SEBUAH CINTA
bukan aku berdusta
menyembunyikan segala rasa
malah terlalu ingin ku nyatakan
utuk kau tahu apa yang tersimpan
semua yang lama kupendam
jauh di sudut hati tertanam
perasaan yang kian menyiksakan
tak mampu untuk ku luahkan
kerana bukan masanya
utuk kau dengarkan
masih ada yang perlu difikirkan
sebelum termeterai sebuah ikatan
Allahu Rabbi
Ya Malik al-Qalbi
Ya Syafi' an-Nafsi
Inni Arju Ilaika
duhai Kasih pemilik hati ini
penyembuh lara jiwa
kuserahkan pada-Mu segalanya
No comments:
Post a Comment