assalamualaikum :)
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
bersyukur atas nikmat iman yang ALLAH berikan :)
bersyukur atas kesempatan hidup yang ALLAH berikan :)
bersyukur atas nikmat hidup yang ALLAH berikan :)
usai berbuka puasa tadi, aku teringat sebuah buku.."Langit Ilahi" yang ditulis oleh Hilal Asyraf.
aku baca bermula dari prakata, mukaddimah dan isinya sehingga bab ke 5...
mesti ada yang pelik sebab prakata n mukaddimah pon aku baca...
sbenarnya, ini buku Hilal yang ke 4/5 yang aku baca (selain dari blog beliau). setiap bait tulisannya penuh makna..amatlah rugi jika aku skip prakata dan mukaddimah itu.
Subhanallah, setiap muka helaian yang ditulis beliau membuka mata aku, menyedarkan aku, mengingatkan aku, siapa aku sebenarnya. AKU HANYA SEORANG HAMBA.
walaupun kita hanya hamba kepada ALLAH, tetapi dengan rahmat dan kasih sayangnya, DIA kurniakan kita dengan pelbagai perasaan, kemudahan, kesenangan dan bermacam-macam lagi yang tidak terhitung oleh kita.
3 perkara penting yang perlu diketahui oleh seorang hamba
1. dari mana kita datang?
2. kenapa kita didatangkan?
3. kemana kita akan kembali?
nampak biasa sahaja 3 persoalan ini. jawapan dari 3 soalan inilah yang menjadi hala tuju hidup kita.
kita datang dari ALLAH untuk beribadat kepada ALLAH dan akan kembali kepada ALLAH.
hidup yang kita lalui bermula dari dalam rahim ibu sehinggalah ke liang lahad adalah anugerah dari ALLAH. memang kita tidak minta untuk lahir ke dunia sebagai manusia, tetapi ALLAH bagi kesempatan kepada kita untuk merasainya kehidupan, membuat amalan dan seterusnya menggapai syurga-NYA. bertuahnya makhluk bernama manusia. kenapa? kerana manusia adalah sebaik-baik penciptaan. sehingga ALLAH menyuruh malaikat dan jin tunduk sejud kepada manusia. mulianya ALLAH letakkan kedudukan kita. bertuahkan kita. :)
ALLAH swt berfirman dalam surah Qaf ayat 43 :
"sesungguhnya KAMI menghidupkan dan mematikan, dan hanya kepada KAMI-lah tempat kembali"
mana kita p pas mati?? ayat kat atas ni dah jawab soalan tu kan...back to ALLAH :)
mati. pergi tinggalkan harta benda, kaum keluarga dan sahabat handai.
hanya amalan ketika di dunia dan doa-doa yang mengiringi dan menjadi bekalan kita nanti.
semua ni benda basic yang kita tahu kan...
praktikalnya macamana? preparation kita macamana? da ready lom lau tibe-tibe kita mati saat ni?
ce muhasabah diri kita balik..
apa kita buat hari ni? apa kita buat semalam? apa kita buat minggu lepas? apa kita buat bulan lepas? apa kita buat tahun lepas? da mintak maaf kat orang yang kita buat salah? da bertaubat atas dosa yang kita buat? da laksanakan arahan ALLAH?
tujuan kita hidup....ALLAH xminta bayaran satu sen pon untuk setiap nikmat yang DIA bagi. nikmat yang DIA bagi priceless, nobody cant afford it even the richest person in the world (well, dy jadi kaya pon sebab ALLAH bagi dy kaya). ALLAH minta satu benda je kat semua hamba-hamba DIA, >>BERIBADAH KEPADANYA<< itu yang membezakan kita di akhirat nanti. ibadat aku dan kau berbeza. hanya ALLAH yang tahu segala yang kita lakukan...
"xkan la setiap masa nak ibadah, xmakan la aku, nak cari duit camne??" <-- ini persoalan biasa.
jawapan nya :: jadikan setiap pekerjaan yang kita lakukan sebagai ibadah. solat, makan, minum, tido, kerja, main dan len2 sebagai ibadah. niat kerana ALLAH. contohnya lebih kurang camni lah " sahaja aku belajar kerana ALLAH, semoga ALLAH redho"...mudahkan... jangan cemari apa yang kita niat kerana ALLAH dengan perkara-perkara yang lagho....<---peringatan tuk diri sendiri. untuk atasi masalah lagho itu, sentiasa lah perbetulkan niat kita. :)
papehal...jom jadi hamba yang ALLAH redho. redho dengan segala yang kita lakukan :)
wallahuallam