pada suatu hari, che yah dan anak2 nye bergotong-royong membersihkan kawasan rumah mereka. apabila hampir selesai, che yah menyuruh anak2 nya meletakkan semua daun-daun kering di luar pagar rumah mereka untuk dibakar bersama sampah2 yang len.. apabila anak che yah membuka pagar, dia ternampak seorang lelaki berseluar lusuh, kotor, koyak rabak dan tidak berbaju duduk di hadapan pagar..lalu si anak pon memberitahu che yah tentang lelaki itu kerana dy tidak berani untuk keluar dari pagar...
mendengar cerita anaknye, che yah pon pergi lah melihat lelaki tersebut. si anak menyangka che yah akan memarahi lelaki tersebut dan menghalau dy dari pagar mereka. namun sebaliknya yang berlaku. che yah bertanya kepada lelaki itu, adakah dia lapar? dah makan ke? lelaki itu menjawab dy xmahu makan...dy nak duduk je...maka che yah biarkan sahaja lelaki itu, dan menyuruh anaknye keluar membeli sebungkus nasi dan berikan kepada lelaki tersebut.
setelah memberikan nasi kepada lelaki itu, che yah dan anak2nyer meneruskan proses membersih sambil diperhatikan lelaki tersebut. selepas seketika, lelaki itu pergi meninggalkan pagar rumah che yah.
owh my che yah....kamu sangat baik hati...kata che yah "dy (lelaki itu) tidak bernasib baik, jangan disebabkan dy berpakaian kotor, kamu halau dy, dy manusia, bukan binatang. tolongla dy sekadar mampu"
**lelaki itu macam orang gila...(maaf)
***********************
pada suatu hari, che ripin membuat kenduri kesyukuran di rumah beliau. ramai tetamu yang hadir memeriahkan kenduri tersebut. pelbagai juadah makanan disediakan untuk para tetamu yang terdiri daripada kawan2, jiran2, dan saudara mara. dalam kesibukan orang ramai, che ripin terlihat seorang mak cik tua yang kelihatan tidak betul berjalan di hadapan rumahnya. lalu che ripin memanggil makcik tua itu..."makcik2, meh masuk dulu, makan dulu"....tetapi makcik tua itu menolak ajakan che ripin.
namun, che ripin tetap bertegas menyuruh makcik tua itu masuk ke rumahnyer, maka makcik tua itu pon masuk dan berdiri di satu tempat, tetamu yang berada di sekeliling tempat itu, beralih ke tempat len kerana keadaan makcik itu yang agak kotor, sedikit berbau kurang enak dan tidak terurus.
che ripin mengambil makanan untuk dimakan makcik tua, tetapi makcik tua tidak mahu makan...lalu che ripin bertanya, "makcik dah ada makanan ke kat rumah?" makcik tua menjawab "xde makanan lagi"...mendengar jawapan itu, terus che ripin menyuruh anaknye membungkuskan makanan untuk makcik tersebut. "makcik makan lah nanti yer, lau da habis blh datang lagi petang nanti, atau nanti saya suh anak saya hantar kat rumah makcik yer"...
owh my che ripin...kamu sangat baik hati...kata che ripin "orang x bernasib baik perlu dibantu"
*********************
che ripin dan che yah adalah pasangan suami isteri yang sangat baik hati.
moral of the story, lau jumpa orang y x bernasib baik/ terbiar...tolong la mereka even sedikit...
No comments:
Post a Comment