Monday, August 20, 2012

doa jodoh :)

"Ya Allah, sesungguhnya wujud di atas muka bumi ini pemuda-pemudi yang memcari jodoh hati, maka jodohkanlah mereka ini dengan jodoh yang baik buat mereka. Jangan Engkau lemaskan mereka dengan buaian cinta sempurna dan angan-angan high class kala sebelum berkahwin. Tetapi kuatkanlah diri mereka untuk fokus mematangkan diri, mendisiplinkan diri, mencapai mampu, dan semakin keras mendelatkan diri mereka denganMu. Biar keluar daripada keluarga mereka ini mujahid-mujahidah yang akan menegakkan agamaMu di atas muka bumi ini. Aamin Ya Rabbal 'Alamin."


Kepada mereka yang suruh saya doakan, katakanlah: "Aamin."

Semoga Allah makbulkan.
Kullu 'Am Wa Antum Bikhair.



taken from status fb Hilal Asyraf (official)

Friday, August 17, 2012

aku harap setiap bulan adalah bulan Ramadhan. 
sedih memikirkan Ramadhan akan berlalu
:'(

Wednesday, August 15, 2012


"....barangsiapa yang mendekati-Ku sejengkal,

 maka Aku akan mendekatinya satu hasta. 

Barangsiapa yang mendekati-Ku satu hasta, 

maka Aku akan dekatinya satu depa. 

Dan barangsiapa yang datang kepada-Ku 

dalam keadaan berjalan, maka Aku akan datang 

kepadanya dengan berlari..."

Hadis riwayat Ahmad dan Al-Thabrani

berdoalah


"Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu mengenai AKU maka (beritahu kepada mereka) : sesungguhnya AKU (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) ; AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada AKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-KU (dengan mematuhi perintah-KU), dan hendaklah mereka beriman kepada-KU supaya mereka menjadi baik serta betul"

[al-Baqarah : 186]

Tuesday, August 14, 2012

Baiki diri dan serulah orang lain
dengan izin ALLAH, 
menyedari betapa sukarnya mendidik diri sendiri 
akan memberi satu kesabaran yang luar biasa dalam usaha mendidik orang lain.




Monday, August 13, 2012

hidup makluk ALLAH

assalamualaikum :)

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
bersyukur atas nikmat iman yang ALLAH berikan :)
bersyukur atas kesempatan hidup yang ALLAH berikan :)
bersyukur atas nikmat hidup yang ALLAH berikan :)

usai berbuka puasa tadi, aku teringat sebuah buku.."Langit Ilahi" yang ditulis oleh Hilal Asyraf.
aku baca bermula dari prakata, mukaddimah dan isinya sehingga bab ke 5...
mesti ada yang pelik sebab prakata n mukaddimah pon aku baca...
sbenarnya, ini buku Hilal yang ke 4/5 yang aku baca (selain dari blog beliau). setiap bait tulisannya penuh makna..amatlah rugi jika aku skip prakata dan mukaddimah itu.

Subhanallah, setiap muka helaian yang ditulis beliau membuka mata aku, menyedarkan aku, mengingatkan aku, siapa aku sebenarnya. AKU HANYA SEORANG HAMBA.

walaupun kita hanya hamba kepada ALLAH, tetapi dengan rahmat dan kasih sayangnya, DIA kurniakan kita dengan pelbagai perasaan, kemudahan, kesenangan dan bermacam-macam lagi yang tidak terhitung oleh kita. 

3 perkara penting yang perlu diketahui oleh seorang hamba

1. dari mana kita datang?
2. kenapa kita didatangkan?
3. kemana kita akan kembali?

nampak biasa sahaja 3 persoalan ini. jawapan dari 3 soalan inilah yang menjadi hala tuju hidup kita.

kita datang dari ALLAH untuk beribadat kepada ALLAH dan akan kembali kepada ALLAH.

hidup yang kita lalui bermula dari dalam rahim ibu sehinggalah ke liang lahad adalah anugerah dari ALLAH. memang kita tidak minta untuk lahir ke dunia sebagai manusia, tetapi ALLAH bagi kesempatan kepada kita untuk merasainya kehidupan, membuat amalan dan seterusnya menggapai syurga-NYA. bertuahnya makhluk bernama manusia. kenapa? kerana manusia adalah sebaik-baik penciptaan. sehingga ALLAH menyuruh malaikat dan jin tunduk sejud kepada manusia. mulianya ALLAH letakkan kedudukan kita. bertuahkan kita. :)

ALLAH swt berfirman dalam surah Qaf ayat 43 : 

"sesungguhnya KAMI menghidupkan dan mematikan, dan hanya kepada KAMI-lah tempat kembali"

mana kita p pas mati?? ayat kat atas ni dah jawab soalan tu kan...back to ALLAH :)

mati. pergi tinggalkan harta benda, kaum keluarga dan sahabat handai.
hanya amalan ketika di dunia dan doa-doa yang mengiringi dan menjadi bekalan kita nanti.
semua ni benda basic yang kita tahu kan...

praktikalnya macamana? preparation kita macamana? da ready lom lau tibe-tibe kita mati saat ni?

ce muhasabah diri kita balik..

apa kita buat hari ni? apa kita buat semalam? apa kita buat minggu lepas? apa kita buat bulan lepas? apa kita buat tahun lepas? da mintak maaf kat orang yang kita buat salah? da bertaubat atas dosa yang kita buat? da laksanakan arahan ALLAH? 

tujuan kita hidup....ALLAH xminta bayaran satu sen pon untuk setiap nikmat yang DIA bagi. nikmat yang DIA bagi priceless, nobody cant afford it even the richest person in the world (well, dy jadi kaya pon sebab ALLAH bagi dy kaya). ALLAH minta satu benda je kat semua hamba-hamba DIA, >>BERIBADAH KEPADANYA<< itu yang membezakan kita di akhirat nanti. ibadat aku dan kau berbeza. hanya ALLAH yang tahu segala yang kita lakukan...

"xkan la setiap masa nak ibadah, xmakan la aku, nak cari duit camne??" <-- ini persoalan biasa.

jawapan nya :: jadikan setiap pekerjaan yang kita lakukan sebagai ibadah. solat, makan, minum, tido, kerja, main dan len2 sebagai ibadah. niat kerana ALLAH. contohnya lebih kurang camni lah " sahaja aku belajar kerana ALLAH, semoga ALLAH redho"...mudahkan... jangan cemari apa yang kita niat kerana ALLAH dengan perkara-perkara yang lagho....<---peringatan tuk diri sendiri. untuk atasi masalah lagho itu, sentiasa lah perbetulkan niat kita. :) 


papehal...jom jadi hamba yang ALLAH redho. redho dengan segala yang kita lakukan :)


wallahuallam

Friday, August 10, 2012

jom balik :)

assalamualaikum :)

sekarang pukul 4.45ptg... insyaALLAH, jika tiada aral melintang aku n the gang (z n c.nor) akan bergerak ke hentian kajang kul 6 jap ag...bas kul 8.30 kot malam ni (xpasti kul brapa)....kami p awal sebab nak berbuka kat kajang...t xde lah kalut ribut sangat lau p awal2 kan :)

nak kata balik tuk raya, awal lagi kan...

actually balik awal tuk PBS (pengalaman berasaskan sekolah) seminggu kat Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 2 with my 2 frens (syikin n adi)..

banyak benda aku bawak balik kali ni.....selain dari barang-barang tuk kakak n adik-adik aku kat rumah, aku bawak balik ESAIMEN yang bertimbun...thanks to all lecturers yang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan esaimen dan without further delay terus bagi kat kami esaimen-esaimen tersebut sebagai hadiah hari raya....


"kalau xde esaimen, bosan lak tyme PBS nanti"


that's the point....memang tepat timing esaimen-esaimen ini diberi...  t xde la aku duk men-men sangat kat sekolah nanti... :)

papehal pon...aku cakap ikhlas ni...THANKS A LOT kat semua lecturers yang bagi esaimen awal-awal...sebab t pas cuti raya, lagi busy...busy dengan perkhemahan...if i'm not mistaken, i have 2 camping trip to go...perkhemahan pakaian beruniform n satu lagi tuk BIG (dengar kabar satu kat Bagan Lalang n satu kat Perkampungan Orang Asli).. pluss, t pas cuti raya, komfem ada lagi esaimen-eseimen lain yang akan menyusul pluss dengan mikro teaching semua...yes, budak maktab is always busy.

selain dari semua benda wajib tu, aku ada perlawanan pingpong pas raya nanti, dabel n single..n satu lagi, cam biasa ngaja fizik..last chapter RADIOACTIVE..caiyokkk fatimah, u can do it, aku kan strong :)

aku asyik cakap sal kerja je...balik untuk buat kerja ke aku ni? the right way to say it is "saya balik membawa kerja"... memang balik bersama kerja, tapi aku xtahu lagi akan buat semua sampai siap or x...hahahaha...


nak cerita tadi cakap ngan adik aku, 3 kali dy kol (tapi aku tido)

teringat plak aku borak ngan dy tadi

adik : teh, bilo nak balik?
aku : malam ni ateh balik la..bakpo dik?
adik : teh nak buat x biskut rayo?
aku : bakpo tanyo atehnyo?
adik : sebab skalo teh hok buat..teh nak buat x ni?
aku : hurmm, ateh buat kot.
adik : kalu teh nak buat, adik nak oyak ko ma suh beli barang-barang.
aku : beli lah... t balik ateh buat..tapi adik tolong la ateh.
adik : adik sekoloh...teh buat nga ekah deh.
aku : yolah2....beli deh barang2 tu
adik : okai

nampaknyer bertambah satu kerja lagi,,,tapi kerja ni seronok...buat biskut :)

btw, adik aku cakap maisya makin comeyl...:)





p/s: tiap kali balik mesti bawak balik buku baru. buku yang akan dibawa balik ialah CINTA HIGH CLASS, HARI-HARI DALAM HIDUPKU n 25 RASUL :)