
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
 
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
 
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
 
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
 
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
 
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
 
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
 
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
 
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
 
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
 
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
 
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
 
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
 
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
 
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
 
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
 
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
 
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Monday, October 24, 2011

ma & ct

assalamualaikum :)

(aku versi ct)

****************************************
petang semalam, aku baring atas paha ma sambil men cantum2 origami. ma membuka kata-katanya dengan bertanya apa yang aku buat. dengan muka yang penuh ceria dan excited, aku gitau ma sal origami bola itu. ma hanya tersenyum n mengangguk-angguk mendengar kata-kata aku. selesai aku bercerita, ma bertanya sesuatu kepada aku

"ct sedih ko ct xdok gewe?"

hah??!! terkejut aku dibuatnya, hehehe...tapi cam biasa aku buat muka rileks..

"ma, ct xsedih ckit habuk pon. ct lagi suko kalu xdop gewe sebab ct boleh saem blako nga laki n pue :)"

"ma nak tahu x, saem2 ct xprasan pon ct putus ngan 'tut' mulo, sebab ct hepi jah sokmo2 :)"

"biasanya, kalu ct sedih, saem2 ct akan prasan, tapi ni, ct xsedih ckit pon, hepi ado lah :)"

"ma, xyoh risau la. ct ok2 je :)"

ma hanya mendengar kata-kata aku. kemudian ma bersuara

"kalu g2 gak bagus la, ct xyoh lah sedih kalu xdop gewe deh...."

rasa nak gelak guling-guling bila aku dengar ma aku cakap camtu...

"hahahahha, lawak la ma nih, ct xsedih la ma. ct lagi suko ado lah. ct boleh saem lako, boleh tubik nga sapo2, boleh g mano2 n nga sapo2...ct suko g2 ma...hehehe....xpetim pon gewe :)"

ma senyum je

"bagus la ct pikir g2, saem lah blako2. jodoh ni, ALLAH tetapkan doh. nanti sampai masanya, akan ada orang yang sesuai untuk ct, ct jangan sedih2 deh"

aku senyum lagi sambil menahan gelak

"urrmmm, betul tu ma, ada la nanti kae. hehe :)

ma menggerak-gerakkan pahanya

"bangun2, paha ma letih doh..ma nk g make nasi"

pinta ma aku supaya aku bangun dari tido di atas pahanya.

"xse bangun, nk tido cni lagi...hehehe" 
saja nak ngusik ma kesayanganku ini

"ma nak make nasi ni ct, ma lapar"

pinta ma ku lagi

"ct xse wi ma make...heheehe"

aku masih dalam mood nak men2 :)

"malah caro eh" ma angkat pahanya n kepala aku jatuh atas karpet. 

"pade muko ct...hahahha" ma aku gelak.

ma bangun meninggalkan aku terbaring atas karpet :)

hati aku gembira sebab ma aku prihatin tentang diri ku. peka terhadap aku. ct sayang ma sangat2 :)

 my only ma :)




p/s: ma nak make sizzling deh, t kito g make deh ma :)