assalamualaikum :)
alhamdulillah baby maisyah hampir sembuh dari demam kuning.... sekarang maisyah tengah dera mama n baba tiap2 malam. siang hari maisyah tido n malam maisyah berjaga.... kesian baba n mama. hehehe..sabar deh kak n long :)
########################
entry kedua bagi buku HERO karya Hilal Asyraf :)
soalan
awak tidak terkongkongkah dengan peraturan Islam? hendak keluar kena minta izin, kena pakai tudung lagi, pastu kena solat, puasa, zakat dan banyak lagi lah....pastu ada plak larangan dan arahan itu ini. x leceh ke??
jawapan
kita suka barang kelas pertama atau barang kelas kedua? mesti kelas pertama kan. biasanya barang kelas pertama ni terjaga kan. kualiti pon baik.
islam mengangkat manusia itu pada kelas yang tertinggi. sebab itu di dalam islam, manusia itu diberikan peraturan untuk menjaganya agar kekal dalam kelas yang tertinggi tadi. sebagaimana kita lihat, dunia ini berjalan juga dengan peraturan. matahari ada peraturannya. peredaran planet-planet pon ada peraturannya. dalam fizik, kimia, ada hukumnya. dalam biologi ada perjalanannya. bukankah semua itu membawa kepada perjalanan dunia yang baik dan kemas sebagaimana yang kita lihat hari ni?
dan yang menciptakan hukum-hukum fizik, kimia, biologi, mengatur perjalanan alam dan sebagainya itu adalah ALLAH swt. ALLAH swt yang sama jugalah yang menurunkan islam kepada manusia. maka tidakkah kita melihat??
##################
apa yang ditulis atas ni, aku petik dari buku HERO.
jika kita lihat dunia kita hari ni, manusia sentiasa mempertikaikan suruhan dan larangan ALLAH swt. apa yang paling random kita lihat hari ini ialah suruhan menutup aurat. terang lagi bersuluh perempuan itu beragama islam, tetapi dy tidak menutup aurat dengan alasan masih tidak bersedia? pastu siap cakap lagi "apa kau peduli aku pakai tudung or x? ada aku ganggu ko??"....hahaha, nak gelak guling-guling bila aku dengar orang cakap camni. dia xtahu kot, yang dengan dia x pakai tudung n menutup aurat tu, ramai lelaki yang dapat dosa free dengan tengok aurat dy? xsedarkah dia, dengan dia tidak menutup aurat, itu menunjukkan dia 'murah' berbanding dengan perempuan yang menutup aurat?
sesungguhnya aturan ALLAH itu adalah terbaik. seorang lelaki baik mahukan perempuan yang baik untuk menjadi isterinya. even lelaki yang jahat pon, mahukan perempuan yang baik untuk menjadi isterinya justeru mendidik bakal anak-anak mereka. jadi perempuan yang baik ini adalah yang berkualiti, yang dijaga dengan rapi dan diproses dengan acuan yang betul.
maka, islam itu, tidaklah mengongkong. islam itu adalah kilang memproses manusia yang terbaik... jika kita skip salah satu proses dalam kilang islam ini, adakah kita mampu jadi yang terbaik untuk mendapat suami yang terbaik kelak?? contohnya, solat 5 waktu, tapi xtutup aurat. solat 5 waktu, tutup aurat, tapi xhormat ibu bapa. solat 5 waktu, tutup aurat, hormat ibu bapa tapi mencuri.......
again, islam x mengongkong. tapi hanya mahu memproses manusia yang berkualiti dan terbaik.
sama-sama lah kita tarbiah diri kita ek :)
wassalam.

No comments:
Post a Comment