Wednesday, September 19, 2012

exam dan guru

Assalamualaikum :)


Aimi (budak yang aku ngaja fizik) exam fizik minggu lepas
tyme tu, aku p perkhemahan unit beruniform kat luar selama 4 hari 3 malam
aku berdebar sebenarnya..
harapan ibu aimi sangat-sangat la tinggi agar aimi dapa A tuk exam trial ini.
harapan itu, dinyatakan di hadapan aku plak
aku plak yang rasa berdebar
lau boleh, tyme exam tu aku nak duduk tepi aimi
aku harap sangat2 aimi dapat A

aku takut, aku takut aku terbagi fakta salah kat aimi
nota yang aku bagi super duper simple n pendek
tuk exam, mmg xcukup la lau baca yang tu ja
tapi aimi cakap dy nak baca tu jaaa.... 
harap2 nyer dy baca gak buku rujukan yang tebal2 tu

akak doakan aimi dapat A
tak A+ pon xpe..
A saje pon da ok dulu buat masa sekarang
t SPM baru dapat A+ :)


****************


baru aku sedar, tyme murid-murid exam, 
bukan budak jer yang berdebar..
ckgu sendiri yang lagi berdebar dari budak-budak

lam kepala ckgu akan bermain persoalan-persoalan ini
- budak ni faham ke apa aku ajar?
- budak ni ingat x apa yang aku ajar?
- budak ni boleh jawab x?
- etc

fakta : cikgu lebih berdebar n stress tyme musim exam.... 


aku doakan semua bakal anak murid ku nanti dibuka pintu hati n dipermudahkan kefahaman mereka tentang apa yang dipelajari n diberi petunjuk untuk menyelesaikan masalah pembelajaran nanti....ameen

al-Hasyr : 21

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ni kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada ALLAH. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir"
Al-Hasyr : 21



assalamualaikum :)

pagi tadi pas subuh, cam biasa baca Quran n kemudian baca tafsir. syok2 duk bace tafsir, terjumpalah ayat atas ni... terkedu aku seketika. 

ALLAH nak tunjuk kat kita bahawa Al-Quran ni mukjizat yang 'besar'.. sampai dibuat perumpamaan seperti lam ayat kat atas... 

lam Quran kan banyak disebut tentang keagungan n kekuasaan ALLAH, jadi sesuai sgt la dengan perumpamaan tu kan. pastu, lam Quran jugak banyak disebut ancaman kepada orang yang tidak beriman, semua ancaman itu menakutkan n mengerikan...nauzubillah daripada semua ancaman itu...

aku xpandai nak tafsir...just nak share ayat ni ja.... :-)
nak tahu lebih lanjut, kena belajar laa...


wallahuallam 

Monday, September 17, 2012

maa

kul 7 ptg smalam aku masuk dalam bilik sembahyang rumah aku..
ma aku dalam tu, duk sorang2...
aku masuk dan sentuh bahu ma aku
aku : maa, ma xsihat ko?
ma  : gini lah teh...hurmm, ma xcekak sikit, sakit pinggae.
aku : pah bakpo ma duk dale ni nyo? bakpo xduk luar?
ma  : duk rehat cni laluh la..sene ckit nak smaye pahni.

tangan aku terus memicit-micit bahu maa aku..dari bahu, turun ke bahagian belakang n pinggang.

ma  : kalu ekah hok picit ni sedak, tangan dia sedak.
aku : nati pas maghrib, ma suh la dy. loni biar ct picit dulu.

senyap seketika...tangan aku terus memicit-micit bahu n belakang ma

aku : maaa, bilo ma nak brenti kijo? tahun depe deh?
ma  : hurm, ma buleh jer nak brenti kijo loni tapi ma plan kalu sihat ma nak kijo sapa 2014. 
aku : 2 tahun lagi tu ma... 
ma  : uumm, maso tu teh habis ngaji doh deh. insyaallah lau ada rezki, adik masuk u tyme tu. buleh la teh tlg adik. ma tunggu teh kijo, jadi ckgu. sene hati ckit ma nak breti.
aku : hurmm, insyaallah lau ado rezki ct dapat posting tahun 2015 ma..
ma  : t ma bharap ko teh la adik tuh. ma xcekak doh kalih tyme tu.
aku : eh, cekak eh...mitop sihat2 lah lako. insyaallah ado rezki, ct tlg adik tu..

azan maghrib berbunyi.. aku n ma senyap menjawab azan.

ma  : bo lah picit , g mandi2 nuh..
aku : ok ma..


********************************************

aku terkedu dengan ayat ma aku.
"ma tggu teh kijo, ma breti lah kijo"

besar harapan ma aku tuk aku. tuk tlg adik aku yang bongsu
plus, betapa banyak nyer seorang ibu berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan.
even dy da xsihat. dy tetap gagahkan diri tuk bekerja. demi sesuap nasi tuk anak-anak nyer..
itu ma aku.

ayah selalu cakap
"ma lah ibu n isteri yang paling baik...susah nak jupo supo dy"

yup, aku akui ma aku memang paling baik. 
kata-kata dy penuh nasihat.

teringat tyme aku nangis teresak-esak depan ma (punca nangis da lupa)
ma marah aku, dy cakap berhenti la nangis, lau xbrenti macamana ma nak tahu sebab teh nangis. xleh nak selesai jugok lau xtahu punca...barulah slow-slow aku berhenti nangis...

tanpa sedar ma aku nak tlg selesaikan masalah aku.. hehe
sweet tol ma...
patut pon lau kat maktab, ct teringat ko ma sokmo :)

ct sayang maaa

Friday, September 14, 2012

wonderful tent-mate

assalamualaikum :)

alhamdulillah selesai sudah perkhemahan unit beruniform selama 4 hari 3 malam di Impian Country Resort, Hulu Langat Selangor...

aku, ahli unit beruniform Puteri Islam... 

tyme perkhemahan ri2 aku sekhemah dengan 5 orang iaitu kak Aisyah, kak Jah, Atun, Pijah n Aya.

lam 5 orang ni, aku sangat mengagumi keperibadian kak Aisyah...
Subhanallah, sangat-sangat penyabar, lemah lembut, solehah, ilmu agama banyak dan banyak lagi sikap2 yang aku nak contohi...bila tengok dy, aku teringat kat Islam...akhlak dy menggambarkan Islam yang dia pegang...

yup, aku kenal dy kat luar..pernah berbual-bual 2 3 kali, lau jumpa pasti tegur menegur..tapi kali ni kelainannya ialah aku tidur bersamanya, membuat aktiviti bersamanya, bekerja bersamanya... subhanallah... sungguh baik akhlak dy...memang dalam batch aku, iaitu PISMP ambilan Jan 2011, dia lah contoh muslimah yang terbaik (bagi aku la)...aku siyesly kagum dengan dy.

satu peristiwa

aku cam biasa, bila masuk khemah lau xletih aku akan belek aku punya surat cinta...
kak aisyah masuk, aku cakap la nak pinjam dy punya tafsir (saje nak compare aku punya n dy punya)..
dy pon bagi la...Quran tafsir dy nampak lama...
"kak aisyah, bila lagi guna tafsir ni"
dy jawab , "sem 1 pp lagi"

aku belek2 tafsir tu, banyak tempat yang ditanda, setiap tempat yang ditanda ada tertulis sedikit nota..
contohnya, ayat syifa', ayat kursi, ayat larangan minum arak dll... semua ditulis dengan terperinci...

aku borak2 la ckit2 sal tafsir ni, aku cakap kat kak aisyah, aku sangat suka baca tafsir...
kak aisyah pon mula bercerita kat aku sal tafsir Quran ni...
dy cakap bahasa Quran ini tinggi, kemukjizatan perkataan dalam Quran ada perbezaannya..
ada perkataan yang sama maksudnya, tapi diguna pada tempat yang berbeza...
contohnya perkataan khouuf n yakhshii bermaksud takut....tapi yakhshii hanya digunakan untuk menyatakan rasa takut pada ALLAH, manakala khouuf pula untuk takut pada benda lain selain ALLAH...

aku hanya mengangguk, ilmu baru...xpenah tahu pon selama ni....tq kak Aisyah...:)

dua peristiwa

kak aisyah, sangat-sangat penyabar. dy sabar layan karenah tent-mate yang lain... kalau aku, memang aku buat xtahu je. tapi dy sabar, sabar kejutkan tent mate yang lain tuk bangun solat. 

kak aisyah sabar karenah orang yang _________.... malas nak cakap yang camna.... siyesly sabar...




harap2 suatu hari nanti aku jadi cam kak aisyah...


Wednesday, September 5, 2012

Al-Qamar

assalamualaikum :)

"Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan, adakah orang yang mahu mengambil peringatan" (Al-Qamar: 17, 22, 32, 40)

surah Al-Qamar...al-qamar bermaksud bulan. 
tapi jika dibaca tafsiran surah ini, tiada pon menyebut sal bulan (lau silap, tlg betulkan)
menyebab kan aku tertanya-tanya...."kenapa nama surah ni bulan yer??"

sungguh, ALLAH turunkan AL-Quran sebagai peringatan...
rugilah siapa yang tidak berpegang kepadanya...


p/s: kena blaja tafsir baru leh tahu cerita disebalik surah ni...ceteknye ilmu aku :'( ...


Monday, September 3, 2012

my tafsir quran is back

i got my tafsir Quran back
selepas 2 minggu terpisah
pagi ni aku nampak dia ada atas meja
aku peluk erat-erat surat cinta aku itu

2 minggu baca surat cinta tanpa makna
aku jadi leka seketika...
nasib baik xsempat cari pengganti :)

siyes2ly
aku sangat sayang tafsir Quran ang aku guna sekarang
tersangat-sangat sayang
pendamping aku dunia dan akhirat :)

Monday, August 20, 2012

doa jodoh :)

"Ya Allah, sesungguhnya wujud di atas muka bumi ini pemuda-pemudi yang memcari jodoh hati, maka jodohkanlah mereka ini dengan jodoh yang baik buat mereka. Jangan Engkau lemaskan mereka dengan buaian cinta sempurna dan angan-angan high class kala sebelum berkahwin. Tetapi kuatkanlah diri mereka untuk fokus mematangkan diri, mendisiplinkan diri, mencapai mampu, dan semakin keras mendelatkan diri mereka denganMu. Biar keluar daripada keluarga mereka ini mujahid-mujahidah yang akan menegakkan agamaMu di atas muka bumi ini. Aamin Ya Rabbal 'Alamin."


Kepada mereka yang suruh saya doakan, katakanlah: "Aamin."

Semoga Allah makbulkan.
Kullu 'Am Wa Antum Bikhair.



taken from status fb Hilal Asyraf (official)