Friday, October 14, 2011

bulan wa bintang :)

assalamualaikum...
straight to the point, this one will be the shortest post maybe
3 malam berturut-turut, aku dongak kat langit n nampak bulan n bintang :)
it's lovely n sangat-sangat cantik
bulan pada 3 malam itu, termasuk malam ini, sangat-sangatlah terang n bercahaya
di samping bulan itu ada kerlipan satu bintang yang cahayanya sangat terang. paling mendapat perhatian. paling bersinar. 
aku tertanya-tanya, adakah aku melihat bintang yang sama pada setiap malam?
bintang itu, sentiasa di samping bulan
subhanallah ciptaan ALLAH
aku xtahu nak cakap ape

aku sangat menyukai kedua-dua ciptaan ALLAH itu
i admire it...that's all
thank you ALLAH for make me staying in this world that belong to YOU :)


p/s :: jom try tido...da kul 5 kot

random thing :)

assalamualaikum :)

hampir setiap hari aku cuba untuk menulis di sini...tetapi disebabkan line internet yang tidak mengizinkan, setiap kali cubaan ku gagal. alhamdulillah, cubaanku pada malam ini berjaya... alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah :)

aku sekarang baru je siap buat boxes tuk pameran math...huh, tak habis-habis aku ni ngan pameran math kan.. tapi tu lah, apa kan daya, da memang tugas aku. dan yang sebenarnya, aku suka buat semua benda alah ni, sebab tak perlu pening-pening dan sakit kepala cam buat math yang len...thanks to Encik Hawan n Puan Azizah for teaching Geometry...hehe

next is....yes, baru2 ni aku dapat satu cara nak lupakan masalah which is by make it fly away :) like that so much much much....sbb sambil masalah terbang, aku boleh happy2 samada ngan kawan-kawan, rumet n even sorang2...hehe

macam mana masalah terbang yer?? meh nak citer camne.........................~

suatu ketika dulu, aku terbeli benda ni...ingat nak bagi kat seorang kawan, tetapi aku tidak berkesempatan untuk beri kepadanya. maka aku gunakan benda tu untuk kepuasan hati aku. hehe. benda itu ialah belon air :) belon buih yang budak2 kecik men dalam bentuk telefon, payung, n batman. n yang aku beli ni dalam bentuk telefon...hehe

aku xmen pon sebelum ni dengan belon tu, tapi selepas dikecewakan oleh kawan ku itu, aku rasa nak terbang, but i cant fly, so, sebagai tukarannya, let my problem n sadness fly :) maka malam tu, aku ajak geng, duk kat kaki lima bilik, tiup bleon ngan aku...thanks fren :) buat belon besar, buat belon kecik buat belon banyak banyak banyak n banyak dan tengok belon itu terbang n pecah POP!!! samalah dengan masalah n kesedihan aku tyme tu, terbang tinggi-tinggi n pecah....then there's no more probs or sad :) 


thanks to this cute thing :)
aku hepi setiap hari :)



p/s:: xtahan xtahan....masalah betul la bila da start xleh tido ni

Saturday, October 8, 2011

kepentingan friend :)

assalamualaikum :)
aku sudah tidak mahu berbicara tentang cinta, kerana cinta asyik buat hati ku berduka. maka lebih baiklah aku bercerita tentang sahabat tercinta kerana mereka pengubat duka lara dan penghibur hati yang kecewa. walaupun antara kita kadang-kala ada tersalah kata, tetapi kemaafan tetap dihulurkan tanpa banyak soal bicara :)

pentingnya manusia bernama SAHABAT dalam hidup kita.
kenapa penting sangat??bukankah keluarga lagi penting?? ya, memang keluarga lebih penting, tetapi sahabat juga tidak kurang pentingnya dalam hidup kita...

kawan penting sebab bila jauh dari keluarga, kita hanya ada mereka (kawan)...mereka la yang jadi family kita. susah or senang, mereka je yang ada dekat dengan kita, selain ALLAH :) 

kawan penting bila study, lau xpaham, boleh tanya mereka.. tyme exam, study same2 mereka. lau xpaham, xpaham same2. lau faham, faham same2 :)
kawan penting bila nak main, selain game komputer, semua game pon kena ada partner...contoh la kan, aku suka men pingpong, memang sah2 lah kena ada kawan...thanks to aiman, slalu sudi teman aku men. satu game lagi boling, xseronok men sorang2, men ngan kawan2 la paling best, ada gak la yang nak bagi kata2 semangat lau bola masuk longkang :)

kawan penting tyme bosan, bosan2 cari kawan. borak2 nga diorang. men2 ngan diorang. gurau2 dengan diorang. manja2 ngan diorang. semua pon dengan kawan, lau duk jauh dari family.




kawan penting bila sedih. lau aku sedih, aku xsuka tunjuk kat kawan depan mata aku. aku xnak diorang nampak aku lemah, aku lebih suka, berkongsi ngan kawan yang jauh dari aku. yang jarang2 aku jumpa, tapi still dekat kat hati aku. mereka dengar je kesedihan aku, try cheer up aku balik. n benda tu berhasil. pas mesej or chatting dengan diorang, mesti aku senyum je :) thanks friend



kawan penting sebagai cermin. sebab kawan reflect diri kita. kawan yang tegur apa kesalahan kita, kawan yang tegur buruk baik kita, kawan yang mencerminkan diri kita. 



dear friend, aku sangat menghargai kewujudan anda semua dalam hidup aku :)
sayang kamu sangat2
uhibbuki/a fillah :)

Tuesday, October 4, 2011

keseriusan projek math :)

assalamualaikum
alhamdulillah hari ini ALLAH turunkan hujan, walaupun baju basah di ampaian namun hujan itu menjadi rezki kepada yang memerlukan...bukan sahaja manusia, bahkan kepada haiwan dan tumbuhan... hehe... syukur2... hari ini hujan (xyah turun padang tuk men bola baling) <--- ini point aku sebenarnya, hehe :) senyum je lah

hari ni tanggal 4 oktober 2011...berbaki 14 hari lagi sebelum menjelang tarikh keramat 19 oktober 2011. iaitu hari pameran math. 
semua pon semakin hari semakin bersemangat untuk menyiapkan bahan-bahan pameran masing. ada yang melakar net, ada yang mencantumkan bentuk, ada yang membuat origami, ada yang menghias bongkah, dan ada yang masih tercari-cari idea untuk memulakan kerja. seronok aku tengok suasana ni sebab buat semua ni sangat-sangatlah menyeronokkan dan tak stress langsung :)

sarah tengah hias truncated dodecahedron

ni proses nak buat origami great stellated dodecahedron
siyes, aku xpandai buat benda ni
(xpenah try buat sbenarnya)

dan ini lah hasilnya
great stellated dodecahedron

zuhri n sarah

zuhri buat kolaj kat truncated cube
letih buat kolaj ni
kena koyak2 kertas
pastu nak tampal2 lagi
sabo je lah

 ini yang telah siap dihias
namanya small rhombicuboctahedron

ini hasil yang dibuat oleh group aku
(aku, yb, zuhri n sarah)
ada lagi yang len...xhias ag
sabo ea

tadi yang group aku kan...group len ape cer?? kumpulan lagi banyak buat dari kumpulan aku. diorang buat buat yang susah2. sampai aku dengki n rasa nak buat jugak. xpe2, sabo2..memang aku nak buat pon. persaingan yang sihat. walaupun markah untuk pameran 30 je...tapi kena kaut sebanyak mungkin la kan...jom tengok keseriusan kumpulan len bekerja :)

mimi ngan kertas2 warnanya
ini untuk hiasan sbenarnya

fatin pon same, ngan kertas warna gak
fyi, mimi n fatin satu group bersama ming n abu
diorang punya archimedean n platonik semua da siap
n sekarang yang tinggal hanyalah buku pop-up
huhu, saya sangat2 jeles dengan kumpulan ini

 hanum ngan lakarannya
lakaran apa aku lupa

dila pon same
ngan lakaran jugak
hanum n dila lam group yang same bersama-sama ngan kerol n aiman
aku xtahu sangat progress group ni..huhu

 seterusnya ialah che nor
menyatukan plan, n mendirikan bongkah

 zafirah potong yang mana patut
ok, z n c.nor satu group ngan juki n duwe
mereka sangat2 rajin
semua kerja buat senyap2 n siap
salute ah group ni
kerja diorang lawa n kemas

satu group yang aku tak der gambar kat sini ialah kumpulan syikin, anis, haziq n md noe. aku xtahu progress diorang. yang aku tahu, haziq buat pop-up, syikin buat archimedean, anis buat platonik n md noe buat kepler...hasil kumpulan ni, aku xpenah tengok lagi sebab anis n syikin duk luar...huhu...xpe2 yang pasti bila tiba masanya nanti, semua barang-barang da siap. :)

tambahan, ni sarah. ahli kumpulan aku
ketika orang len bz n serius 
aku n sarah mampu tengokn senyum je
hehe

Saturday, October 1, 2011

projek math geometri :)

assalamualaikum :)

semenjak dua menjak tiga menjak ni
aku tersangat-sangat lah busy (buat2 busy)
selain dari esaimen
aku n the gang kena buat 2 pameran
1) literasi bahasa
2) math geometri
kedua-dua persiapan pon xsiap2 ag
hari ni just nak crita sal projek math
da agak lama aku bertungkus lumus dengan sarah n yb untuk buat ni
hasilnya alhamdulillah la nampak
sekarang da siap
4 platonik solid
6-7 archimedean solid
1 popup book
4 boxes
nampak ckit je kan
tapi benda alah ni, ada yang senang sangat2 n ada yang sangat2 susah
contohnya yang gambar kat bawah ni
ada la dekat 2 3 hari nk siapkan..
ni pic xsiap..tapi da siap sebenarnya
namanya rhombicosidodecahedron
gabungan square, hexagon n decagon

ini lah rupa bilik aku bila buat benda ni
agak messy
biarkan je lah
lau aku start mengemas
nk start buat balik tu, agak susah
terukkan anak dara ni (ahakss)
btw, aku buat benda alah ni berdua ngan sarah
sebab tu ada dua cutting mat
sarah siap 3 platonik solid
n aku siap 1 archimedean solis semalam
kat kelas ada lagi 6-7 bijik benda ni

ni hasilnya yang semalam
3 platonik n 1 archimedean
tahniah to sarah n me

satu benda lagi aku nk tunjuk
hasil tangan aku ni
even xseberapa
tapi aku lipat kertas satu2 untuk buat origami ni

nama nya ialah
small stelated dodecahedron
proses melipatnya mudah, tapi nk cantum...
arghhh....stress bangat
tapi still tercantum gak semua
n jadilah 1 daripada 4 kepler poinsot
ada 1 lagi aku buat
iaitu great icosahedron
benda tu kat kelas
nanti2 lah aku amik gambar n letak kat cni..

k lah, sampai cni saja
bercakap sal projek math
next time
lau ada masa
lau ada mood
nk cakap sal persediaan pameran literasi bahasa plak :)


10K dalam persahabatan

" FRIENDSHIP IS AN ONION. IT HAS MANY LAYERS IN IT. ADD TASTE TO YOUR LIFE, BUT IF YOU TRY TO CUT IT YOU WILL GET NOTHING BUT TEARS "

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu.”
(al-Hujurat: 10)

10K dalam Persahabatan

  1. KECINTAAN : ikatan persahabatan aka friendship akan mudah rapuh tanpa ada cinta antara keduanya. zahirkan cinta kepada sahabat kita agar mereka tahu betapa kita menghargai mereka, betapa kita mencintai mereka...uhibbuki fillah my prens :)
  2. KASIH SAYANG : curahkan kasih sayang kepada sahabat kita. kasih sayang tidak semestinya dipamerkan secara luaran. cukuplah sekadar mendoakan yang terbaik untuk mereka. itu bukti kasih sayang kita pada mereka."Iman seseorang muslim tidak akan sempurna sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"
  3. KEIKHLASAN : menjamin persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat dari Ilahi. bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
  4. KESETIAAN : kesetiaan mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. tida kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan. Insyaallah.
  5. KEBERANIAN : dalam berkata benar. berani menasihati. berani mengaku kesilapan.
  6. KEMAAFAN : tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita, maafkan lah mereka. bersedialah memaafkan sebrang silap dan silapnya
  7. KESEDIHAN : tawarkan bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. kita sentiasa ada bersama mereka
  8. KEGEMBIRAAN : berkongsi kegembiraan bersama sahabat tercinta. senyuman yang terukuir di wajah mereka, akan menggembirakan hati kita jua.
  9. KEBENARAN : jangan sesekali menipu sahabat. mereka perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. jangan terlalu berahsia, kecuali hal2 yang perlu sahaja.
  10. KESERASIAN : dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya kesefahaman antara dua pihak. apabila ada kesefahaman, barulah hubungan dengan sahabat akan menjadi lebih baik.

"selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari"
(Saidina Ali)


(MARS edisi 7 iluvIslam.com)

:)

assalamualaikum

alhamdulillah aku masih mampu tersenyum :)
alhamdulillah aku masih mampu menghiburkan orang lain :)
alhamdulillah aku masih mampu sorokkan kesedihan hati aku :)

alhamdulillah Allah beri aku kekuatan :)
alhamdulillah Allah kurniakan aku kesabaran :)
alhamdulillah Allah kurniakan akal untuk berfikir :)
terima kasih ya ALLAH :)

aku di sini pada hari ni adalah kerana-MU
aku masih bersemangat pada hari ini adalah kerana-MU
aku bangun dari tidur hari ini adalah kerana-MU
hidupku ini adalah sia-sia tanpa-MU

tanpa-MU, pasti aku sesat
tanpa-MU, pasti hidupku kosong
tanpa-MU, pasti aku mati